Monday, October 20, 2014

Ancaman Media Baru : Tetap Menulis Demi Kesinambungan Ilmu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.  Syukur ke hadrat Allah yang memberi kita ruang untuk bernafas di bumi bertuah ini, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat yang berkorban segala-galanya demi Islam tercinta.

Sudah lama tidak menulis bukan sahaja kerana sibuk tetapi kemunculan media baru seperti face book, instagram, twitter dan sebagainya menyebabkan blog dan lama web sudah jarang dilayari. Kini muncul pula media  M-mobile seperti WhatsApp, Telegram, Chats turut mewarnai dunia teknologi hari ini. Ini  menjadikan media blog atau website semakin jauh.

Manusia hari sudah tidak mahu bersusah payah terhadap sesuatu.  Semuanya mahu yang cepat dan segera.  Dulu setakat makan mee segera sahaja tapi hari ini segala-galanya segera. Malah info yang nak dihantar atau dibaca mestilah segera.  Namun demi ilmu, saya mengambil keputusan menulis semula di dunia blog.  Biarpun tidak semeriah dahulu namun ia masih tetap mendapat tempat di hati pelayar blog yang tetap setia walau pengunjung semakin berkurangan.

Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘Ash ra., Rasulullah SAW bersabda: “Sampaikanlah dariku walau satu ayat, dan ceritakanlah tentang Bani Israil tanpa perlu takut. Dan barangsiapa berbohong ke atasku dengan sengaja maka bersiaplah dia mengambil tempatnya di Neraka.” (Al-Bukhari) . Apa yang paling penting perkara yang nak disampaikan mestilah berpijak dibumi nyata, benar dan dapat membawa ummah ke arah membina manusia yang lebih baik.

Hari ini media baru bukan sekadar penyampai ilmu dan maklumat,  ia bagaikan menjadi pentas untuk menyampai fitnah, menjatuhkan lawan  dan cerita penuh penipuan.  Sebagai seorang Islam kita perlu berhati-hatil.  Apa-apa sahaja yang dihantar kepada kita melalui media baru perlu ditapis, disemak dan disiasat dahulu sebelum kita repost atau forward kepada orang lain.

Ibarat pisau dan mentimun, pisau ditangan kita .  Terpulang kepada kitalah yang akan memotongnya dengan cermat atau mencencangnya hingga lumat.  Jumpa lagi insyallah.

Read more...

There was an error in this gadget

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company