Monday, June 13, 2011

Kesempatan Yang tak sempat


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda
“Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” (Al-i-‘Imran: 186)

Dalam kehidupan ini, kita tidak dapat lari dari ujian Allah. Allah Ta’ala menguji kita dengn pelbagai keadaan dan situasi. Allah menguji kita dengn kekayan yang melimpah ruah, kemiskinan,bala bencana, pangkat yang tinggi, kesibukkan dengan urusan dunia, tohmahan masyarkat, fitnah dunia dan pelbagai lagi ujian.

Dalam merentasi ujian-ujian ini berapa ramai yang tertewas dan berapa ramai pula yang berjaya menghadapi segala ujian-ujian ini dengan penuh ketakwaan dan kesabaran. Mereka yang menghadapi setiap ujian Allah hanya dengan berbekalkan nafsu, perasaan dan ditambah dengan bisikan iblis laknatullah akan pasti tersungkur dalam tenggelam dalam ujian Allah ini. Yang kaya akan terus dilalaikan dengan kekayaannya, yang miskin akan terus mencari rezeki untuk meningkatkan taraf kehidupannya sehingga lupa kepada tanggungjawab sebgai hamba kepada Allahnya dan begitulah seterusnya dengan ujian-ujian yang lain. Namun bagi mereka yang yakin akan segala baik dan buruk adalah ketentuan Allah dan yakin Allah tetp bersama hamba-hambaNYA yang sabar akan berjaya menerobos ruang ujian ini.

“Dan sesungguhnya akan kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa (pengikut) dan buah-buahan (biji-bijian). Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. Yaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan ‘Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanyalah kami akan kembali’. Meraka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk”. (Al Baqarah : 155-157 )

Hampir sebulan saya menerima ujian Allah dengan kesibukkan urusan kerja yang melampau ditambah dengan beberapa urusan keluarga yang perlu dibereskan. Sehingga untuk post satu artikel dalam blog saya pun tidak sempat saya lakukan. Allah Ta'ala sebenarnya memberi kesempatan, cunma saya tiada merebut kesempatan itu untuk menulis. Biasalah, untuk menulis sesuatu post bagi blog, saya selalunya menggunakan masa antara dua hingga tiga jam. Menulis memerlukan idea walaupun sekadar menulis di blog. Jika membabitkan fakta atau ayat Al Quran dan hadith, rujukan perlu dibuat. Kitab-kitab, buku agama dan tafsir akan dilonggokkan di atas meja untuk memudahkan membuat rujukan. Yang mengambil masa yang agak lama ialah untuk membuat carian yang sepadan dengan penulisan.

Namun Allahamdulillah, hari ini Allah memberi saya kelapangan untuk saya menulis semula. Beberapa isu yang mewarnai suasana negara kita memberi inspirasi untuk saya menulis dan berkongsi pandangan dengan para sahabat blogger yang lain. Semoga Allah terus memberi ilham dan kekuatan kepada saya untuk terus menulis. Amin
Read more...

There was an error in this gadget

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company