Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha
Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat
disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad
Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w.
Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat
baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t
demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta
berjihad pada jalan-Nya
.Tulisan LKY dalam “One Man’s View of the World” yang dilancarkan selesa lepas ternyata
berniat jahat dan semakin menyerlah persepsi buruknya terhadap Islam. Biarpun itu merupakan kenyataan peribadi
beliau, namun mencampuri urusan agama orang lain apatah lagi menyentuh mengenai
agama rasmi negara jiran adalah sesuatu perbuatan yang biadap. Menilai Islam dari kaca mata pandangan
semata-mata tanpa ilmu menyerlahkan lagi kebodohan manusia bernama LKY yang
semakin hari meniti hari-hari kematian.
Memang orang Islam di Tanah Melayu ketika awal merdeka hidup
dalam kejahilan. Bukan sekadar pihak
pemimpin sahaja yang meraikan tetamu kehormat dengan majlis minum dan tari
menari, malah kalau siapa yang pernah bertugas dalam angkatan tentera, majlis
seperti ini adalah suatu kebiasaan bagi para pegawai atasan. Malah di sekolah juga adakalanya diadakan
majlis seperti ini. Pada masa itu orang
Islam begitu cetek ilmu dan begitu longgar amalannya.
Alahamdulillah, kini masyarakat Islam di Malaysia menjadi
lebih baik dari semalam. Majlis-majlis
seperti ini sudah tiada lagi. Masyarakat Islam di Malaysia kebanyakkan sudah
mempunyai pegangan aqidah dan ilmu agama yang baik. Majlis-majlis ilmu bertebaran di merata surau
dan masjid. Kesedaran tentang Islam ini
sebenarnya menyedarkan masyarakat Islam di negara ini untuk terus maju dalam
bidang-bidang yang lain sperti ekonomi, pendidikan , perubatan dan sebagainya. Kalau dahulu nak cari doktor islam dalam
sesebuah hospital, boleh dikira dengan jari.
Kini suasana berubah dan alahamdulillah masyarakat Islam sedar akan
tuntutan fardhu kifayah.
Apa yang sebenar LKY mahu?
Mahu melihat masyarakat Islam berpatah balik dan terus menjadi
lemah. Inilah yang dimahukan oleh
musuh-musuh Islam. Kerana kelemahan
orang Melayu ketika itu, membolehkan LKY memainkan sandiwara dan akhirnya dapat
memperolehi Singapura! Berbaik-baik dan
bermuka-muka dengan masyarakat Melayu semata-mata untuk mendapat sokongan dan demi
kepentingan politik. LKY juga bertindak menghalang kemasukkan semua akhbar yang
lantang memperjuang hak orang Melayu. Inilah juga skrip yang sama yang cuba
dimainkan semula oleh puak DAP. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang
Melayu. Anda boleh membaca mengenai isi
hati penduduk Singapura dalam http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/09/surat-dari-singapura-siri-1.html
atau http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/01/surat-dari-singapura.html
.
LKY dan
pemimpin Singapura berani bercakap kerana kita tahu siapa yang sentiasa
menyokong dan berdiri di belakangnya.
Sepatutnya LKY memuhasabah diri yang sudah menjangkau usia lewat
malam. Singapura yang hebat (kononnya)
itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah bom jangka yang menunggu masa untuk
meletus. Rakyat sudah muak dengan sistem
PAP yang mencengkam penduduknya.
Yang jelas, kita mahu LKY menghentikan segala
komentar mengarut beliau tentang Islam
terutama Islam di Malaysia kerana beliau sebenarnya bercakap tentang perkara
yang beliau sendiri tidak pernah kenal langsung tentang Islam walaupun sudah
memasuki umur angka 90. Anda boleh komen
tentang pentadbiran , politik dan
segalanya tapi bukannya menghina corak kehidupan masyarakat
Islam.
0 comments:
Post a Comment