Thursday, January 17, 2013

Patrick Teoh : Mudahnya Si Laknat Ini meminta Maaf




Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.Wserta ahlikelurga baginda san juga para sahabat baginda yang berjuang atas nama kebenaran.

Setelah beberapa ketika dulu Karpal Singh, Ngeh dan beberapa orang politik menghina Islam, kini seorang lagi manusia laknatullah yang agak dikenali di Malaysia ini bersikap biadap dan kurang ajar. Si lakanatullah yang dikenali sebagai Patrick Teoh ternyata terlalu angkuh dan biadap menghina Islam dan peraturan yang dikenakan oleh Kerajaan Kesah pimpinan Ustaz Azizan terhadap penganjur 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013.

Firman ALLAH yang bermaksud " Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangikamu kerana ugama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu orang lain untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah),sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim."                                           (al-Mumtahana :9)

Dalam kenyataan yang dibuat di laman Faebook itu, Si laknatullah ini mengulas soal garis panduan 1Malaysia Sambutan Tahun Baru Cina 2013, yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah, turut mempersoalkan amalan sembahyang lima kali sehari orang Islam dan pemakaian tudung.

Garis panduan dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Kedah melibatkan aspek pakaian, nyanyian dan tarian. Ia menetapkan cara berpakaian pegawai dan artis yang terlibat hendaklah bersopan, tidak menjolok mata, artis digalakkan membuat persembahan nyanyian dan lagu berunsurkan ketuhanan atau nasihat dan tidak melalaikan serta melampau.Dalam kenyataan itu juga, Teoh menyentuh sembahyang lima waktu dan wanita Islam menutup aurat.

Siapa dia yang begitu berani mempersendakan agama Islam dan mempersoalkan peraturan yang ditetapkan oleh sesebuah kerajaan demi kebaikan rakyatnya. Kalau dia tak suka dia boleh berambus keluar dari bumi Kedah ataupun berhijrah dari bumi Malaysia tercinta ini dan pergi kemana-mana negara yang dia suka. Namun untuk menghina Islam dan segala amalan umat Islam adalah sesuatu yang terlalu amat kurang ajar dan perlu diberi pengajaran. Kata-kata yang dilafaz atau ditulis tidaklah semudah untuk ditarik balik dengan cara memohon maaf begitu sahaja.

Kita tidak perlu menunggu pihak berwajib sahaja mengambil tindakan,pihak NGO Islam,malah pihak seniman atau apa sahaja persatuan artis perlu tampil membantah tindakan biadap si laknatullah ini. Pengajaran yang secukupnya perlu diberi kepada manusia bangsat seperti ini. Apabila manusia menghina agama, maka tiada kompromi baginya. Pengajaran diberi agar manusia bangsat lain tidak berani memperkotak katikkan Islam. Jika tidak akan lahir berpuluh malah beratus lagi bangsat laknatullah seperti Patrick Teoh ini.

Sebenarnya, keberanian mereka sejak mutaakhir ini adalahkerana kelemahan kita sebagai umat Islam. Bercakaran dan berbalah sesame sendiri kerana berlainan fahaman politik semata-mata. Pemimpin tak lah berapa gaduh sangat tetapi ahli –ahlinya (yakni adikung dan barua) bergaduh bagai nak rak. Masing-masing hendak menegakkan benang yang basah yang akhirnya menyebabkan benang tersebut menjerut diri kita sendiri. Orang kafir mengunakan kesempatan ini dengan mempermainkan dari satu isu ke satu isu bertujuan menduga kekuatan iman dan ukhwah kita,umat Islam dinegara ini. Akhirnya mereka tahu betapa lemah dan longlainya umat Islam di Malaysia. Berani berbalah, memaki hamun dan memperlekeh sesama bangsa dan agama sendiri sahaja.

Kita tunggu dan lihat isu ini , adakah akan berpanjangan atau sejuk dan basi seperti isu yang lain. Yang pasti si kafir laknatullah akan tersenyum melihat betapa baghalnya pemikiran umat Islam Malaysia dan betapa rapuhnya iman kita! Bagi mereka apa yang nak ditakutkan ; malam atau pagi cakap atau tulis benda yang menyentuh sensitiviti umat Islam……petangnya memohon maaf. Semudah ABC. Yang pasti nanti, ada juga umat Islam yang benggong menyokong dengan menulis…..alah ini isu kecik tak payah dibesarkan…… Tak percaya bacalah komen dalam blog, FB atau Twiter.

Masyallah…Tabarakallah,jika baginda Rasulullah S.A.W masih hidup,baginda pasti akan menitiskan air mata melihat betapalemahnya umat baginda.







0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company