Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Puji-Pujian buat Rasulullah S.A.W dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Bahang
pilihanraya semakin terasa. Tidak
beberapa hari lagi kita akan memilih siapakah yang bakal mengemudi bahtera Negara. Semuanya
terpulang kepada kita yang akan memilih.
Yang pastinya semua berada dalam ketentuan ALLAH.
Kita
diberi ALLAH akal fikiran. Kita
dikurniakan ALLAH panca indera. Maka
gunakan sebaik mungkin akal fikiran untuk membuat keputusan siapa yang layak
memimpin Negara. Gunakan segala panca
indera kurniaan ALLAH untuk melihat , mendengar tanpa prejudis dan jumud .
Jangan
kita gunakan pilihanraya ini tempat kita melontar dan menghempas kemarahan,
dendam dan kebencian . Jangan kita memperjudi
masa depan kita dan anak-anak cucu kita kerana terpedaya dengan dendam kesumat
dan hawa nafsu.
Hari
ini kita memusuhi antara sesama saudara seislam kita. Masing-masing ingin menunjukkan mereka lebih juara , lebih hebat, lebih mulia berbanding
saudara seIslam yang tidak senada dengan
kita. Maka Kita jelmakan perasaan
kebencian di dalam hati-hati kita tanpa kita mencari dan melihat hakikat kebenaran.
Kita dihasut oleh musuh-musuh Islam agar terus
membenci antara satu sama lain. Mereka biarkan
kita berantakan agar tidak wujud kamus perpaduan di kalangan kita. Itulah niat jahat musuh-musuh sekeliling kita
yang kadangkala mereka inilah yang kita jadikan sahabat kita. Mereka menjadi gerun dan gelabah bila kita
berura-ura hendak bersatu dan memupuk perpaduan ummah. Itulah agenda mereka, agar kita tidak terus bersatu.
Biarkan
5 Mei 2013 ini menjadi tarikh keramat kita memilih pemimpin yang benar-benar boleh
memimpin dan menjadikan Negara kita
sebagai Negara Islam yang disegani dan dihormati. Usah kerana kita marahkan nyamuk akhirnya
bukan kelambu sahaja yang kita bakar, malahan kita bakar dengan rumahnya
sekali.
Yang
pasti kita perlu memilih pemimpin di kalangan orang Islam. Pemimpin Islam yang boleh mentadbir serta
membuat keputusan dengan baik dan bukannya mengikut telunjuk dan kemahuan orang-orang kafir. Kita tidak mahu pemimpin Islam yang lemah dan
tidak berani bersuara hanya kerana
inginkan pangkat dan jawatan walaupun agama dan kesucian Islam diperlekeh .
Dalam pada itu, Kita juga perlu menolak
pemimpin kafir yang cuba memperdagang kesucian kalimah Allah dan keberanian
mengertak kita untuk melangkah mayatnya jika ingin menegakkan hukum Islam. Kita perlu berani bersuara kerana mereka juga
berani bersuara secara terang-terangan menentang Islam.
Berfikir
dengan rasional dan jangan emosi kerana
kita akan dipersoal di hadapan mahkamah ALLAH nanti. Yang pasti, .jangan
biarkan orang bukan Islam seperti ini memimpin dan memegang teraju Negara di
atas kebebalan kita.
Semoga
Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memilih.
0 comments:
Post a Comment