Wednesday, February 2, 2011

Ahmad Dhani, AF9 dan Dakwah Kita


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan reda dengan Mu (Muhammad) sehingga engkau mengikuti agama mereka “. (Al- Baqarah :120)

“ Kamu pasti akan dapati orang yang paling kuat permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang Musyrik “.(Al- Maaidah :82)


“Apalah punya tolol.....macamlah tak ada orang lain . Berlambak orang yang lebih bagus dan berhemah ,” rakan sepejabat saya bersungut sambil mata menatap berita dalam akhbar yang dipegangnya. Teh tarik ditangannya dari tadi belum lagi diminum.

“Siapa yang tolol tu?” celah saya. Rakan saya yang seorang lagi sambil menghirup kopi Radix memerhati kami melalui ekor mata.

“Ini....yang nak jadi Pengetua AF 9. Tahu tak siapa?”

“ Manalah saya tau! Lan Pet Pet,” jawab saya berseloroh.

“Hishhh...Lan Pet Pet tu pak lawak....ni penyanyi la. Astro punyalah banggang, depa nak lantik Ahmad Dhani jadi Pengetua! Hang tau tak Ahmad Dhani tu siapa?”

“Tahu.....ahli kumpulan muzik Dewa Dewi Bintang Tujuh!” jawab saya berseloroh lagi.

“ Dialah ketua atau kata orang Indon kepala bapak kumpulan Dewa. Rosak...rosak budak-budak kita nanti!”

“Apa pasal?”

“ Dia tu antara pengikut kumpulan Freemason, pertubuhan Yahudi yang sekarang ni secara senyap meresap masuk dalam budaya dan cara hidup anak-anak muda kita.”

“Alah lantaklah Astro nak lantik siapapun jadi Pengetua. Itu hak dia. Lagipun Rancangan AF tupun memang rancangan maksiat yang penuh lagha,” rakan saya yang diam sejak tadi pula bersuara.
“Mana boleh kita biar Astro buat sesuka hati dia. Hari ni dia bawa pengikut Freemason, nanti masa-masa akan datang dia bawa masuk kepalabapak Freemason dan Yahudi masuk rancangan dia. Masa tu baru kita nak bising. Sebab tu kita kena cantas lebih awal lagi sebelum ia menjadi lebih parah.”balas kawan saya bersemangat.

“Betul.....walaupun AF tu rancangan yang penuh mungkar dan maksiat tapi ia masih menjadi tanggungjawab masyarakat Islam untuk menyelamatkan aqidah para peserta AF (yang majoriti Islam) dari terus tersungkur dan tertiarap dengan dakyah Yahudi. Setiap orang Islam adalah pendakwah, menjadi tanggungjawab kita memberi kesedaran dan membetulkan yang salah serta mungkar agar mereka dapat kembali kepada ajaran Islam sebenar.”

Adalah sesuatu yang malang, jika kita biarkan anak-anak muda kita terus hanyut dalam dakapan program-program realiti tv seperti AF, One In A Million, Malaysian Idol dan sebagainya tapi usaha dan azam untuk berdakwah kepada mereka. Mereka perlu didekati ke arah memberi kesedaran bahawa hiburan seperti itu adalah bertentangan dengan syariat. Islam tidak melarang untuk berhibur tetapi ada batas batas tertentu. Kerja dakwah bukan sekadar di rumah, sekolah, madrasah, IPT atau di mesjid dan surau sahaja. Berdakwah mesti dilaksanakan secara keseluruhan, di mana-mana jua apatah lagi di tempat yang penuh dengan kemungkaran. Initanggungjawab semua umat Islam yang cintakan Islam dalam menegakkan syariat Allah.

Imam As-Syahid Hassan Al Banna menganggap bahwa masjid dan khutbah saja tidak cukup untuk menyelesaikan masalah penyakit umat Islam. Hassan Al Banna pernah berkata,” Al Ikhwan perlulah menggunakan kemudahan media massa moden seperti akhbar, radio dan tv.” Oleh itu, melalui Jamaah Ikhwanul Muslimin Hassan Al Banna bersama rakan-rakannya berdakwah bukan sahaja di mesjid tapi di tempat-tempat awam, kedai-kedai kopi malahan di kelab-kelab persendirian dan pusat hiburan. Malahan Rasulullah S.A.W sendiri pernah berdakwah dengan mengunjungi pasar Ukaz, iaitu tempat berkumpulnya para penyair yang handal-handal dari pelusuk tanah arab, masing-masing akan memperdengarkan syair-syair mereka, kebanyakan bertemakan memuja dan memuji manusia, wanita, atau alam. Hari inisudah ada beberapa orang ustaz bersama anak muridnya berupaya keluar ke tempat-tempat orang ramai untuk menyampaikan dakwah secara terbuka. Tapi bilangan ini boleh dikira dengan jari.

Walaupun program realiti tv yang ada pada hari ini kebanyakkannya dipenuhi dengan unsur-unsur lagha dan mungkar, tetapi kita tidak boleh biarkan anak-anak muda kita terus hanyut dibawa aliran hendonisme ini. Usaha dakwah perlu dilakukan. Untuk berdakwah kepada anak-anak muda, maka kita perlu masuk ke dalam dunia mereka. Kita perlu mengetahui apa kemahuan, kehendak dan keinginan yang bergolak di dalam diri mereka. Di sini letaknya istiqammah dalam berdakwah agar kita berhati-hati dengan setiap tindak tanduk, bimbang kita turut sama terjebak dalam kemungkaran yang nak dicegah. Sebab itu kerja dakwah bukanlah sesuatu yang mudah. Kalau tidak mampu mencegah dengan perbuatan maka carilah kaedah dakwah yang kita termampu. Bagaimana cara dan kaedah penyampaian dakwah, terpulang kepada kemampuan kita untuk berdakwah. Tapi yang paling penting hendaklah dibuat secara berhemah dan diplomasi.

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda : "Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman . ( Hadis sahih riwayat Muslim)

“Serulah kepada agama Tuhanmu dengan hikmah dan pengajaran yang baik, dan bantahlah mereka dengan cara sebaik-baiknya, sesungguhnya Tuhammu dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang sesat dari jalannya dan dia lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.”(Al-Nahl : 127).


Bila pihakpengurusan Astro melantik Ahmad Dhani sebagai pengetua AF9, ia bagaikan satu tamparan hebat bukansahaja kepada pengiat seni tanah air tapi kepada para pejuang Islam yang cuba menghalang pengaruh yahudi dan freemason dari terus bertapak dalam jiwa anak-anak muda. Cerita Ahmad Dhani sebagai seorang anggota Freemason bukanlah suatu cerita baru. Cerita ini sudah wujud sejak penampilan awal Ahmad Dhani bersama kumpulan Dewa dalam album mereka yang pertama lagi. Ia kemudian menjadi topik forum serta bahan penulisan para blogger di Indonesia.

“Fakta & Data Yahudi di Indonesia” karangan Ridwan Saidi & Rizki Ridyasmara (Februari 2006) dan buku “Talmud, Kitab Hitam Yahudi Yang menggemparkan“ karangan M.A Syarkawi (cetakan edisi Indonesia, 2005) ternyata dapat menelanjagi aliran Freemason yang dibawa oleh Ahmad Dhani dan kumpulan Dewa. Salah seorang penulis di Indonesia mecatatkan biodata Ahmad Dhani dalam laman
sebuah web Berita Online Indonesia : Dhani Ahmad Prasetyo (lahir di Surabaya, Jawa Timur, 26 Mei 1972; umur 37 tahun) atau yang terbatas dan pemikirannya cenderung pada konsep wujud akan menganggap bahwa pemikiran ini Ahmad Dhani adalah cucu dari Jan Pieter Frederich Kohler. Ibunya, Joyce, telah sangat baik mendidik dia sebagai seorang Masonic. Namun secara kasat mata, Ahmad Dhani menampilkan dirinya seolah-olah seorang Muslim yang sufistik. Padahal yang dianut Dhani adalah Theosophie, Pemikiran seperti ini disebarkan agar manusia-manusia yang sudah tersesat dan menyembah tuhan-tuhan palsu tidak lagi peduli untuk meneliti apakah yang mereka sembah itu betul-betul Tuhan atau bukan.

Malahan ulasan terperinci mengenai unsur Freemason dalam album-album Ahmad Dhani dan kumpulan Dewa boleh kita baca menerusi blog seperti Tanda Baca, doktertomi, horashenry dan puluhan lagi penulisan tentang Ahmad Dhani dan Freemason. Permasalahannya bukan kita mempertikai kewibawaannya sebagai pemuzik atau dia tu orang Indonesia , tapi Ahmad Dhani yang terkenal selalu memakai rantai bintang David (lambang Israel) ini dipertikaikan kerana fahaman yahudi dan Freemason yang dibawanya. Ia bisa merosakkan lagi jiwa dan aqidah anak-anak muda yang memang sudah agak jauh hanyutnya.

Persoalannya mengapa pihak pengurusan Astro tidak sensitif mengenai hal ini. Takkan mereka tak menyiasat latar belakang seseorang itu sebelum diberi sesuatu tugasan. Mana pergi orang-orang agama yang bekerja di Astro. Jangan tergamak menjual agama kerana habuan dunia yang sedikit. Ataupun ini memang merupakan strategi Astro sebagai satu propaganda untuk terus merosakkanlagi aqidah anak-anak muda yang memng sudah sedia rosak.

Inilah kerja dakwah yang perlu semua masyarakat Islam fikirkan jika ingin meletakkan syariat Islam di tempat teratas. Aqidah anak-anak muda yang sudah jauh tersasar perlu dibetulkan. Anak-anak muda adalah pemimpin yang akan mempin negara di masa depan, Insyallah. Jika dibiarkan hanyut dalam dunia hendonisme, kita bimbang agama hanya akan gah di atas kad pengenalan sahaja, hakikatnya ia mati dan tidur dalam setiap hati masyarakat kita....Nauzubillah. Kepada anak-anak muda ataupun sesiapa sahaja, ingatlah setiap kali kita mengirim sms untuk mengundi artis atau peserta pujaan kita dalam apa jua rancangan hiburan berbentuk mungkar dan lagha, bermakna kita sudah membeli saham menuju ke neraka .

Dari Abu Hurairah r.a. beliau berkata : Rasulullah s.a.w. bersabda : "Setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit, kamu melakukan keadilan diantara dua orang yang berselisih faham adalah sedekah kamu membantu orang yang menaiki kenderaan atau kemu mengangkat barang-barang untuknya kedalam kenderaan adalah sedekah, Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah." ( Hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim)

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company