Monday, July 18, 2011

Al Fatihah Dr Lo’lo’ : Allah lebih Menyayangi


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-i-‘Imran :185)

Pada siang hari Ahad 17 Julai 2011, saya mendapat berita dan sms yang menyatakan bahawa salah seorang pemimpin kanan PAS iaitu Dr Lo’lo’ telah meninggal dunia. Untuk kesahihan berita saya melayari beberapa blog, facebook dan twitter, ternyata berita itu dinafikan oleh ahli keluarga beliau.

Namun kehendak Allah tiada siapa yang bisa menghalang, qada dan qadar menentukan akhirnya berita angin pada siang hari menjadi kenyataan pada lewat malam hari. Dr Lo’lo’ yang terkenal dengan semangat kental dalam merealisasikan perjuangan PAS telah kembali ke Rahmatullah.Ahli parlimen Titiwangsa tersebut , Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 pada17 Julai 2011

Menurut berita yang diterima, perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.



Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah. Dr Lo’lo’ yang dilahirkan di Perak pada tranggal 2 Ogos 1957 telah kembali kerahmatullah ketika usia 53 tahun. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa’:35)

Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company