"Tidak
beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana
mencintai dirinya sendiri. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw. bersabda :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling
berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga
tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap
sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).
Kisah pergaduhan dua penyokong
parti politik di Gombak menjadi antara
isu terbaru menyaksikan betapa kroniknya hubungan antara sesama saudara seIslam
di negara kita. Dalam kes ini ternyata
tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul, tapi yang pastinya kedua-dua
pihak memperlihatkan kebodohan dan kedunguan
sebagai orang yang mengaku cintakan Allah dan sayangkan Rasulullah
S.A.W.
Apakah ini sikap dan peribadi
yang ingin kita tonjolkan kepada orang bukan Islam. Patutlah orang bukan Islam boleh
memperlekehkan agama Islam, semuanya adalah kerana kelemahan kita sendiri. Kita asyik bertekak sesama sendiri menyebabkan
orang bukan Islam mengambil kesempatan ke atas kita. Mereka menghina hukum Allah, mempersenda agama Islam tapi apa yang kita
buat? Kita hanya buat bodoh, malah kita
terus bersekongkol dengan mereka-mereka
yang menentang hukum Allah secara terang-terangan. Jawapan dari pucuk pimpinan parti adalah
jawapan yang klise sejak bertahun lagi….” …mereka menentang Islam sebab tak
faham Islam…”
Bila mereka nak faham Islam sedangkan mereka
dah duduk berkawan dengan orang Islam sejak puluhan tahun lagi. Kalau umur dah 60 tahun maka 60 tahunlah
mereka hidup dikalangan orang Islam.
Apakah mereka tak faham tentang Islam lagi. Macamana mereka hendak kata Islam tu
cantik! Bagaimana mereka nak tertarik pada
agama Islam? Bagaimana mereka nak meredhakan
agar hukum Islam dilaksanakan di negara ini?
Kalau kita sendiri asyik bertekak, bergaduh, bertumbuk, bertikam sesama saudara
Islam tanpa ada perasaan kasih sayang. Tentu
persoalan yang bermain dalam fikiran
mereka,” Kalau pada saudara seagama pun mereka boleh bertelagah dan bergaduh sedemikian rupa,
apatah lagi kita yang berlainan agama…tentu teruk lagi dikerjakan” Sebab itu cuba kita tilik dan tenung ….berapa
ramai ahli politik dari kedua-dua parti yang bertelagah ini yang dah memeluk
Islam kerana tertarik dengan cantiknya Islam.
Habukpun tarak……..sebab mereka melihat betapa teruknya akhlak orang
Islam itu sendiri. Dari pemimpin sampailah
ke peringkat penyokong!
Rasulullah mengajar kita supaya
menyayangi sesama saudara seagama dengan kita.
Kalau ada di kalangan saudara kita tersasar dari jalan kebenaran, tugas
kita membimbing, menegur ataupun mendoakan
agar mereka menemui semula jalan yang lurus. Bukannya mendoakan agar kemusnahan terus
menimpa saudara seagama kita kerana mereka tidak sehaluan dengan kita. Siapakah kita untuk berbuat demikian kerana
kita sendiri belum pasti apakah nasib kita sendiri di penghujung hayat nanti. Pengakhiran yang baik dan diredha Allah atau
sebaliknya!
Kata Imam Hasan al-Banna r.a.
(1908-1949m) dalam Risalah Ta’alimnya : “Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang
dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah.
Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan
sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada
kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak
ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah
berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan
saudaranya dari dirinya sendiri)
0 comments:
Post a Comment