Sunday, September 5, 2010

Yaum Al-Quds : Jelmakan Semangat Meninggikan Syiar Islam



Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

Orang-orang kafir dari Bani Israel telah dilaknat melalui lisan (ucapan) Dawud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu kerana mereka durhka dan selalu melampaui batas.” (Al-Ma’idah : 78)

Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik…. (Al-Ma’idah:82)


Pada tanggal 21 Agustus 1969, seorang lelaki warga Australia yang bernama Dennis Michael telah melakukan pembakaran terhadap Masjid Al-Aqsa . Api marak menyala dan membakar barang-barang di Masjid, tembok dan mimbarnya yang besar:. Itulah mimbar yang digunakan oleh pahlawan Islam tersohor , Solahuddin Al-Ayubbi untuk menyampaikan Khutbah Jumaat setelah pembebasan Al-Qds dari tentera Salib. Dikisahkan dengan kuasa Allah, api tidak bergerak sedikitpun dan Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya, akhirnya api dapat dipadamkan. Pemuda biadap tersebut, Dennis Michael walaupun dibicarakan tapi akhirnya Israel membebaskan beliau dengan alasan gila. Negara Islam seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka,dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Akhirnya Hari al-Quds atau Yaum Al-Quds sedunia telah dilancarkan oleh al-Marhum Imam Khomeini pada bulan Ramadan 1399 AH (Ogos 1979) dan telah disambut sebagai tarikh simbolik perjuangan menegakkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin di seluruh dunia tanpa mengambil kira fahaman, mazhab, dan lapisan masyarakat oleh seluruh umat Islam. Walaupun peristiwa malang tersebut terjadi pada 21 Ogod tapi Hari Al Quds disambut pada setiap Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan al Mubarak.

Walaupun sudah dua hari berlalu, saya sengaja membawa kisah dan sejarah Al-Quds untuk renungan semua umat Islam amnya dan masyarakat Islam di Malaysia khususnya. Malangnya berapa kerat masyarakat Islam di negara kita yang sedar wujudnya hari Al Quds dalam kalendar Islam masa kini. Walaupun terdapat beberapa negeri seperti Selangor ,pertubuhan NGO dan pertubuhan pelajar IPTA mengadakan program khas sempena Hari AlQuds, namun ia tidak diberi publisiti yang meluas oleh media massa dan media elektronik. Memang malang sekali, sepatutnya kesempatan Ramadhan Al Mubarak kita mengembalikan serta memperbaharui ruh perjuangan menegakkan syiar Islam semepena Hari Al-Quds.

Malahan kalau kita buat tinjauan, ramai anak-anak remaja Islam yang tidak mengetahui langsung tentang Hari Al-Quds. Mereka lebih ingat tarikh Hari Valentine berbanding tarikh-tarikh penting dalam kalendar perjuangan Islam. Inilah episod dan fenomena malang yang melanda remaja Islam kita hari ini. Keimanan dan ketaqwaan mereka kepada Islam sudah kian menipis bagaikan kulit bawang. Inilah genarasi muda Islam yang lahir besama longgokkan hiburan-hiburan melampau yang melalaikan. Keselesaan mereka kerana dilekakan oleh dunia hiburan menyebabkan mereka lupa tanggungjawab sebenar mereka sebagai benteng masa depan Negara. Saya sudah muak melihat dan mendengar pakar-pakar motivasi asyik menyalahkan ibu bapa sahaja bila berlaku keruntuhan akhlak sebegini. Sepatutnya semua pihak seperti pihak pemerintah , media penyiaran, Ngo dan masyarakat perlu dipertanggungjawabkan juga bila anak-anak remaja hari ini tidak begitu peka dengan kecintaan dan kesetiaan kepada Negara.

Sepatutnya kita boleh mengingati Hari alQuds dengan mengadakan pelbagai program. Selain media memainkan peranan, pihak Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi juga turut berperanan dengan mengadakan pelbagai program diskusi, bengkel, ceramah, solat hajat dan sebagainya.

Malangnya pada Jumaat terakhir bulan Ramadhan, hanya sebahagian kecil khatib menyampaikan khutbah mengenai Al Quds di masjid-masjid. Di saat kita menyambut Ramadhan bulan yang mulia penuh barakah ini, malangnya kita umat Islam mudah lupa detik penting Al Quds untuk membangkitkan semangat kecintaan kepada Allah dan Rasul.

“Tidak beriman seorang hamba sebelum aku (Rasulullah) lebih dicintainya daripada isterinya, hartanya dan seluruh umat manusia.”
(Bukhari & Muslim)

Kita boleh menterjemahkan Hari Al Quds ini bukan sekadar mengingati dan memperjuangkan nasib saudara kita di Palestine, tetapi kita boleh jadikan ia platform untuk menimbulkan kesedaran kepada orang ramai terutama remaja Islam bahawa ramai lagi negara dan masyarakat Islam yang tertindas. Di saat mereka bergembira dan leka dengan kemewahan serta lambakkan hiburan, renungilah nasib masyarakat Islam yang sedang berjuang menegakkan syiar Islam di Pattani, Filipina, Rohingya, Kashmir, dan sebagainya.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi disebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara
menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu,kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim


SEmoga Allah sentiasa membuka pintu hati kita untuk bersama-sama menegakkan syiar Islam dan menentang golongan-golongan yang dengan mudah dan senang mempersendakan Islam teruatam dalam laman-laman social sejak akhir-akhir ini. Amin.

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company