Friday, September 17, 2010

Terry Jones : Si Penipu yang Penuh Kebiadaban



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta. Sehinggalah jika mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani? Nabi SAW bersabda: Siapa lagi kalau bukan mereka.” (Hadis riwayat Muslim)


Islam adalah agama perpaduan. Islam mengajar penganutnya menghormati hak-hak orang lain sama ada di kalangan orang Islam mahupun yang bukan Islam. Islam juga tidak pernah mengajar umatnya kepada kekerasan apatah menghina dan mencaci fahaman orang lain. Islam adalah agama yang sempurna, yang mendidik umatnya dari perkara sekecil hama hinggalah merangkumi keluasan yang luas melebihi alam semesta. Carilah dimana-manapun tidak akan ada fahaman atau anutan yang mengajar umatnya selengkap-lengkapnya seperti yang diajar oleh Islam melalui Rasulullah S.A.W.

Di atas kekuatan inilah Islam sentiasa digeruni oleh musuh-musuh Islam. Kerana dalam Islam tidak ada istilah kekalahan sekiranya kita berjuang di jalan Allah dengan tulus dan taqwa. Sebagai orang mukmin kita telah ridho Allah sebagai Rabb, Islam sebagai dien, dan Muhammad S.A.W itu sebagai Nabi dan Rasul, dan pastinya kita akan sentiasa memperoleh kemenangan. Tidak ada keraguan lagi. Janji Allah Azza Wa Jalla itu pasti akan datang. Jika kalahpun kita menang apatah lagi jika kita menang dalam memperjuangkan agama Allah.

Allah berfirman :“Allah telah menetapkan: “Aku dan rasul-rasul-Ku pasti menang”. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. ( Al-Mujadalah ; 21).
“Sesungguhnya Kami menolong rasul-rasul Kami dan orang-orang yang beriman pada kehidupan dunia dan pada hari berdirinya saksi-saksi (hari Kiamat)”. (QS. Al-Mukmin; 51)


Atas kekuatan inilah juga kita sentiasa diawasi dan diprovokasi oleh musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan nasrani agar umt Islam berpecah belah dan berbalah-balah . Ada sahaja isu yang akan ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam ini bertujuan agar orang lain dan dunia memandang serong terhadap Islam.

“Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barangsiapa yang murtad diantara kamu ari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (QS. Al-Baqarah ; 217-218)

Baru-baru ini kita dikejutkan oleh laporan mengenai saranan ini diutarakan oleh seorang paderi bernama Terry Jones yang ingin membakar naskah Al Quran sempena memperingati peristiwa 11 Sepetember. Ia sebenarnya hanya mewakili suara seramai 50 orang ahli Dove World Outreach Center sebuah gereja kecil yang bertempat di Gainesville, Florida . Kebiadapan dan keangkuhan Terry Jones menjadi isu hangat diperbahaskan bukan sahaja di Amerika tetapi di seluruh dunia terutama dunia Islam.
Sikap tidak bertamadun dan biadap Terry sebenarnya telah terserlah sejak dia mengambil alih sebagai paderi sambilan di gereja kecil di Florida sejak 2004. Pada 2009 , Terry telah melancarkan kempen “Islam is of the Devil” yang juga merupakan judul bukunya. Sebenarnya, Terry dan gerejanya pernah diberi notis amaran pada 2000 kerana kelantangan mengkritik secara terbuka agama Islam.

Terry Jones bukanlah seorang yang berjaya dalam kehidupannya. Semasa menuntut di Southeast Missouri State University beliau gagal memperolehi sebarang ijazah. Pada 1970 bekerja sebagai penolong pengurus sebuah hotel dan berhijrah ke Cologne, Jerman pada 1981. Beliau menjadi paderi di sebuah gereja Christliche Gemeinde Köln (CGK). Pada 2002, mahkamah Cologne menjatuhi hukuman denda $3800 kerana memalsukan gelaran Doktor pada namanya. Akhbar The Gainesville Sun melaporkan yang Terry meninggalkan gereja di Jerman akibat peristiwa yang memalukan itu.

Artikel ini sekadar ingin mendedahkan yang Terry Jones sebenarnya adalah manusia yang kecewa dan tidak pernah mendapat sokongan orang ramai kerana tindak tanduknya. Beliau yang gila publisiti murahan ini sentiasa mencari jalan mendapatkan perhatian, mencari isu memburukkan imej Islam. Beliau meletakkan banner "Burn a Koran Day" di luar gereja untuk menyemarakkan lagi api kebencian. Tindakan beliau yang ingin membakar Al Quran ini mendapat kencaman dari pelbagai pihak di Amerika sendiri, bermula daripada Barrack Obama, bintang filem Angelina Jolie hinggalah kepada pertubuhan NGO telah merayu agar Terry tidak meneruskan niatnya yang nyata akan menimbulkan kemarahan dan dendam dunia dan masyarakat Islam. "Tolong jangan hakimi semua orang Kristian disebabkan oleh perlakuan seorang ekstremis saja," kata Presiden National Association of Evangelicals, Leith Anderson. Pejabat Paderti Besar di Vatican City juga mengeluarkan kenyatan serupa dan menyifatkan perbuatan Terry sebagai “memalukan”. Malahan anaknya Emma Jones juga menyelar tindajkan ayahnya.

Jenis syaitan bertopengkan imej paderi ini tidak pernah kesal dan insaf. Walaupun beliau membatalkan niatnya membakar Al Quran tetapi ia sebenarnya telah membakar semangat anti Islam di kalangan penentang Islam yang fanatik. Dalam satu kejadian, seorang lelaki yang membantah rancangan pembinaan masjid di Groung Zero, mengoyakkan helaian Al-Quran sebelum membakarnya. Dalam satu insiden lain, seorang lagi lelaki mengoyak dan menghina kitab suci Islam itu. Di Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan Danny Allen menggunakan minyak pemetik api dan membakar sekurang-kurangnya dua naskhah Al-Quran di halaman rumahnya. Old menyifatkan Islam sebagai ‘agama palsu’.

Beberapa Negara Islam telah bangun membantah mengadakan demostrasi membantah perlakuan biadap golongan-golongan ini di jalan-jalan raya dan kedutaan Amerika Syarikat. Namun kita sekadar membaca berita tanpa ada rasa bersalah (agaknya). Tapi yang pasti, disaat puak bukan Islam mencaci, menghina dan menghamun Islam serta membakar Al Quran, kita sesama Islam masih bertelagah atas nama politik sempit. Masing-masing ingin menunjukkan yang mereka adalah pemimpin yang terbaik daripada orang lain. Hebat sangatkah kita yang tak pernah melakukan kesilapan tapi selalu menunding jari kepada orang lain sebagai yang bersalah. Bersatulah demi Islam tercinta dan hanya Allah sahaja mampu memberi kita kejayaan bukannya makhluk!

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu, sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah : “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya. “Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung bagimu”. (Al-Baqarah ; 120)

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company