Friday, January 29, 2010

Cerita Air 1

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.


“ Apakah orang-orang kafir itu tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dulu adalah suatu yang padu kemudian kami pisahkan antara keduanya. Daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup.”
Al-Anbiya :30


Semasa perjalanan pulang ke rumah, tiba-tiba jalan yang saya lalui mengalami kesesakkan. Semua pemandu terpaksa memperlahankan kenderaan mereka. Masing-masing tertanya-tanya. Apa yang berlaku di depan menyebabkan kesesakan yang agak teruk? Dalam kepala saya hanya berlegar dua kemungkinan, samada sekatan jalan raya oleh pihak polis ataupun berlaku kemalangan jalan raya. Sepantas kilat saya menarik tali pinggang keledar.
Setelah terhinggut-hinggut kereta saya dalam “jem” yang panjang, akhirnya saya tahu punca yang sebenar. Paip besar di dalam tanah bocor, air keluar membuak-buak membentuk sungai yang kecil di laluan tepi. Saya melihat pihak pekerja bekalan air baru tiba .
Perasaan saya begitu terharu melihat betapa sayangnya bekalan air bersih keluar dari paip yang bocor bagaikan sungai. Sesetengah orang mungkin tidak terasa pembaziran air sebegitu kerana ALLAH telah mengurniakan nikmat air yang melimpah di negara kita. Sebab itu kita tidak berapa kisah kalau berlaku pembaziran air. Tapi kita lupa, pada 2005 negara kita pernah dilanda kemarau yang agak teruk. Kebanyakkan empangan hampir kering. Empangan Timah Tasuh di Perlis yang seluas 13 KM hampir kering kontang.

Yang lebih menyedihkan, ada sesetengah di kalangan kita semasa mengambil wudhuk, paip air dibuka begitu laju sekali. Kepala paip dipusing semaksima . Macam nak tercabut kepala paip. Ingatlah …Sikap membazir ini menggambarkan tingkah laku orang yang tidak bersyukur dengan nikmat Allah dan ia merupakan amalan syaitan. Hargailah nikmat air yang dikurniakan kepada kita. Muhasabah dan bandingkan kehidupan kita dengan saudara kita di Afrika yang hidup dalam kekeringan tanpa air.
Seorang sahabat ada bertanya kepada Rasulullah S.A.W: “Apakah sedekah yang lebih utama?” Baginda menjawab:”Air”
Ada sebuah perigi di Madinah kepunyaan seorang Yahudi. Ia menjadi tumpuan kaum muslimin Madinah untuk mendapatkan air. Si Yahudi akan mengutip bayaran setiap kali mereka mengambil air di perigi tersebut. Melihat keadaan itu, Saidina Uthman telah membeli perigi tersebut dan mewakafkannya untuk kegunaan kaum Muslimin. Mereka bebas menggunakannya tanpa membayar apa-apa. Rasulullah S.A.W telah memuji tindakan Saidina Uthman.
Di dalam Quran telah dinyatakan betapa penting nikmat air. Dalam surah an-Nur ayat 45 Allah berfirman yang bermaksud :”Allah mencipta kesemua jenis haiwan daripada air” Ini diakui oleh pakar-pakar biologi dari barat. Sila rujuk www.bbc.co.uk/science . Malahan seorang doktor dari Jepun Dr Mesaru Emoto telah membuat kajian mengenai keajaiban air ciptaan ALLAH. Beliau telah menulis sebuah buku mengenai kajian beliau iaitu Messages from Water. Sila rujuk http://www.hado.net/index.php.
Jika orang bukan Islam mengkagumi air ciptaan ALLAH, jadi mengapa tidak kita? Tepuk dada tanyalah iman.
Jumpa lagi. Insyallah.
Semoga kita akan diberi cahaya keimanan yang bergemerlapan dan sentiasa mensyukuri akan nikmat ALLAH.

Rujukan

Ahmad Muhammad Abdul Ghaffar:Persediaan Menghadapi Hari Tua. Darul Nu’man, Kuala Lumpur. 2000

Dr Danial Zainal Abidin: Quran Saintifik, PTS Publication, Selangor.2007

http://www.hado.net/index.php

www.bbc.co.uk/science

Read more...

Wednesday, January 27, 2010

Peliharalah lidahmu

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.


“Di hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan yang telah mereka kerjakan”
An-Nur : 24


Minggu lepas saya singgah di surau berhampiran dengan taman saya. Alahamdulilah, ramai yang datang berjemaah. Sudah lama saya tidak mengunjungi surau tersebut kerana saya lebih kerap berjemaah di surau berhampiran rumah saya kerana surau tersebut makmumnya agak kurang.
Selepas solat, bahu saya ditepuk oleh seseorang. Rupanya, seorang sahabat se taman dengan saya. Allahamdulillah, saya kaget melihat sahabat saya sudah memakai jubah dan beserban. Malangnya, keceriaan saya terpadam apabila dia menyapa saya dengan satu soalan killer.
“Hai….lama tak nampak. Ada lagi rupanya!” sapaannya sambil senyum sinis kepada saya.
Apa yang boleh saya jawab. Terpinga-pinga.
Apa yang ingin saya bawakan kepada pembaca dan anak-anak remaja mengenai bagaimana manusia yang tidak memelihara lidah mereka apabila berkata-kata. Kerana lidah benda yang baik akan bertukar sebaliknya. Kerana lidah manusia itu bias kufur kepada ALLAH. Kerana lidah manusia mudah menjadi takbur dan bongkak.
Allah memberikan nikmat lidah untuk manusia berzikir kepada ALLAH, membaca kitab-Nya, memberi nasihat, berkata benar dan mengungkapkan sesuatu yang menyenangkan. Namun jika tidak dipelihara dengan baik, lidah akan menarik tuannya kepada kecelakaan.
Di dalam sebuah hadis, Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“ Bukankah manusia itu dilontarkan ke dalam api neraka menerusi wajah mereka, ataupun menerusi hidung mereka, disebabkan bencana lidah mereka”
Imam Ghazali dalam bukunya Bimbingan Mu’minin ,menyatakan bahawa manusia dilarang mengeluarkan kata-kata terutama tentang keburukan dan keaiban orang lain kerana DUA perkara:
1. Perhatikan dulu perihal diri terlebih dahulu. Kiranya anda dapati pada dirimu ada satu saja dari perkara yang tercela itu, cukuplah anda menahan diri dari mencela orang lain
2. Jika anda ingin mencari kawan yang bersih dari segala aib dan keburukan, maka anda terpaksa mengasing diri dari semua manusia. Sebab tiada seorangpun yang terlepas dari tidak melakukan perkara yang buruk Sebaik-baik kawan yang dicari ialah kawan yang mempunyai banyak kebaikan dari keburukkan.
Jumpa lagi. Insyallah.
Moga saya dan anda akan terpelihara dari api neraka dan sentiasa mendapat rahmat ALLAH

Rujukan
Imam Habib Abdullah Haddad, Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, Pustaka Nasional, Singapura. 2001
Imam Ghazali. Terjemahan Syed Ahmad Semait: Bimbingan Mu’minin. Pustaka Nasional, Singapura.1999
Read more...

Monday, January 25, 2010

Freemason : Menulari Jiwa Remaja Muslim

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Setinggi-tinggi syukur ke hadrat ALLAH Ta’aala Tuhan sekelian alam dan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, jika mereka disentuh oleh syaitan yang mengelilinginya, mereka segera ingat lalu mereka melihat (kebenaran)’.
Al-A’raf : 201


Apabila membaca tajuk berita “AJL 24 unsur illuminati” dalam ruangan Pancaindera Mingguan Malaysia Ahad 24 Januari 2010 bukan sesuatu yang memeranjatkan. Sebenarnya bumi Malaysia ini sudah diresapi budaya Freemason sejak abad ke 19 lagi. Malahan pertubuhan Freemason ini masih bergiat aktif hingga kini. Walaupun pusat utama kumpulan ini beroperasi di Kuala Lumpur , dikenali sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[11] DGLME secara rasmi pada 20 Oktober 1916. Namun pertubuhan asalnya Royal Prince Of wales Lodge No.1555.E.C.bermula pada 4 Disember 1875 dan masih aktif hingga kini . Sila rujuk http://www.rpwlodge.com/index.htm untuk melihat destinasi dan gerakan mereka.

Bahayakah pertubuhan ini?. Atau sengaja digembar-gembur untuk dijadikan isu. Ini mungkin merupakan persoalan yang akan berlegar di minda sesetengah anak-anak remaja terutama yang sudah tidak kisah mengenai soal aqidah dan ibadah. Inilah suasana yang membimbangkan saya dan mereka-mereka yang bimbang akan masa depan remaja Islam terutama di Negara kita yang tercinta ini. Jika mereka tidak diberi panduan dan pedoman, mereka akan terus hanyut dan sesat dibawa arus kemunafikan dan kealpaan dunia. Mari kita lihat serba ringkas mengenai bahana Freemason dengan Order Baru Dunia mereka.

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [12] [13] [14] [15]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[16], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[17] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan. Mereka mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang ke arah menguasai dunia. Tujuan mereka adalah menyebarkan pengaruh dan ajarannya di kalangan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh berpengaruh serta boleh menguasai keadaan politik, ekonomi dan masyarakat.
Kebanyakan mereka yang menaungi gerakan ini adalah mereka yang berketurunan yahudi dan ianya boleh dikatakan membawa kepada keseluruhan ahlinya. Mereka menyebah tuhan mereka yang bernama "Lucifer" dan mereka terdiri daripada golongan-golongan elit yahudi yang mengusai sistem kewangan dunia, ketenteraan dan sebagainya. Apa pula tujuannya? Ya tujuannya adalah ingin mewujudkan sebuah Order Baru Dunia yang mana maksud ini ada diterjemahkan melalui wang kertas 1 USD, Novus Ordo Seclorum.
Dalam ruangan ini saya ingin berikan beberapa contoh budaya freemason yang telah meresap masuk ke dalam jiwa dan nurani remaja Islam. Remaja kita sudah jauh menyimpang namun kita masih berpeluang berpatah balik.

“Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka…..”
Asy-Syura :25

Pertama: Istilah panggilan Bro yang digunakan oleh kebanyakkan artis dan golongan remaja hari ini merupakan panggilan yang digunakan dalam pertubuhan ini untuk para pegawai Kumpulan Freemason. Jika anda tidak percaya, sila rujuk http://www.rpwlodge.com/Lodge%20Officers.htm .

Kedua: Simbol menunjukkan kedua jari telunjuk dan manis ke atas oleh kebanyakkan remaja. Tahukah anda bagaimana tanda atau "Hand sign" bagi pemeluk agama yahudi yang mempercayai ucifer? Anda hanya akan mengetahuinya dengan melihat kumpulan-kumpulan rock membuat 'Horned Hand' iaitu dua jari telunjuk dan jari manis dinaikkan ke atas dan yang lain digenggam.


(ihsan dari http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com

Inilah Horned Hand yang digunakan bagi memberi tahu bahawa ia sebenarnya menyembah lucifer. Logo ini menyorok melalui beberapa maksud lain yang lebih difahami oleh masyarakat dunia seperti ianya bermasud rock dan peace. Sebenarnya tidak. Lihat betapa bijak dan licik sekali usaha yang dimainkan oleh golongan yahudi laknatullah ini.

Ketiga : Pengaruh Freemason mula menular masuk ke dalam kelab-kelab pertubuhan sosial. Sila rujuk http://groups.yahoo.com/group/CikGuBera/message/130 dan http://mazhab.sementoji.net/v1/?cat=26. Malahan kelab-kelab ini juga ada yang telah mengadakan usahasama dengan pihak sekolah (tentunya melibatkan para remaja), badan pertubuhan Islam.
Jika AJL 24 yang penuh unsur-unsur Freemason (sama ada sedar atau tidak) rujuk http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/ berjaya menarik perhatian ribuan remaja Islam memenuhi malah melimpah ruah ruang stadium, maka ini merupakan satu peringkat kebimbangan yang kritikal.

Kepada para pejuang Islam yang meletkkan Islam sebagai cara hidup dan di tempat yang paling atas, ayuh kita sudah tidak punya masa. Istiqammah dalam perjuangan. Usah lagi bertengkar tentang hal-hal melibatkan furu’. Aqidah dan pokok keimanan remaja kita di luar sana perlu disiram agar subur semula. Aqidah merupakan persoalan ruh bagi setiap insane, berpegang teguh dengan hukum Allah akan hidup dalam keadaan selamat tetapi jika sebaliknya, maka kerohanian insane akan mati dan terjerumus dalam kesesatan sama ada sedar ataupun tidak.

Insyallah Jumpa lagi.

Moga kita sentiasa diberi rahmat dan kekuatan oleh Allah untuk menyampaikan sesuatu yang baik.

Rujukan
Sayid Sabiq. terjemahan Moh.Abdai Rathomy :Aqidah Islam. Diponegoro, Bandung.1978
Al Imam Muslim, Terjemahan Shahih Muslim Jld I,II,III dan IV, Klang Book Centre, Selangor. Cetakan kelima 1997
Al Imam Al Ghazali. Terjemahan Ahmad Fahmi Zamzan: Ayyuhal Walad. Khazanah B Cetakan Keempat :Banjariah, Pokok Sena, Alor Setar. Cetakan Keempat 2007
Al Imam Al Ghazali terjemahan Muhammad Qadirun Nur : Penenang Jiwa. Wholesale Mart. Cetakan kedua belas 2008
http://www.anwaribrahimclub.com/forum/index.php?topic=2543.10
http://www.rpwlodge.com/index.htm
http://jejakitinggalanrasul.blogspot.com/
http://mazhab.sementoji.net/v1/?cat=26
http://freemasonry.bcy.ca/texts/moray_r.html
http://groups.yahoo.com/group/CikGuBera/message/130
Read more...

Perjalanan Kehidupan : Syurga Atau Neraka?

“ Maka ingatlah kamu kepada-Ku. Nescaya Aku ingat kepadamu. Dan berterima kasihlah kepada-Ku dan janganlah kamu menyangkal nikmat-Ku.”
al-Baqarah:152

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.
Kehidupan kita umpama menaiki kapal yang sedang belayar menuju ke suatu destinasi bernama Pulau Abadi.. Dalam perjalanan, kapal tersebut telah berhenti seketika di sebuah pulau yang indah. Kita telah diarahkan untuk mengambil seberapa banyak bekalan di pulau tersebut. Namun, malangnya apabila tiba di pulau tersebut, ramai yang terleka serta asyik terpesona menikmati keindahan pulau. Akhirnya siren berbunyi mengarahkan semua penumpang pulang semula ke kapal kerana perjalanan ke Pulau Abadi akan diteruskan. Yang terleka dan terpesona tidak sempat mengambil apa-apa untuk dijadikan bekalan. Maka mereka akan menghadapi saat-saat sukar nanti.
Begitulah juga ibarat kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini. Dunia ini hanya satu persinggahan. Jika kita hidup di atas muka bumi ini lali dan meninggalkan perintah Allah, apakah nanti bekalan yang akan kita bawa bila kita mengadap ALLAH di akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w telah memberi nasihat kepada umatnya mengenai kehidupan ini. Sabda baginda yang bermaksud:
“ Adalah dikira sebagai tanda berpalingnya Allah taala daripada seorang hamba apabila ia selalu mengerjakan perkara yang tidak berfaedah. Dan seandainya ada satu saat sahaja daripada umurnya yang telah digunakannya pada barang yang bukan merupakan tujuan hidupnya (iaiatu beribadat kepada Allah) maka layaklah bahawa akan panjang penyesalannya (pada hari kiamat nanti) dan siapa yang umurnya lebih daripada empat puluh tahun sedangkan kebaikannya masih belum dapat melebihi kejahatannya maka layaklah ia mempersiapkan dirinya untuk memasuki api neraka”
Kita masih punya waktu. Kita masih bernafas menghirup udara ciptaan Allah. Kita masih boleh bergurau senda dan bergelak ketawa. Dan sudah semestinya kita masih boleh menghitung dan bermuhasabah diri, menghitung ke arah manakah perjalanan kita selama ini. Adakah menuju ke syurga ataupun lebih sengetnya menuju ke arah pintu neraka. Ayuh…saudara-saudaraku, anak-anakku dan para sahabat seagama, kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berubah. Menjadi insane yang patuh dan taat kepada-Nya. Dan seterusnya mendapat tempat dalam syurga Allah.
Moga kita sama-sama akan mendapat rahmat dan redha Allah.
Wassalam


Rujukan
Al Imam Muslim, Terjemahan Shahih Muslim Jld I,II,III dan IV, Klang Book Centre, Selangor. Cetakan kelima 1997
Al Imam Al Ghazali. Terjemahan Ahmad Fahmi Zamzan: Ayyuhal Walad. Khazanah B Cetakan Keempat :Banjariah, Pokok Sena, Alor Setar. Cetakan Keempat 2007
Al Imam Al Ghazali terjemahan Muhammad Qadirun Nur : Penenang Jiwa. Wholesale Mart. Cetakan kedua belas 2008

Read more...

Sunday, January 24, 2010

Salam Ukhwah Awal Qalam

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.
Salam pertemuan awal dan salam ukhwah kepada semua yang sudi melayari laman blog ini. Ini merupakan artikel sulung saya dalam laman blog baru ini. Meminjam nama kitab besar karangan Al Imam Al Ghazali “Ayyuhal Walad” yang bermaksud ”Wahai Anakku Yang Tercinta” untuk dijadikan blogname saya.
Kitab ini ditulis oleh Al Imam Al Ghazali dalam bahasa Parsi dengan tajuk asal “Al Risalah Al Waladiah”, kemudiannya diterjemah dalam bahasa Arab dan diberi tajuk “Ayyuhal Walad”. Kemudian kitab ini telah diterjemah oleh Ahmad Fahmi Zamzam (Abu Ali Al Banjari An Nadwi) dalam perjalanan beliau menaiki keretapi dari Heyderabad ke Bandar Lucknow pada 1996.
Biarpun hanya setebal 83 muka surat namun ilmu yang terkandung dalam kitab ini begitu berharga dan bermakna untuk kita renungi sebagai bekalan yang sangat diperlukan oleh kita dalam perjalanan menuju kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. Insyallah.

Kitab ini sebenarnya di tulis oleh Al Imam Al Ghazali r.a. sebagai jawapan kepada sepucuk surat yang di hantar oleh seorang murid beliau yang sangat mencintainya, di mana di dalam surat itu murid beliau meminta agar Imam Al Ghazali r.a. sudi menulis sepucuk surat yang merupakan satu wasiat yang ditujukan kepadanya secara khusus, walaupun ia yakin bahawa isi dan kandungan surat tersebut telah ada termaktub dalam kitab-kitab karangan Imam Al Ghazali r.a.

Lalu Imam Al Ghazali dengan murah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepada nya beberapa nasihat yang sangat mahal harganya. Ini adalah sejarah ringkas kitab “Ayyuhal Wallad” menjadi blogname saya.
Namun saya tidak akan menghurai, mengupas atau mengisi ruangan artikel dalam dengan tulisan dalam kitab “ Ayyuhal wallad” semata-mata. Saya hanya sekadar meminjam nama dari kitab besar karangan Al Imam Al Ghazali. Dalam ruangan ini, insyallah kita akan sama-sama mengupas apa saja persoalan, pengalaman, cerita, permasalahan, tazkirah dan pengetahuan untuk dikongsi dan dijadikan renungan demi mencari keredhaan Allah Ta’ala. Sebagaimana keikhlasan Al Imam Al Ghazali semasa menulis kitabnya “Ayyuhal wallad”, saya juga bermohon kepada Allah agar diberi pancaran keikhlasan bila menulis setiap artikel dalam blog ini agar dpat member nasihat, teguran, panduan dan iktibar kepada pembaca terutama golongan remaja yang kini menghadapi zaman penuh fitnah dan mehnah.
Insyaallah Moga kita jumpa lagi.
Semoga anda dan saya akan sentiasa dalam rahmat ALLAH.

Wassallam
Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company