Monday, April 29, 2013

PRU13 : Kita Memilih

Dengan nama ALLAH yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.  Puji-Pujian buat Rasulullah S.A.W  dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.

Bahang pilihanraya  semakin terasa. Tidak beberapa hari lagi kita akan memilih siapakah yang bakal mengemudi bahtera Negara.  Semuanya  terpulang kepada kita  yang  akan memilih.  Yang pastinya semua berada dalam ketentuan ALLAH.

Kita diberi ALLAH akal fikiran.  Kita dikurniakan ALLAH panca indera.  Maka gunakan sebaik mungkin akal fikiran untuk membuat keputusan siapa yang layak memimpin Negara.  Gunakan segala panca indera kurniaan ALLAH untuk melihat , mendengar tanpa prejudis dan jumud . 

Jangan kita gunakan pilihanraya ini tempat kita melontar dan menghempas kemarahan, dendam dan kebencian .  Jangan kita memperjudi masa depan kita dan anak-anak cucu kita kerana terpedaya dengan dendam kesumat dan hawa nafsu.

Hari ini kita memusuhi antara sesama saudara seislam kita.  Masing-masing ingin menunjukkan  mereka lebih juara  , lebih hebat, lebih mulia berbanding saudara  seIslam yang tidak senada dengan kita.  Maka Kita jelmakan perasaan kebencian di dalam hati-hati kita tanpa kita mencari dan  melihat hakikat kebenaran.

 Kita dihasut oleh musuh-musuh Islam agar terus membenci antara satu sama lain.  Mereka biarkan kita berantakan agar tidak wujud kamus perpaduan di kalangan kita.  Itulah niat jahat musuh-musuh sekeliling kita yang kadangkala mereka inilah yang kita jadikan sahabat kita.  Mereka menjadi gerun dan gelabah bila kita berura-ura hendak bersatu dan memupuk perpaduan ummah.  Itulah agenda mereka, agar kita tidak terus bersatu.

Biarkan 5 Mei 2013 ini menjadi tarikh keramat kita memilih pemimpin yang benar-benar boleh memimpin dan  menjadikan Negara kita sebagai Negara Islam yang disegani dan dihormati.  Usah kerana kita marahkan nyamuk akhirnya bukan kelambu sahaja yang kita bakar, malahan kita bakar dengan rumahnya sekali. 

Yang pasti kita perlu memilih pemimpin di kalangan orang Islam.   Pemimpin Islam yang boleh mentadbir serta membuat keputusan dengan baik dan bukannya mengikut telunjuk dan kemahuan  orang-orang kafir.  Kita tidak mahu pemimpin Islam yang lemah dan tidak berani bersuara  hanya kerana inginkan pangkat dan jawatan walaupun agama dan kesucian Islam  diperlekeh .
 Dalam pada itu, Kita juga perlu menolak pemimpin kafir yang cuba memperdagang kesucian kalimah Allah dan keberanian mengertak kita untuk melangkah mayatnya jika ingin menegakkan hukum Islam.  Kita perlu berani bersuara kerana mereka juga berani bersuara secara terang-terangan menentang Islam.

Berfikir dengan rasional  dan jangan emosi kerana kita akan dipersoal di hadapan mahkamah ALLAH nanti. Yang pasti, .jangan biarkan orang bukan Islam seperti ini memimpin dan memegang teraju Negara di atas kebebalan kita. 

Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk memilih.

Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company