Firman ALLAH yang
bermaksud
“Apabila berlaku hari kiamat itu,
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian
hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan
yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sebenar-benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkan
dengan selebur-leburnya,Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);….”
(Al-Waqi’ah : 1-7)
Ternyata
telahan masyarakat bukan Islam yang kebanyakkan percaya akan berlakunya kiamat atau
“doomsday” pada 21 Disember 2012 tidak menjadi kenyataan. Akhirnya segala persediaan yang diatur dan
dibuat oleh pihak-pihak yang dungu ini sebelum menjelang 21 Disember 2012 kini
menjadi satu bahan gurauan pulak. Kini
timbul pulak suara-suara yang cuba menegakkan benang basah mengatakan manusia
moden rupanya tersalah tafsir segala kiraan kalendar kaum etnik Mayan kuno.
Di Malaysia juga tidak terkecuali ada pihak yang cuba
mewar-warkan dan memperbesarkan tarikh
ini sebgai tarikh hari penentuan.
Berhampiran taman perumahan saya terdapat sebuah gedung menjual pakaian telah
mengadakan jualan potongan istimewa yang
dipanggil “ Jualan Menjelang Hari Kiamat” pada 20 Disember 2012.
Bagi orang Islam, mempercayai benda-benda sebegini boleh menyebabkan
akidah kita tergelincir dan akhirnya membawa kepada kufur kepada ALLAH. Nauzubillah……… sebab itu
Islam mengajar kita selain mempercayai benda-benda yang dapat dilihat
dengan mata kasar, kita juga wajib percaya akan perkara-perkara yang ghaib seperti
dosa-pahala, syurga-neraka, wujudnya jin, malahan mempercayai dan beriman wujudnya Hari Kiamat merupakan salah daripada
Rukun Iman. Namun untuk mempercayai akan
bila berlakunya Hari Kiamat bukanlah kerja dan dalam pengetahuan kita. Semua itu hanya ALLAH Ta’ala yang Maha
Mengetahui. Malahan junjungan besar kita
Nabi Muhammad S.A.W sendiripun tidak
tahu bila akan berlakunya kiamat.
Baginda Rasulullah hanya dapat memberi gambaran kasar mengenai bila
kiamat itu semakin hampir berlaku.
Seperti mana sabda baginda dalam hadith di bawah:
Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi
melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj.
Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda
menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu
Majah)
Bagi kita umat Islam tak perlu
risau tentang bila akan berlakunya kiamat, yang pasti ia akan PASTI
BERLAKU. Serahkan saja kepada ALLAH Ta’ala,
kerana DIA yang Maha Mengetahui tentang
segala sesuatu. Yang penting kita
perbetulkan diri kita dan Tanya kepada diri sendiri…”apakah aku sudah bersedia
menghadapi hari Kiamat dan Hari Perhitungan”.
Saya melihat diri saya sebagai yang
masih banyak perlu diperbetulkan dari segi ibadah serta hubungan dengan ALLAH
dan manusia.
Marilah kita sama-sama berdoa agar
menjadi umat yang akan sentiasa mendapat redha Allah. Hindarkan pertelingkahan antara sesama umat Islam
terutama di bumi Malaysia yang bertuah ini. Seringkalai timbulkan persoalan
dalam benak fikiran ini……kerana Kita
sendiripun kurang pasti apakah kita ini lebih baik dari orang lain atau
sebaliknya. Janganlah kita menghina
orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.
Belajarlah menghormati orang lain kerana kalau nak mengharap pahala
untuk ke syurga Allah sudah tentu tidak memadai. Yang penting ikhlas dan berharap mendapar
redha ALLAH untuk ke syurgaNYA.
Yang pasti KIAMAT semakin hamper kerana
sudah banyak pertanda yang Rasulullah sebut dalam hadith baginda menjadi
kenyatan satu persatu. Akhir kalam….apakah
saya, anda, kamu, dia dan kita sudah
bersedia?
0 comments:
Post a Comment