Hai
"Hai Rasul ALLAH ,
sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu
kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan
amanatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah
tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Al-Maaidah
:67)
Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar forum khas yang
dianjurkan oleh masjid Alma Jaya di
Seberang Perai Tengah tentang Bahayanya Syiah.
Forum yang diadakan selepas solat Isya’ itu mengundang ahli-ahli panel
yang memang hebat dalam selok belok dan sepak terajang golongan syiah ini. Mereka ialah Ustaz Abdullah Din, naib YDP
ABIM Kedah dan juga Prof. Madya Dr. Abd Aziz Hanafi iaitu pensyarah kanan Kolej
Universiti Insaniah bersama moderatornya Ustaz Abd Rashid.
Malangnya, forum yang diadakan di masjid yang dikelilingi
oleh kawasan perumahan majoriti orang Islam tidak mendapat sambutan yang
diharapkan. Walaupun pihak mesjid dah
iklankan melalui banner dan flyer namun jumlah yang hadir di tambah dengan
pengunjung kariah luar tak sampai pun memenuhi sepertiga masjid. Ustaz Abdullah Din dalam ceramah awalnya
telah melahirkan perasaan kecewa dengan sambutan penduduk sekitar .
Secara berseloroh
beliau menyindir yang penduduk sekitar Masjid Alma Jaya mempunyai pegangan
aqidah ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang kuat dan teguh. Mereka ini tidak gentar dengan penularan
fahaman syiah yang semakin hari semakin merebak bak barah dalam masyarakat
Islam di Malaysia, sebab itu mereka tak datang.
Sebab iman dan aqidah mereka sudah cukup hebat.
Syiah bukan sahaja
bertapak dan menulari ahli golongan agama
sahaja, malah meresapi pemikiran para pensyarah IPT, para pendidik, malahan ada
dikalangan golongan syiah ini terdiri daripada ustaz-ustaz sekolah. Yang lebih
membimbangkan , menurut Ustaz Abdullah
Din terdapat ahli politik kanan parti-parti politik yang turut menerima fahaman syiah dan
kebimbangan paling besar jika golongan seperti ini memenangi pilihanraya dan diberi
jawatan dalam kabinet. Namun bagi
penduduk taman ini dan yang sewaktu dengannya mereka tidak punya rasa
bimbang. Apa yang nak ditakut
penularannya? Iman kami kuat! Mungkin begitu kata sombong hati-hati mereka
ini.
Saya tidak mahu menulis lebih lanjut tentang syiah dan
pengaruhnya kerana kita boleh mendapat maklumat terperinci melalui media-media baru . Namun
apa yang ingin saya catatkan di sini ialah mengenai sikap masyarakat
kita yang memandang sepi majlis-majlis ilmu seperti ini. Menurut salah seorang sahabat yang tinggal di
Taman berkenaan, terdapat segelintir golongan masyarakat di taman tersebut yang memang tidak pernah
mengunjungi masjid tersebut kerana tidak bersefahaman politik. Mereka mempunyai surau sendiri. Malahan mereka sanggup berjumaat di kariah
lain kerana perselisihan politik.
Masyaallah tabarakalah.
Ayuh kita tanggalkan segala perhiasan dunia dan fahaman
kepartian di luar perkarangan masjid kerana
niat kita mengunjungi rumah ALLAH
hanyalah untuk mendapat keredhaanNYA,bukan kerana makhluk. Kita rapatkan saf-saf yang telah lama
terpecah dan lompong demi menegakkan sinar ALLAH.
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang
amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang
yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala
yang besar
(Al- Israa’:9)
0 comments:
Post a Comment