Friday, August 9, 2013

Lee Kuan Yew Yang Biadap : Islam Ortodok di Malaysia?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

.Tulisan   LKY  dalam  “One Man’s View of the World”  yang dilancarkan selesa lepas ternyata berniat jahat dan semakin menyerlah persepsi buruknya terhadap Islam.  Biarpun itu merupakan kenyataan peribadi beliau, namun mencampuri urusan agama orang lain apatah lagi menyentuh mengenai agama rasmi negara jiran adalah sesuatu perbuatan yang biadap.  Menilai Islam dari kaca mata pandangan semata-mata tanpa ilmu menyerlahkan lagi kebodohan manusia bernama LKY yang semakin hari meniti hari-hari kematian.

Memang orang Islam di Tanah Melayu ketika awal merdeka hidup dalam kejahilan.  Bukan sekadar pihak pemimpin sahaja yang meraikan tetamu kehormat dengan majlis minum dan tari menari, malah kalau siapa yang pernah bertugas dalam angkatan tentera, majlis seperti ini adalah suatu kebiasaan bagi para pegawai atasan.  Malah di sekolah juga adakalanya diadakan majlis seperti ini.  Pada masa itu orang Islam begitu cetek ilmu dan begitu longgar amalannya. 

Alahamdulillah, kini masyarakat Islam di Malaysia menjadi lebih baik dari semalam.  Majlis-majlis seperti ini sudah tiada lagi. Masyarakat Islam di Malaysia kebanyakkan sudah mempunyai pegangan aqidah dan ilmu agama yang baik.  Majlis-majlis ilmu bertebaran di merata surau dan masjid.  Kesedaran tentang Islam ini sebenarnya menyedarkan masyarakat Islam di negara ini untuk terus maju dalam bidang-bidang yang lain sperti ekonomi, pendidikan , perubatan dan sebagainya.  Kalau dahulu nak cari doktor islam dalam sesebuah hospital, boleh dikira dengan jari.  Kini suasana berubah dan alahamdulillah masyarakat Islam sedar akan tuntutan fardhu kifayah.

Apa yang sebenar LKY mahu?  Mahu melihat masyarakat Islam berpatah balik dan terus menjadi lemah.  Inilah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam.  Kerana kelemahan orang Melayu ketika itu, membolehkan LKY memainkan sandiwara dan akhirnya dapat memperolehi Singapura!  Berbaik-baik dan bermuka-muka dengan masyarakat Melayu semata-mata untuk mendapat sokongan dan demi kepentingan politik. LKY juga bertindak menghalang kemasukkan semua akhbar yang lantang memperjuang hak orang Melayu.  Inilah juga skrip yang sama yang cuba dimainkan semula oleh puak DAP. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Melayu.  Anda boleh membaca mengenai isi hati penduduk Singapura dalam http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/09/surat-dari-singapura-siri-1.html atau http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/01/surat-dari-singapura.html .

LKY dan pemimpin Singapura berani bercakap kerana kita tahu siapa yang sentiasa menyokong dan berdiri di belakangnya.  Sepatutnya LKY memuhasabah diri yang sudah menjangkau usia lewat malam.  Singapura yang hebat (kononnya) itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah bom jangka yang menunggu masa untuk meletus.  Rakyat sudah muak dengan sistem PAP yang mencengkam penduduknya.


 Yang jelas, kita mahu LKY menghentikan segala komentar  mengarut beliau tentang Islam terutama Islam di Malaysia kerana beliau sebenarnya bercakap tentang perkara yang beliau sendiri tidak pernah kenal langsung tentang Islam walaupun sudah memasuki umur angka 90.  Anda boleh komen tentang pentadbiran ,  politik dan segalanya  tapi bukannya  menghina corak kehidupan masyarakat Islam.  

Read more...

Thursday, July 18, 2013

Kes Alvin dan Vivian Laknatullah 1 : Penghinaan Islam kerana kelemahan kita


Cerita pasangan Alvin dan Vivian laknatullah mempersendakan kemuliaan Ramadhan dan Islam bukanlah suatu cerita baru di negara kita.  Rentetan kes penghinaan agama Islam sebenarnya sudah lama berlaku di negara kita ini .  Namun amatlah malang sekali sebagai negara yang meletakkan Islam sebagai agama rasmi  tetapi  pada masa yang sama  seakan memandang kurang serius terhadap isu penghinaan  kesucian agama Islam.

Kebanyakkan mereka yang pernah menghina dan mempersenda Islam dan Rasulullah S.A.W tidak pernah mendapat hukuman yang setimpalnya akibat kebiadapan perbuatan mereka.  Yang paling memuakkan kita ialah si laknatullah ini semua akan melalui kronologi kisah yang hampir sama.  

Bermula dengan penghinaan  kesucian Islam atau mempersenda Rasulullah, >mendapat publisiti murahan di akhbar dan media baru> menimbulkan kemarahan orang ramai terutama umat Islam  > NGOpun mem buat laporan polis > Mereka terbabit dipanggil oleh pihak SKMM atau pihak polis> ambil keterangan dan akhirnya isu menjadi sejuk dan senyap. 

Lihat Si Namawee laknatullah (kepala musibat yang memulakan perang saraf ke atas umat Islam di negara kita melalui media baru ) boleh hidup bebas malahan kini mendapat tempat dalam industri filem negara walaupun sebelum ini telah beberapa kali menghina Islam dan lambang negara.   Begitu juga dengan beberapa individu lain yang mempersendakan Islam dan Rasulullah , tidak pernah dibawa ke muka pengadilan. 

Apakah berbaloikah kita melepaskan manusia-manusia laknatullah seperti ini tanpa diberi hukuman dan ganjaran yang setimpal agar menjadi pengajaran kepada yang lain. Apakah cukup sekadar manusia-manusia bangsat ini memohon maaf dan merasa kekesalan kerana telah menghina Islam dan kemudian mengharap umat Islam akan melupakan begitu sahaja.  Kelemahan kita yang terlalu baik dan menjaga hati orang lain secara tidak bertempat sebenarnya mengundang lebih ramai laknatullah di luar sana untuk terus berani menghina dan mempersenda kesucian agama Islam.

Puak-puak  biadap seperti ini perlu diberi pengajaran yang setimpal.  Seperti  kata Peguam Negara Malaysia dalam temuramah baru-baru ini, telah menyatakan yang  kita sebenarnya mempunyai banyak akta yang boleh digunakan untuk mengheret laknatullah ini ke muka pengadilan.  Sudah sampai masanya bukan pihak pemerintah sahaja mesti bertegas, tetapi kita umat Islam mesti bangun mempertahankan kesucian Islam agar tidak dikotak katikkan .

Sepotong hadith Rasulullah untuk kita berfikir:
Hampir sahaja manusia ini akan diserang oleh golongan kuffar yang membenci Islam sama seperti orang yang lapar menuju kepada pinggan yang dihidangi dengan makanan. Sahabat Nabi bertanya, ‘Adakah kami pada ketika itu berada dalam kelompok yang kecil sehingga kami diserang sedemikian rupa?’ Jawab Nabi SAW, ‘Tidak, bahkan kalian ramai jumlahnya tetapi kalian ibarat buih di lautan (tidak bermanfaat). Pada hari itu ALLAH tanggalkan dari hati musuh-musuh ALLAH perasaan hormat kepada kalian dan ALLAH campakkan ke dalam hati kalian penyakit al-wahn.’ Sahabat bertanya, ‘Apakah itu al-wahn?’ Kata Nabi, ‘Cintakan dunia dan takut mati.’”(riwayat Abu Dawud)

Itulah Kita.........

Read more...

Sunday, May 5, 2013

Ambillah Iktibar : Kronologi Pembunuhan Saiddina Uthman r.a


Hari ini 5 Mei 2013, tarikh penentuan adakah Negara kita akan menerima perubahan landskap politik yang drastic ataupun tidak.  Semua terletak dalam ketentuan ALLAH dengan asbabnya kita sebagai pengundi.  Yang pasti undilah dengan akal fikiran yang waras demi masa depan Islam, bangsa dan Negara dan bukan ikut nafsu  dan jiwa yang panas.  Saya perturunkan kisah pembunuhan Saiddina Uthman r.a sebagai iktibar kepada umat Iislam di Negara ini khasnya dan seluruh dunia amnya yang sedang menghadapi konflik sesame ummah.  Baca dengan hati terbuka dan berfikir dengan jiwa  yang membina.

Sebermula maka beraneka fitnah dilontarkan demi memburukkan Uthman r.a, dituduh melakukan bid’ah mengumpulkan dan membukukan al-Quran, membakar mushaf yang lain, memukul ‘Ammar sehingga pecah ususnya, dipukul Ibn Mas’ud sehingga patah rusuknya, membatalkan sunnah mengqasarkan solat ketika musafir, tidak menyertai peperangan Badar, tewas dan lari dari medan Uhud, tidak hadir ketika perjanjian Bai’ah al-Ridhwan, dan pelbagai lagi, sehinggalah surat palsu ciptaan munafiq keparat yang disandarkan kepada Ali, Talhah, dan al-Zubair yang kononnya mengarahkan mereka untuk mencetuskan pemberontakan keatas beliau bahkan dibunuh jika enggan melepaskan jawatan khalifah kaum muslimin.

Semua fitnah tersebut adalah batil! Tuduhan yang tiada asal-usul, menyeleweng daripada cerita sebenar,entah bagaimana dan dimana diperolehi cerita beliau memukul Ibn Mas’ud dan ‘Ammar, jika benar sekalipun, bagaimana ‘Ammar masih boleh terus hidup ketika ususnya telah pecah?, beliau membersihkan mushaf yang lain adalah demi menjadikan ketidakcelaruan umat mentelaah al-Quran,maka disatukan dan kita menggelarnya sebagai mushaf Uthmani, hal pengumpulan al-Quran telah pun dilakukan di zaman pemerintahan Abu Bakar lagi setelah melihat ramainya huffaz al-Quran syahid dalam peperangan, bagaimana usaha murni sebegini dianggap bid’ah dan batil? Tidak disetainya Badar kerana dibawah jagaannya, anak baginda s.a.w, Ruqayyah yang sedang sakit, nabi s.a.w menyebut bahawa beliau medapat pahala mereka yang syahid di Badar, kekalahan dan larinya dari medan Uhud telah Allah ampuni, bagaimana mungkin ditimbulkan semula oleh mereka? Bai’ahnya diwakilkan dengan tangan rasul s.a.w ketika peristiwa bai’ah al-Ridhwan,ketidakhadirannya kerana diperintah oleh baginda s.a.w untuk mengawasi kota mekah.
(riwayat al-Bukhari dalam kitab Fadhail al-Sahabat). 

Setelah semua hujah fitnah mereka dipatahkan, hasilnya, satu surat palsu yang disandarkan kepada Ali bin Abu Thalib, untuk jatuhkan Uthman! Cetuskan pemberontakan! Perangai yang sungguh keji dan syaitan ditunjukkan oleh munafiq, padanlah Allah menjanjikan mereka dengan neraka yang paling bawah!

“Sesungguhnya orang munafiq itu ditempatkan di neraka yang paling bawah( paling dahsyat azabnya) maka kamu sekali-kali tidak akan mendapati penolong bagi mereka.”
( al-Nisa’ : 145) 

Bagaimana seorang insan yang dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w boleh difitnah sedemikian teruk, telah disebut ketika hayat baginda s.a.w, bahawa beliau akan mati sebagai seorang syahid. Sabda Nabi s.a.w ketika baginda berada diatas bukit Uhud bersama dengan Abu Bakar, Umar, dan Uthman, tiba-tiba Uhud bergegar, sabdanya,

“Tetaplah wahai Uhud!( berhenti dari bergoncang) sesungguhnya diatas engkau seorang nabi, seorang yang membenarkan dan dua orang syahid.”

Kata Ibn Hajar al-Asqolani ketika menceritakan tentang Uthman didalam kitabnya, al-Isobah:

“ Sesungguhnya telah datang riwayat yang mutawatir bahawa nabi s.a.w memberi khabar gembira kepada Uthman dengan syurga..”


Uthman r.a sangat bersabar dengan tuduhan keatas dirinya demi mengelak perpecahan kaum Muslimin
walaupun dirinya menjadi taruhan untuk dikorbankan, kelembutan dan kesantunannya menyebabkan pengkhianat dan musuh agama mengambil kesempatan mencetus dan menimbulkan kekacauan demi menjahanamkan Islam. Beliau sangat terkenal dengan sifat pemalunya sehinggakan para malaikat turut berasa malu dengannya, sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Aishah: 

“ adakah patut aku tidak berasa malu dengan lelaki yang para malaikat juga malu dengannya?”( Sahih Muslim)

Para sahabat mempertahankan kebenaran Uthman sehingga saatnya ingin dibunuh, sehingga disaat itu juga beliau berusaha untuk mengelakkan percecahan dan pergaduhan sesama muslim, rela dirinya dibunuh, ditegah sekalian sahabat yang cuba membela dan mempertahankannya, diarahkan para sahabat, antaranya Ibn al-Zubair, Hasan ibn Ali, Abu Hurairah untuk kembali ke rumah masing-masing, darahnya sanggup ditumpahkan demi menyelamatkan kesatuan ummah

Zaid bin Tsabit datang menemui Saidina Uthman : “ sesungguhnya mereka golongan Ansar berada di hadapan pintu rumahmu,” mereka berkata, jika engkau hendak ( kami mempertahankan engkau ),sesungguhnya kami adalah Ansarullah!” namun Uthman menolaknya, katanya, “ aku tidak berhajatkan semua itu, cukuplah.(tahanlah diri kalian daripada menghunuskan pedang peperangan).”(riwayat Ibn ‘Asakir) 

Ketika harinya dibunuh, beliau seakan telah mengetahuinya, beliau memakai seluar pada hari tersebut, bimbang terbuka auratnya, benar beliau seorang yang sangat pemalu, sedang beliau tidak pernah memakainya ketika jahiliyyah mahupun era Islam. Beliau juga bermimpi berbuka puasa bersama baginda s.a.w, Umar al-Khatab dan Abu Bakar al-Siddiq di dalam syurga. (riwayat Ahmad dalam Musnadnya).

Pemberontak yang terdiri daripada perancang pemberontakan dan mereka yang diperdaya dan termakan hasutan untuk turut serta dalam pemberontakan, mereka mengepung rumah khalifah selama hampir sebulan, mereka merempuh masuk ketika para sahabat telah kembali ke rumah masing-masing setelah diperintahkan oleh ‘Uthman, pintu rumahnya di bakar, diugutnya untuk melepaskan jawatan, atau dibunuh! 

“Aku tidak akan menanggalkan pakaian( jawatan khalifah) yang telah Allah pakaikan kepadaku! Aku akan terus berada dikedudukanku sekarang sehingga Allah memuliakan ahli sa’adah (orang yang dijanjikan kebahagiaan oleh Allah) dan menghina ahli syaqa’( orang yang dijanjikan kecelakaan oleh Allah ). ” demikian kata Uthman sebagaimana yang diriwayatkan didalam tarikh al-Tabari ketika diugut meletakkan jawatan khalifah kaum muslimin.

Akhirnya beliau dibunuh, ditetak perutnya..mengalir darah syahid.. menitis darah di mushaf yang berada ditangannya,isterinya Na‘ilah, yang cuba mempertahankan suami tercinta, putus tangannya ditetak pemberontak laknatullah. Kedua-dua pihak gembira dan berbahagia dengan peristiwa ini, berbahagialah Uthman menemui tuhannya sebagai syahid,berbuka puasa bersama Baginda s.a.w didalam syurga, sedang munafiq bergembira dengan kejayaan perancangan mereka menjatuhkan khalifah, nantikanlah kalian azab Allah yang membakar di akhirat kelak.. 

Bergelap dunia Islam tanpa khalifah,akhirnya Ali bin Abu Thalib diangkat menjadi khalifah menggantikan Uthman, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan dalam keadaan yang sangat susah, ketika pemberontak bersenang-lenang ditengah masyarakat muslim. Fitnah tersebar Ummu al-mu’minin, Aishah, yang berada di Makkah menjadi gundah-gulana dengan hal yang menimpa dunia Islam, beliau merasakan perlu melakukan sesuatu demi menebus darah khalifah yang ditumpahkan secara zalim ,dikumpulkan kekuatan tentera, turut bersamanya dua orang sahabat yang turut dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w, al-Zubair ibn ‘Awwam, dan Talhah ibn ‘Ubaidillah, mereka mara menuju ke kota Basrah, bukan untuk menafikan pemerintahan Ali, tetapi dengan maksud yang satu, iaitu mencari kesepakatan dengan kepimpinan Ali untuk membela darah Uthman.

Kesepakatan akhirnya berjaya dicapai, mereka tidur dan berehat dengan keadaan yang sangat tenang pada malam setelah kesepakatan tercapai, pemberontak yang turut berada di dalam tentera Ali sudah merasa tidak senang dengan kesepakatan tersebut, ini kerana ia membawa maksud, tidak lama lagi, pedang-pedang kebenaran akan dihalakan ke tengkuk mereka pula,akhirnya kesepakatan itu dicemari lagi oleh keparat munafiq yang menyerang secara sembunyi tentera ‘Aishah dan juga tentera ‘Ali, sehingga ‘Aishah menyangka ‘Ali belot! Mereka menyerang kita di waktu malam! ‘Ali juga menyangka sedemikian keatas ‘Aishah! ( al-Bidayah wa al-Nihayah: Ibn Kathir)

Tercetuslah peperangan yang dinamai sebagai peperangan Jamal antara tentera Aishah dan tentera Ali, kedua-dua pihak berasa sedih dan sesak dada mereka dengan hal yang berlaku ini, kaum munafiqin bergembira bertepuk tangan, Talhah gugur syahid dalam peperangan ini, Ali menangisinya,di sapu wajah Talhah yang dipenuhi tanah.. “Alangkah bagusnya jika aku mati dua puluh tahun dahulu sebelum berlakunya hal ini” kata Ali.. ( al-Awasim min al-Qawasim, tahqiq al-Khatib)
di merata tempat.


Kesan fitnah pembunuhan ‘Uthman ini berentetan sehingga tercetusnya pula peperangan Siffin antara tentera Ali dan Mu’awiyyah, yang merupakan gabenor Syam yang sangat berwibawa, beliau dilantik ketika pemerintahan Uthman. 

‘Ali menuntut bai’ah-janji setia-ke atas pemerintahannya dari Mu’awiyyah, namun beliau enggan memberikan bai’ah sehingga darah ‘Uthman dibela, bunuh dahulu pembunuh Uthman! Atau serahkan sahaja tengkok pemberontak itu kepada kami! Bukan Ali tidak berusaha mencari dan menegakkan hukuman keatas pembunuhan Uthman, tetapi kerana bukti yang sangat kurang kerana penjahat sebenar sangat pandai berselindung bertopengkan muslim,kemungkinan yang berlaku apabila bunuh seorang pencetus kekacauan, tiada lagi jalan untuk menutup fitnah, ditakuti tersalah menjatuhkan hukuman, maka kekacauan yang lebih besar didalam dunia Islam akan berlaku dan tidak mampu lagi dibendung, hal ini hampir sahaja berjaya dilakukan, namun, akibat tercetusnya peperangan Jamal yang dicetuskan oleh pemberontak yang bersembunyi di dalam tentera Ali, menyebabkan kesukaran untuk dihadapkan penjahat sebenar ke muka pengadilan.

Hasilnya tercetuslah peperangan antara dua pasukan tentera yang dikepalai oleh mereka berdua, masing-masing merasakan mereka berada dikedudukan yang benar demi menuntut bela keatas darah Uthman. Kedua-dua mereka berusaha untuk mengelakkan tercetusnya peperangan, mereka berdua adalah dari kalangan sahabat baginda s.a.w. Namun alangkah sedihnya hari ini kedengaran suara sumbang mereka yang cuba mencemari sejarah Islam, mentohmah para sahabat, mencaci Mu’awiyah yang enggan berbai’ah kepada Ali, sehinggakan berperang dengan kepimpinan Ali, sedang nabi s.a.w melarang daripada mencaci para sahabatnya! Sabdanya,
“ Jangan kamu mencaci para sahabatku! Demi jiwaku yang berada di tangan Allah, walaupun kamu membelanjakan harta di jalan Allah emas sebesar bukit uhud sekalipun, nescaya tidak sama dengan seorang pun daripada mereka atau separuh sekalipun” 

Hari ini banyak kedengaran suara sumbang golongan yang merendah-rendahkan sekalian sahabat yang diredhai oleh Allah. Sedang perbalahan mereka para sahabat adalah atas dasar ijtihad, mereka tetap digelari sebagai mukmin. Firman Allah :

“jika ada dua kelompok dari kaum mukminin bertelagah, maka damaikanlah keduanya dengan adil dan saksama, sesungguhnya Allah sangat suka orang yang adil” al-Hujurat :9

Para ulama’ ada yang menyatakan kedua-dua mereka berada dikedudukan yang betul, ada yang menyatakan Ali berada dikedudukan yang betul dan Mu’awiyyah tersalah ijtihad didalam hal ini, sebahagian ulama’ pula menyebut bahawa mereka yang tidak terbabit langsung didalam peperangan ini adalah yang paling betul.( Minhaj Sunnah : Ibn Taimiyyah )

Walaubagaimanapun, kekallah kemuliaan para sahabat disisi Allah, mereka bertelagah, namun dihati mereka sesak dengan hal yang ditelagahkan, jiwa mereka saling mencintai. Pelbagai tohmahan kedengaran sehingga hari ini, perdamaian yang dicapai antara Ali dan mu’awiyyah dalam peristiwa tahkim dingkari, timbul pula satu puak yang tidak berpuas hati dengan perdamaian tersebut, berpecah mereka yang tidak berpuas hati itu menubuhkan satu puak baru yang digelari sebagai khawarij, habis sekalian sahabat dikafirkan

Sabda nabi s.a.w : “ orang yang dibunuh dan membunuh, kedua-duanya didalam neraka,” sahabat bertanya, “orang yang membunuh didalam neraka, bagaimana orang yang dibunuh juga dimasukkan ke nereka?” sabda nabi, “ sesungguhnya dia juga berusaha untuk membunuh saudaranya”( sahih bukhari)

Mereka menganggap kedua-dua puak mukmin yang bertelagah dimasukkan kedalam neraka, sesungguhnya ini adalah kefahaman yang batil! Menta’wil nas secara batil,Bagaimana Ali dan Aishah boleh dikatakan akan dihumban ke neraka kerana berperang di peperangan Jamal? Bagaimana Ali dan Mu’awiyyah ingin dikatakan akan dicampak kedalam neraka kerana bersengketa di peperangan Siffin? Sedang mereka telah dijanjikan syurga oleh baginda s.a.w? kerana itu para ulama menyatakan dosa perbalahan mereka dibebankan keatas bahu pencetus huru-hara. Kepalanya Abdullah bin Saba’! ketahuilah wahai saudaraku, mereka para sahabat saling mencintai antara satu sama lain, tidak pernah terdetik sekalipun di hati mereka untuk bersengketa, lebih lagi berbunuhan! Mereka tidak termasuk didalam hadith yang dinyatakan diatas tadi!

Demikian kucar-kacir dunia Islam ketika itu, semuanya bermula dari pembunuhan Uthman, beliau tidak bersalah, beliau dizalimi, porak-peranda kaum muslimin. Semoga ini menjadi iktibar kepada kita, sentiasalah kita mencintai dan menyayangi sekalian sahabat, berimanlah kita dengan firman Allah : 

“ wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu berita perkhabaran dari orang fasik, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa kamu mengetahui keadaannya yang sebenar, menyebabkan kamu menyesal dengan perbuatan itu”( al-Hujurat :6 )
الخطاب - 

Read more...

Monday, April 29, 2013

PRU13 : Kita Memilih

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Puji-Pujian buat Rasulullah S.A.W  dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Bahang pilihanraya  semakin terasa. Tidak beberapa hari lagi kita akan memilih siapakah yang bakal mengemudi bahtera Negara.  Semuanya  terpulang kepada kita  yang  akan memilih.  Yang pastinya semua berada dalam ketentuan ALLAH.

Kita diberi ALLAH akal fikiran.  Kita dikurniakan ALLAH panca indera.  Maka gunakan sebaik mungkin akal fikiran untuk membuat keputusan siapa yang layak memimpin Negara.  Gunakan segala panca indera kurniaan ALLAH untuk melihat , mendengar tanpa prejudis dan jumud . 

Jangan kita gunakan pilihanraya ini tempat kita melontar dan menghempas kemarahan, dendam dan kebencian .  Jangan kita memperjudi masa depan kita dan anak-anak cucu kita kerana terpedaya dengan dendam kesumat dan hawa nafsu.

Hari ini kita memusuhi antara sesama saudara seislam kita.  Masing-masing ingin menunjukkan  mereka lebih juara  , lebih hebat, lebih mulia berbanding saudara  seIslam yang tidak senada dengan kita.  Maka Kita jelmakan perasaan kebencian di dalam hati-hati kita tanpa kita mencari dan  melihat hakikat kebenaran.

 Kita dihasut oleh musuh-musuh Islam agar terus membenci antara satu sama lain.  Mereka biarkan kita berantakan agar tidak wujud kamus perpaduan di kalangan kita.  Itulah niat jahat musuh-musuh sekeliling kita yang kadangkala mereka inilah yang kita jadikan sahabat kita.  Mereka menjadi gerun dan gelabah bila kita berura-ura hendak bersatu dan memupuk perpaduan ummah.  Itulah agenda mereka, agar kita tidak terus bersatu.

Biarkan 5 Mei 2013 ini menjadi tarikh keramat kita memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin dan  menjadikan Negara kita sebagai Negara Islam yang disegani dan dihormati.  Usah kerana kita marahkan nyamuk akhirnya bukan kelambu sahaja yang kita bakar, malahan kita bakar dengan rumahnya sekali. 

Yang pasti kita perlu memilih pemimpin di kalangan orang Islam.   Pemimpin Islam yang boleh mentadbir serta membuat keputusan dengan baik dan bukannya mengikut telunjuk dan kemahuan  orang-orang kafir.  Kita tidak mahu pemimpin Islam yang lemah dan tidak berani bersuara  hanya kerana inginkan pangkat dan jawatan walaupun agama dan kesucian Islam  diperlekeh .
 Dalam pada itu, Kita juga perlu menolak pemimpin kafir yang cuba memperdagang kesucian kalimah Allah dan keberanian mengertak kita untuk melangkah mayatnya jika ingin menegakkan hukum Islam.  Kita perlu berani bersuara kerana mereka juga berani bersuara secara terang-terangan menentang Islam.

Berfikir dengan rasional  dan jangan emosi kerana kita akan dipersoal di hadapan mahkamah ALLAH nanti. Yang pasti, .jangan biarkan orang bukan Islam seperti ini memimpin dan memegang teraju Negara di atas kebebalan kita. 

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memilih.

Read more...

Sunday, March 31, 2013

Bahayanya Syiah : Apa Yang nak DiTakut Penularannya


Hai   
          "Hai Rasul ALLAH , sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu. Dan jika tidak kamu kerjakan (apa yang diperintahkan itu, berarti) kamu tidak menyampaikan amanatNya. Allah memelihara kamu dari (gangguan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.
(Al-Maaidah :67)

Baru-baru ini saya berkesempatan mendengar forum khas yang dianjurkan oleh masjid Alma Jaya  di Seberang Perai Tengah tentang Bahayanya Syiah.  Forum yang diadakan selepas solat Isya’ itu mengundang ahli-ahli panel yang memang hebat dalam selok belok dan sepak terajang golongan syiah ini.  Mereka ialah Ustaz Abdullah Din, naib YDP ABIM Kedah dan juga Prof. Madya Dr. Abd Aziz Hanafi iaitu pensyarah kanan Kolej Universiti Insaniah bersama moderatornya Ustaz Abd Rashid.

Malangnya, forum yang diadakan di masjid yang dikelilingi oleh kawasan perumahan majoriti orang Islam tidak mendapat sambutan yang diharapkan.  Walaupun pihak mesjid dah iklankan melalui banner dan flyer namun jumlah yang hadir di tambah dengan pengunjung kariah luar tak sampai pun memenuhi sepertiga masjid.  Ustaz Abdullah Din dalam ceramah awalnya telah melahirkan perasaan kecewa dengan sambutan  penduduk sekitar .

 Secara berseloroh beliau menyindir yang penduduk sekitar Masjid Alma Jaya mempunyai pegangan aqidah ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) yang kuat dan teguh.  Mereka ini tidak gentar dengan penularan fahaman syiah yang semakin hari semakin merebak bak barah dalam masyarakat Islam di Malaysia, sebab itu mereka tak datang.  Sebab iman dan aqidah mereka sudah cukup hebat.

 Syiah bukan sahaja bertapak  dan menulari ahli golongan agama sahaja, malah meresapi pemikiran para pensyarah IPT, para pendidik, malahan ada dikalangan golongan syiah ini terdiri daripada ustaz-ustaz sekolah. Yang lebih membimbangkan , menurut  Ustaz Abdullah Din terdapat ahli politik kanan parti-parti  politik yang turut menerima fahaman syiah dan kebimbangan paling besar jika golongan seperti ini memenangi pilihanraya dan diberi jawatan dalam kabinet.  Namun bagi penduduk taman ini dan yang sewaktu dengannya mereka tidak punya rasa bimbang.  Apa yang nak ditakut penularannya?  Iman kami kuat!  Mungkin begitu kata sombong hati-hati mereka ini.

Saya tidak mahu menulis lebih lanjut tentang syiah dan pengaruhnya kerana kita boleh mendapat maklumat terperinci    melalui media-media baru .  Namun  apa yang ingin saya catatkan di sini ialah mengenai sikap masyarakat kita yang memandang sepi majlis-majlis ilmu seperti ini.  Menurut salah seorang sahabat yang tinggal di Taman berkenaan, terdapat segelintir golongan  masyarakat  di taman tersebut yang memang tidak pernah mengunjungi masjid tersebut kerana tidak bersefahaman politik.  Mereka mempunyai surau sendiri.  Malahan mereka sanggup berjumaat di kariah lain kerana perselisihan politik.  Masyaallah tabarakalah.

Ayuh kita tanggalkan segala perhiasan dunia dan fahaman kepartian di luar perkarangan masjid kerana  niat kita mengunjungi  rumah ALLAH hanyalah untuk mendapat keredhaanNYA,bukan kerana makhluk.  Kita rapatkan saf-saf yang telah lama terpecah dan lompong  demi  menegakkan sinar ALLAH.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar
(Al- Israa’:9)

Read more...

Sunday, March 3, 2013

Pencerobohan Lahad Datu : Sepatutnya Kita Berdoa Bukannya Memperlekeh


Firman Allah Ta’ala  “ Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.”  ( Surah An Anfal : 45-46)

 Daripada Abi Akwar Said bin Zaid Amru bin Nufel r.a. (beliau adalah salah seorang antara sepuluh orang yang disaksikan akan memasuki syurga) katanya, Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang terbunuh kerana membela harta yang dimilikinya maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana membela dirinya dari dibunuh oleh orang lain (nyawa), maka matinya adalah mati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan agamanya (agama Islam) matinya adalahmati syahid, dan sesiapa yang terbunuh kerana mempertahankan keluarganya daripada diceroboh, matinya juga adalah mati syahid” (Abu Daud dan at-Tirmidzi)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W serta kaum kerabat baginda serta para sahabat baginda dan pejuang yang berjuang demi menegakkan panji_panji Islam.
Al Fatihah untuk dua orang anggota   komando PDRM atau VAT69 yang terkorban dalam kes serangan penjenayah di Lahad Datu.Hanya ALLAH Ta’ala yang layak  menilai dan memberi ganjaran di atas segala perjuangan mereka berdua bersama sahabat-sahabat yang lain dan bukannya manusia.  Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando

Malangnya kejadian pencerobohan di Lahad Datu telah diekploitasi juga oleh pihak-pihak yang biadap dan tidak bertanggungjawab.  Mempersenda isu keselamatan Negara dan mengaitkan dengan politik demi kepartian adalah sesuatu yang biadap dan kurang ajar.   

Isu Lahad Datu membabitkan keselamatan Negara.  Ia membabitkan isu melindungi Negara dan keselamatan orang awam agar tidak menjadi mangsa pencerobohan.  Sepatutnya kita sebagai rakyat Malaysia perlu  berdoa, bersolat hajat, bertahajjud memohon kepada ALLAH agar Allah memelihara Negara kita ini dari segala bencana dan kemudaratan.  Bukannya duduk bersenang lenang dengan komputer riba dan suka-suka menulis atau memasukkan entri memperlekeh isu ini dengan kata-kata nista dan dusta.  memperkecilkan keupayaan pemerintah negara, tentera dan anggota polis negara sendiri.

Kenyataan Tian Chua mengaitkan isu Lahad Datu dengan sebuah parti yang bertentangan dengan perjuangannya adalah sesuatu yang biadap.  Isu ini bukan menjadi isu kepartian tetapi ia membabitkan soal keselamatan Negara.  Sepatutnya orang seperti Tian Chua bersyukur kerana hidup mewah dan bebas di Negara ini.  Saya percaya orang seperti Tian Chua lah yang akan berpusu-pusu untuk  keluar negara melarikan diri jika berlaku sesuatu malapetaka dalam Negara.  (Saya masih ingat suatu ketika dahulu bila ura-ura keselamatan negara terancam, berpusu-pusu orang seperti Tian Chua ke pejabat Imigresen untuk buat passport ke luar negara) Di mana kesetiaan Tian Chua dalam  isu ini?  Sepatutnya sebagai rakyat Malaysia kita bersama-sama mempertahankan kedaulatan Negara ini.  Memberi sokongan dan semangat kepada anggota keselamatan kita.

Ini bukan Negara UMNO, ini bukan negara Barisan Nasional ataupun Negara  Pakatan Rakyat (kalau menang nanti).  Ini Negara MALAYSIA.  Parti yang menang hanya sekadar diberi mandat  mentadbir negara bukannya Negara itu hak kepunyaan mereka.  Kalau suka kita sokong kalau tak suka kita ubah bila tiba pilihanraya.  Isunya,  mengapa ada orang-orang seperti Tian Chua serta sahabatnya  dan beberapa pengguna laman media sosial yang lain terlalu biadap dan menangguk di air keruh dalam isu ini.

Sebagai orang Islam, kita berserah segalanya kepada ketentuan ALLAH setelah semua usaha terbaik dibuat oleh pihak berkuasa dan pasukan keselamatan.  Senjata yang paling ampuh yang ada pada kita sebagai manusia kerdil ialah berdoa kepada ALLAH agar memelihara bumi tercinta ini dan memberi kekuataan kepada anggota keselamatan menghadapi musuh.  Semoga ALLAH sentiasa memayungi dan melindungi anggota keselamatan kita dari segala mala bahaya.  Berdoalah kita agar ALLAH Ta’ala. memberi  kekuatan kepada anggota keluarga Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dan menyembuhkan  anggota keselamatan yang mengalami kecederaan.  Amin


Read more...

Friday, February 15, 2013

ISU KALIMAH ALLAH 1 : Bahaya dan Bahananya


Sudah hampir sebulan, isu kalimah ALLAH masih belum ada titik noktahnya.  Puak-puak kafir laknatullah yang dikepalai oleh Karpal Singh semakin berani dan biadap mencampuri hal urusan agama Islam.

Silapnya…sudah berulang kali saya nyatakan ialah diri kitayang tak pernah bersatu walaupun atas isu kesucian Islam.  Malah dalam isu Kalimah ALLAH ini, terdapat orang Islam sendiri yang bersetuju dengan puak kafir laknatullah ini.  Satu ketika, ada seorang rakan saya berstatus ustaz yang marah-marah bila salah seorang rakan saya yang lain mengatakan yang kalimah ALLAH hanyalah untuk orang Islam.

Malah si ustaz tadi secara bersindir dengan nada suara yang tinggi menempelak” Memang hanya orang Melayu saja yang boleh guna kalimah ALLAH, orang lain tak boleh.  Di bumi Malaysia ni sahaja yang tu yang special…”  Ustaz tersebut mengulangi berulangkali.  Nampak sangat si ustaz itu ada akal tapi bila bercakap mengikut perkiraan nafsu.  

Kita bukan bercakap pasal kalimah ALLAH hak orang Melayu atau bukan. Kalimah Allah hak mutlak orang Islam bukan hak Melayu. Akan tetapi  dari sudut lafaznya,  siapa saja boleh lafaz perkataan ALLAH.  Malah semasa saya di kampong, apek-apek tua (yang saya panggil uncle) bila terjadi sesuatu musibah bila bersembang dengan saya sesekali menyatakan ….”Ini Tuan ALLAH punya keleja…”.  Sebab ini sudah menjadi lumrah.

Yang kita sedang pertikaikan sekarang ialah penggunaan rasmi kalimah ALLAH terutama dalam bible-bible cetakan Bahasa Melayu. Ini yang diminta oleh puak-puak laknatullah ini.  Yang terbaru ialah desakan daripada Lim Guan Eng, silaknatullah yang mahu dibenrkan perkataan ALLAH dicetak dalam bible Bahasa Melayu.

Apa muslihat sebenar mereka-mereka ini. Untuk apa mereka memohon agar dibenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam bible.  Tidak lain dan tidak bukan semata-mata untuk menyebarkan dakyah kristian mereka dan  seterusnya cuba mengelirukan orang-orang Melayu Islam (terutama golongan muda) apatah lagi pada yang tidak kukuh pegangan aqidah mereka.

Sebagai orang kampong yang kurang berpendidikan, saya selalu memberi contoh mudah kepada rakan-rakan akan bahayanya jika kalimah Allah ini dibiarkan penggunaannya berleluasa terutama dalam bible. Andaian  saya begini : Maka para pendakwah lain pun akan cuba mengelirukan pemikiran anak-anak muda yang baru hendak mengenal erti kehidupan. 

 Maka mereka akan berdakwah melalui persoalan…”Siapa tuhan Kamu”  Tentu jawabnya anak muda : ALLAH. 
Siapa yang kamu sembah ?.  Jawapnya tentulah ALLAH. 
Siapa yang menentukan syurga dan neraka. Maka anak muda akan menjawab : ALLAH.
Kamu percaya kepada Nabi Isa?  Jawab anak muda : “Ya”
Kamu percaya kepada Nabi Muhammad S.A.W.  “Sudah tentu…..jawab anak muda penuh yakin.
Adakah Nabi Muhammad percaya akan Nabi Isa.  “Ya…”
Nampaknya agama saya dan agama anda tidak ada bezanya.  Kami juga percaya tuhan ALLAH yang menentukan dosa, pahala, neraka dan syurga.  Kami juga percaya ada Nabi Isa seperti saudara percaya. Cuma ibadah kita berbeza tapi kita menuju tuhan yang sama iaitu ALLAH.  Jika saudara ikut saya,ibadah kami lebih mudah tapi hakikatnya kita menuju destinasi yang sama….bla…bla…bla.

Jika anak muda kita kurang pegangan agamanya, maka ia akan menggunakan kerasionalan akal yang sempit untuk mengiyakannya  dan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Inilah hanyalah satu kronologi andaian saya akan bahayanya bahana penggunaan Kalimah ALLAH jika dibiarkan penggunaannya sewenang-wenang.
Sama-samalah kita fikirkan. 

 Kepada yang cintakan ALLAH dan Rasulullah S.A.W,inilah waktunya kita menzahirkan kecintaan kita dengan mempertahankan maruah Islam.  Janganlah atas nama kepartian kita berlainan pendapat walaupun membabitkan isu-isu sensitiviti Islam.  Bersatulah demi Islam tercinta kerana kita sendiri belum tahu apakah nanti kesudahan hidup kita ini.  Dalam redha ALLAH ataupun  dalam murka ALLAH.    Gunakan sisa hidup yang masih tinggal ini untuk terus berjuang demi ALLAH dan kerana ALLAH.

Read more...

Thursday, January 24, 2013

Cinta kepada Rasulullah : Sudah Cukup-Cukup Sudah


Dari Anas Radhiallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
"Ada tiga perkara, bila terdapat dalam diri seseorang maka dia akan merasakan bagaimana manisnya Iman  (iaitu ) :
 (1) Mencintai Allah dan Rasulnya melebihi daripada yang lain-lain. 
(2) Mencintai orang lain kerana Allah semata-mata.
(3) Benci menjadi kafir kembali setelah Allah melepaskannya dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya akan dilemparkan ke neraka." ( Muslim 34 )

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, Tuhan Sekelian Alam.  Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, untuk ahli keluarga baginda dan sekalian sahabat baginda yang telah sama-sama berjuang menegakkan syiar Islam di bumi tercinta ini.

Setiap kali lembaran 12 Rabiulawwal  menjengah maka terkenang kita kepada  junjungan besar Nabi Muhammad  S.A.W.  Inilah tarikh lahirnya seorang pemimpin ummah yang menjadi contoh teladan kepada setiap makhluk ciptaan Allah.  Namun janganlah kita lupa….inilah juga tarikh di mana Rasulullah S.A.W  junjungan yang amat kita cintai  pergi meninggalkan dunia yang fana ini bertemu  AllahTa’ala.  

Kita selalu mengingati detik manis keputeraan Rasulullah S.A.W namun kita jarang kita mengingati bahawa  12 Rabiulawwal  inilah juga tanggal kita kehilangan insan yang amat kita kasihi.  Namun biarpun Rasulullah sudah hampir 1500 tahun meninggalkan kita namun kita berharap dan berdoa agar semangat perjuangan, ilmu, didikan dan segala-galanya  yang Rasulullah tinggalkan menjadi pegangan dan ikutan kita sebagai umatnya.  Andainya kita melupakan  atau mengabaikannya, maka alamat bibit perpecahan akan menjengah masyarakat kita  yang akan menjadikannya semakin parah dari hari ke hari.

Sabda Rasulullah  :"Aku wasiatkan kepada kalian untuk bertaqwa kepada Allah Azza wa Jalla, dan untuk mendengar serta taat (kepada pimpinan) meskipun yang memimpin kalian adalah seorang budak. Sesungguhnya, barangsiapa yang berumur panjang di antara kalian (para sahabat), niscaya akan melihat perselisihan yang banyak. Maka wajib bagi kalian berpegang teguh pada sunnahku dan sunnah para Khulafa’ur Rasyidun –orang-orang yang mendapat petunjuk- sepeninggalku. Gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham kalian. Dan hati-hatilah kalian, jangan sekali-kali mengada-adakan perkara-perkara baru dalam agama, karena sesungguhnya setiap bid’ah adalah sesat". [HR Abu Dawud dan Tirmidzi]

Namun hari ini kita melihat masyarakat kita di bumi tercinta ini sudah menampakkan bibit perpecahan.  Apabila kita bertuhankan hawa nafsu dengan mengketepikan  kitabullah Al Quran dan sunnah Rasulullah, kita menjadi masyarakat dungu yang hanya nampak kesalahan orang lain tapi dalam masa yang sama kita jarang atau tidak pernah melihat kesalahan yang ada dalam diri kita.  Ini terjadi dalam masyarakat kita hari ini. Baik dari pemimpin parti-parti politik , para ilmuan , pemimpin masyarakat hinggalah ke individu kerdil seperti saya dan anda.  Kita laungankan kata-kata yang kita cintakan Allah dan Rasul namun hakikatnya kita tidak menjadikan Rasulullah sebagai contoh atau Qudwah Hassanah.  Mana mungkin kita boleh mengikuti jejak Rasulullah jika dalam hati kita penuh bersarang dengan hasad dengki, iri hati, takabur, sifat suka memperlekehkan orang lain dan sifat-sifat mazmumah yang lain.  

"(Seseorang kamu tidak beriman (masih tidak sempurna Iman) sehingga Allah dan Rasul-NYA lebih disayanginya (dicintainya) daripada apa yang selain kedua-dua itu (Allah dan Rasul-NYA)...)"
[Musnad Ahmad No.13991, Sheikh Shu'aib al-Arnouth menilai: Isnadnya Sahih mengikut Syarat Al-Bukhari dan Muslim]

Sudah….cukup- cukup sudah, ayuh sudah tiba masanya kita sedar dan bermuhasabah diri akan segala kesilapan kita yang lalu yang telah mengakibatkan saudara dan masyarakat kita berbalah dan berpecah belah.  Usahlah rasa malu dan rendah diri jika kita mengaku kesalahan kita.  Sempena Maulidur Rasul 1434 ini menjadikan titik perubahan kita bersatu menjadi ummah yang kuat dan padu.  Perlu diingat, parti hanya alat, yang paling penting ialah matlamat kita semua yang menuju dan menyembah ALLAH yang Satu

Sudah…..cukup-cukup sudah, selepas ini kita tidak mahu lagi mendengar atau membaca apa jua medium yang menghina Rasulullah tercinta dan kesucian agama Islam.  Sudah tiba masanya kita memberi peringatan kepada semua musuh Allah  agar  jangan terlalu bersifat biadap dan usah berlagak pandai hendak mencampuri  hal urusan agama Islam.  Jika ada yang  masih cuba menghina Allah, Rasul dan Islam, kita akan tentang habis-habisan.  Kita akan bersatu tanpa mengira apa jua latar belakang fahaman, bangsa, daerah  dan kenegerian  demi  memepertahankan maruah Islam.  

Semoga  kita menjadi umat Rasulullah yang berkauliti dan sentiasa di dalam redha Allah.

“Tidak beriman seorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri.” Hadith Riwayat Bukhari

Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company