Firman Allah Ta’ala “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu
pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah
serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai
kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah
kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan
hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal
hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.” ( Surah An Anfal : 45-46)
Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda dan pejuang yang berjuang demi menegakkan panji_panji Islam.
Al Fatihah untuk dua orang anggota komando PDRM atau VAT69 yang terkorban
dalam kes serangan penjenayah di Lahad Datu.Hanya ALLAH Ta’ala yang layak menilai dan memberi ganjaran di atas segala
perjuangan mereka berdua bersama sahabat-sahabat yang lain dan bukannya
manusia. Semoga Allah mencucuri rahmat
ke atas roh Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69
Komando
Malangnya kejadian pencerobohan di
Lahad Datu telah diekploitasi juga oleh pihak-pihak yang biadap dan tidak
bertanggungjawab. Mempersenda isu
keselamatan Negara dan mengaitkan dengan politik demi kepartian adalah sesuatu
yang biadap dan kurang ajar.
Isu Lahad Datu membabitkan
keselamatan Negara. Ia membabitkan isu melindungi
Negara dan keselamatan orang awam agar tidak menjadi mangsa pencerobohan. Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu
berdoa, bersolat hajat, bertahajjud
memohon kepada ALLAH agar Allah memelihara Negara kita ini dari segala bencana
dan kemudaratan. Bukannya duduk bersenang
lenang dengan komputer riba dan suka-suka menulis atau memasukkan entri memperlekeh
isu ini dengan kata-kata nista dan dusta.
memperkecilkan keupayaan pemerintah negara, tentera dan anggota polis negara
sendiri.
Kenyataan Tian Chua mengaitkan isu
Lahad Datu dengan sebuah parti yang bertentangan dengan perjuangannya adalah
sesuatu yang biadap. Isu ini bukan
menjadi isu kepartian tetapi ia membabitkan soal keselamatan Negara. Sepatutnya orang seperti Tian Chua bersyukur
kerana hidup mewah dan bebas di Negara ini.
Saya percaya orang seperti Tian Chua lah yang akan berpusu-pusu untuk keluar negara melarikan diri jika berlaku
sesuatu malapetaka dalam Negara. (Saya
masih ingat suatu ketika dahulu bila ura-ura keselamatan negara terancam,
berpusu-pusu orang seperti Tian Chua ke pejabat Imigresen untuk buat passport ke
luar negara) Di mana kesetiaan Tian Chua dalam
isu ini? Sepatutnya sebagai
rakyat Malaysia kita bersama-sama mempertahankan kedaulatan Negara ini. Memberi sokongan dan semangat kepada anggota
keselamatan kita.
Ini bukan Negara UMNO, ini bukan negara
Barisan Nasional ataupun Negara Pakatan Rakyat
(kalau menang nanti). Ini Negara MALAYSIA. Parti yang menang hanya sekadar diberi mandat
mentadbir negara bukannya Negara itu hak
kepunyaan mereka. Kalau suka kita sokong
kalau tak suka kita ubah bila tiba pilihanraya.
Isunya, mengapa ada orang-orang
seperti Tian Chua serta sahabatnya dan
beberapa pengguna laman media sosial yang lain terlalu biadap dan menangguk di
air keruh dalam isu ini.
Sebagai orang Islam, kita berserah
segalanya kepada ketentuan ALLAH setelah semua usaha terbaik dibuat oleh pihak
berkuasa dan pasukan keselamatan.
Senjata yang paling ampuh yang ada pada kita sebagai manusia kerdil
ialah berdoa kepada ALLAH agar memelihara bumi tercinta ini dan memberi kekuataan
kepada anggota keselamatan menghadapi musuh.
Semoga ALLAH sentiasa memayungi dan melindungi anggota keselamatan kita
dari segala mala bahaya. Berdoalah kita
agar ALLAH Ta’ala. memberi kekuatan
kepada anggota keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dan menyembuhkan anggota keselamatan yang mengalami
kecederaan. Amin
0 comments:
Post a Comment