Sunday, December 25, 2011

Takutnya Hududdd: Bila mereka Tak Faham-Faham


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

“Kami (Allah) turunkan al-Quran itu terpisah-pisah supaya engkau bacakan kepada manusia dengan perlahan-lahan dan kami turunkannya sedikit demi sedikit.” (al-Isra’: 106)

“Apabila Allah dan Rasul-Nya menghukum mengenai sesuatu urusan maka tidak boleh lagi bagi orang-orang mu’min lelaki dan perempuan memilih berbuat mengikut kemahuannya. Barang siapa yang durhaka kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia benar-benar sesat.” (al-Ahzab: 36)

Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa. (al- Baqarah :179)


Minggu lepas saya ke Johor Bharu untuk menghadiri suatu mesyuarat. Oleh kerana beberapa sebab yang tak dapat dielakkan, saya terpaksa memandu untuk ke Johor Bharu kerana semua tiket penerbangan penuh pada musim cuti sekolah. Nasib saya baik kerana saya tidak keseorangan memandu ke Johor Bharu. Saya ditemani oleh dua kenalan saya dari jabatan yang berbeza iaitu seorang berbangsa Cina dan seorang lagi berbangsa India.

Dalam perjalanan, kenalan saya yang berbangsa India sempat berseloroh.
“Ini barulah kereta Satu Malaysia,” katanya

“Pasal apa?” tanya saya kurang faham

“Sebab semua bangsa ada dalam satu kereta,” jawabnya.

“Oooo…betul…betul…betul,” balas saya sambil tersenyum.

Namun bukan itu cerita yang ingin saya paparkan. Apa yang ingin saya coretkan ialah betapa ramai orang bukan Islam di luar sana yang memang tak faham tentangapa itu huduid dan system perundangan Islam. Kalau di kalangan orang Islam sendiripun tak faham (kerana tak mahu ambil faham, atau buat-buat tak faham ataupun tak mau pergi tadah telinga dengar orang baca kitab) apatah lagi orang bukan Islam.

Salahnya kita sendiri. Orang Islam (yang ada ilmu) sendiri tidak memberi penerangan yang sejelas-jelasnya tentang apakah hudud dan bagaimana sistem perundangan Islam dilaksanakan. Ia merupakan suatu hukum Allah yang sempurna dan sebenarnya orang bukan Islam tidak perlu fobia bila mendengar akannya. Apatah lagi jika dilaksanakan di negara ini! Yang menjadi masalah hari ini apabila ada di kalangan orang Islam sendiri yang cuba menakut-nakutkan orang bukan Islam terhadap fenomena HUDUD dan perundangan Islam. Ingat…sebagai umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul, kita perlu yakin tentang kesempurnaan hukum Allah Ta’ala. Menolak atau sangsi walaupun sekelumit cuma, akan menyebabkan kita menjadi manusia kufur. Nauzubillah!

“Sesungguhnya perkataan orang-orang yang beriman itu apabila diajak kepada hukum Allah dan Rasul-Nya supaya berjalan hukuman di kalangan mereka, mereka berkata: “Kami dengar dan kami patuh” dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” (an-Nur: 51 )

Dalam perjalanan ke Johor Bharu, banyak perkara yang kami bualkan. Adakalanya topik yang dibualkan menguji kesabaran saya. Terutama bila menyentuh hal dan sikap orang Melayu dan Islam. Namun saya berjaya memberi hujah-hujah dan serangan balas dengan berhemah demi menjaga hubungan sesama kenalan. Antara yang benar-benar menguji kesabaran saya membabitkan pelaksanaan hukum hudud dan perundangan Islam di negara kita yang tercinta ini. Sahabat saya yang berbangsa Cina lebih banyak membuat provokasi . Akhirnya saya membuat kesimpulan yang mereka tidak pernah tahu dan kenal apa yang dikatakan hukum hudud itu. Mereka tidak faham langsung bagaimana pelaksanaan perundangan Islam walaupun sahabat saya yang berbangsa Cina itu belajar hingga keperingkat sarjana , bersekolah di sekolah kebangsaan dan semasa kecil tinggal di perkampungan Melayu!

Kalau sudah memasuki 54 tahun merdeka, tapi orang bukan Islam masih banyak yang tak faham Islam, maka siapa yang perlu disalahkan? Sudah sampai masanya kita berhenti tuding menuding menyalahkan orang lain. Sudah tiba masanya kita masing-masing bermuhasabah diri. Cari salah sendiri sebelum menuding kepada orang lain. Sudah tiba masanya kita umat Islam yang cintakan Allah dan Rasul memberi penjelasan tentang cantiknya hukum Allah ini kepada orang-orang Islam yang tak faham (terutama generasi muda) dan juga orang bukan Islam. Bukannya takut atau fobia bila mendengar perkataan hudud.

Alahamdulillah saya yang diberi Allah sedikit ilmu tentang Islam dan sistem perundangan Islam dapat memberi penjelasan sejelas-jelasnya kepada kedua kenalan saya. Saya ceritakan dalam ayat yang mudah untuk senang mereka faham. Saya jelaskan betapa hukum hudud hanya dikenakan kepada orang Islam sahaja tapi ini tidak bermakna orang bukan Islam tak dikenakan apa-apa hukuman. Saya jelaskan dalam baba hudud, betapa sukar jika sesuatu kes itu ingin di bawa ke muka pengadilan kerana ia membabitkan saksi, kewibawaan saksi dari segi kepatuhan kepada agama, melihat sendiri kes dengan mata kepala saksi, bilangan saksi jika lelaki atau perempuan dan hinggalah kepada hakim yang ingin mengadili perbicaraan mestilah adil-seadilnya. Jika mencuri tidak semestinya dipotong tangan. Perlu diteliti sebab dab musababnya dengan terperinci.

Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Pada zaman Rasulullah saw. tangan seorang pencuri tidak dipotong pada (pencurian) yang kurang dari harga sebuah perisai kulit atau besi (seperempat dinar) yang keduanya berharga. (Shahih Muslim No.3193)
Syukur kepada Allah, kerana nampaknya mereka faham. Akhirnya terpacul persoalan dari rakan saya yang berbangsa Cina.


“So, It seem difficult to seseorang tu dikenakan hukuman la?” tanya sahabat saya dalam diaalek manglishnya.

“Ya,” jawab saya sambil tersenyum.

Islam agama yang adil. Sistem perundangannya lebih menjurus kepada pencegahan daripada sebelum berlakunya sesuatu kemungkaran. Saya jelaskan kepadanya betapa undang-undang Islam lebih berpegang kepada prinsip:”Melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik daripada menjatuhi hukuman ke atas orang yang tidak bersalah”
Hadis riwayat Ubadah bin Shamit ra., ia berkata: Kami sedang bersama Rasulullah saw. dalam suatu majlis, lalu beliau bersabda: Apakah kamu sekalian mau membaiatku untuk tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu apapun, tidak berzina, tidak mencuri serta tidak membunuh jiwa yang telah Allah haramkan kecuali dengan hak. Barang siapa di antara kalian yang memenuhinya maka pahalanya ditanggung Allah. Dan barang siapa yang melakukan salah satunya, maka ia akan dihukum dan hukuman itu menjadi kafarat baginya. Dan barang siapa yang melakukan salah satunya kemudian Allah menutupi, maka perkaranya diserahkan kepada Allah. Jika Allah berkenan memberi ampunan, Allah akan mengampuninya dan jika Allah hendak menyiksa, maka Allah akan menyiksanya. (Shahih Muslim No.3223)


Kereta saya meluncur laju menuju Johor Bharu. Allahamdulillah…saya tersenyum puas. Allah memberi saya kekuatan dan kefasihan lidah untuk berkata-kata!

P/s : ada sebuah video tentang hudud Ok, tapi penerangannya tentang hudud kurang jelas dan permudahkan lagi tapi dalam Bahasa Melayu. Jadi yang bukan Melayu mungkin tak tengok. So kalau boleh buatlah dalam versi Bahasa Inggeris atau mandarin. Baru dakwah kita sampai…insyallah
Jom tengok oleyy Hudud
Read more...

Monday, December 19, 2011

RAMLY Burger : Satu Lagi Usaha Menjahamkan Perusahaan Orang Islam


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Firman Allah yang bermaksud : “Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.” (Al- Baqarah :168)

Sedar atau tidak, kita orang Melayu (sudah semestinya Islam) merupakan kuasa pembeli yang besar. Kalau tak percaya , apa kata orang-orang Islam berpakat dalam seminggu sehari atau dalam sebulan sehari melancarkan kempen “Sehari Untuk Usahawan Muslim” atau “ Sehari Tanpa Pasaraya Besar”. Jadi pada hari itu semua orang Islam hanya membeli di kedai kepunyaan orang Islam sahaja. Tak payah banyak hari, hanya sehari dalam sebulan. Saya rasa mahu terkankang peniagaan orang bukan Islam pada hari itu. Persoalannya…boleh atau tidak!

Sebab itulah apabila sesuatu produk kepunyaan orang Islam bila mendapat sambutan dipasaran terutama dikalangan orang Islam sendiri, maka akan timbul kebimbangan di kalangan sesetengah peniaga bukan Islam. Maka pelbagai cara dan kaedah akan dilakukan oleh mereka-mereka ini dengan harapan syarikat orang Islam itu akan gulung tikar atau sekurang-kurangnya pengguna Islam sudah hilang kepercayaan . Mereka mahu orang Islam terutama orang Melayu mewarisi sikap datuk nenek kita iatu hanya menjadi pembeli yang setia.

Kes yang terbaru berlaku ialah apabila pengeluar syarikat RAMLY yang mengeluar pelbagai barangan seperti burger, hotdog, franfurter, nugget dan sebagainya telah cuba disabotaj oleh pihak-pihak tertentu. Umum tahu bahawa syarikat RAMLY merupakan salah satu syarikat bumiputera Islam yang tersohor. Boleh dikatakan kebanyakkan gerai burger anak-anak muda menggunakan jenama RAMLY. Usaha jahat mensabotaj produk frankfurter keluaran RAMLY yang dikatakan mengandungi DNA babi perlu ditangani segera. Pihak berwajib dan pihak syarikat RAMLY sendiri perlu berusaha menangani dengan serius. Tindakan tegas perlu diambil kepada individu atau syarikat yang berniat jahat dan ingin mensabotajkan perniagaan orang Islam. Mengelirukan umat Islam dengan isu seperti ini merupakan agenda yang amat jahat.

Alahamdulillah, nasib baik JAKIM dengan segera mengeluarkan kenyataan berhubung isu frafurter ini. Mengikut Bahagian Hub Halal Jakim, sampel yang diambil dan diuji pada 14 November 2011 ternyata tidak mengandungi DNA babi seperti yang diwarwarkan. Ternyata produk RAMLY tidak perlu diragui akan status halalnya, apatah lagi ia merupakan keluaran 100 peratus bumiputera Islam.

Ini bukan kali pertama syarikat kepunyaan orang Islam dillakukan sebegitu. Syarikat HPA pernah mengalami nasib yang sama tapi dalam keadaan berbeza. Terdapat syarikat yang mengambil kesempatan ke atas sambutan luar biasa kopi Radix telah mengeluarkan kopi Radix palsu. Bukan setakat kopi dan bungkusan sahaja palsu, dengar khabarnya, lori yang membawa barangan palsu itupun juga dipalsukan.

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apa-apa yang baik yang telah Allah halalkan bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya" (Al-Maidah :87-88).

Syarikat kepunyaan orang Islam perlu menjelaskan kepada pengguna sejelas-jelasnya yang mana satu produknya yang asli berbanding tiruan jika didapati berlakunya sabotaj. Jangan biarkan pengguna Islam tertanya-tanya. Saya percaya ramai orang Islam yang memang bersedia memberi sokongan kepada produk-produk kepunyaan orang Islam tanpa berbelah bagi. Tapi yang kurang enak didengar, apabila ada suara-suara yang kurang puas hati dengan harga barangan keluaran orang Islam. Mereka memang ingin menyokong tetapi kadangkala harga yang agak tinggi menyebabkan golongan yang berpendapatan sederhana dan rendah ini tidak mempunyai pilihan lain. Kepada para pengusaha Islam, kita sedara pelbagai kos seperti bahan mentah dan sebagainya semakin melambung naik , tapi janganlah meletakkan harga yang terlalu mahal semata-mata mahu mengaut keuntungan yang cepat. Ingat! Selain daripada mencari rezeki dan memenuhi tuntutan fardhu kifayah, pernigaan yang kita mlaksanakan ini merupakan salah satu jihad.

Dalam hal demikian, Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya sentiasa berhati-hati dalam perkara berkaitan makanan dan minuman yang diambil. Hadith daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram". (Riwayat Bukhari)
Read more...

Saturday, December 3, 2011

Bila Empat Perkara Menguasai Kita


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka ditimpa wasangka daripada syaitan mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat kesalahan-kesalahan mereka." (Al-A'raaf: 201)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwa
lah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan. (Al-Hasyr:18)


Sungguh aku diuji empat perkara
Selalu menjerat ku dalam binasa
Iblis, dunia, nafsu dan syahwat
Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya
Kulihat syahwat dan keinginanku

Begitulah bait-bait syair dititipkan oleh ulama’ untuk menggambarkan betapa 4 perkara ini merupakan musuh utama manusia. Jika kita lalai dan leka, maka keempat-empat perkara ini akan mengheret kita ke lembah kebinasaan. Jika kita menjalani kehidupan ini tanpa dibentengi iman dan Islam yang kukuh dan patuh, maka keempat-empat ini bisa merobek diri kita menjadi manusia yang penuh kecelakaan.

Hari ini kita melihat ke dalam diri sebelum melihat di sekeliling. Saya sendiri tak mahu menuding melihat salah orang sedangkan empat jari lagi menuding diri saya sendiri. Apatah lagi diri ini berbekalkan iman yang lemah dan nipis, ditambah dengan hidup dalam dunia penuh fitnah dan mehnah. Ternyata kempat-empat musuh ini telah berjaya menguasai sebahagian daripada kita. Iblis, memang sudah terang dan nyata tak pernah jemu menghasut dan menguasai kita melalui bala tenteranya seperti jin dan syaitan laknatullah. Mendorong kita melakukan apa jua maksiat yang kadangkala dikaburi dan dilitupi seolah kemaksiatan yang dilakukan membawa kebaikan.

Firman allah yang bermaksud “Berlaku kufurlah engkau!” Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: “Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!” (Al-Hasyr:16)

Dunia ternyata Berjaya memaut diri kita. Hari ini, kita sayangkan dunia seolah tiada penghujungnya. Sedangkan iman dan Islam mentarbiah kita tentang adanya hari akhirat, wujudnya alam kubur dan yang pastinya tidak ada orang sebelum kita yang terus-terusan hidup tak mati-mati hingga ratusan tahun. Ingat! Suatu hari nanti kita akan dan pasti MATI, sama ada mahu atau tidak, suka atau sebaliknya. Malangnya hari ini kerana dunia kita sanggup bermusuhan dan berantakkan sesama agama, bangsa, keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan. Lebih peliknya kita sanggup berganding bahu dengan musuh Allah hanya untuk melihat kejatuhan saudara kita. Puas……..biar aku hilang segalanya, agama dan saudara tapi dunia kini ana yang punya.

Nafsu….telah lama menguasai diri ini. Kalau dulu berkereta kecil kini perlu ditukar kereta lebih hebat, besar dan elegant walau anak hanya ada seorang. Kalau dulu tv hanya 32 inci, mana puas nak tengok, tak nampak jerawat artis, sekurang-kurangnya 52 inci. Baru rumah ada klassss. Itu baru dua perkara belum dibongkar yang lain-lainnya. Bila nafsu berkuasa, hati tak pernah puas. Jiwa tak pernah cukup, ada saja kekurangan. Pepatah Melayu ada menyebut: Ikut hati mati, ikut nafsu lesu.

Syahwat…..jika tidak dibendung dengan kepatuhan kukuh kepada Allah, ia bisa meruntun kita ke lembah kemaksiatan. Syahwat yang tidak di kawal dengan kebijaksanaan iman, bisa meruntuhkan bukan sahaja diri kita malahan rumah tangga serta institusi keluarga.

Hatim al- Ashom berkata, “ Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku dan dosa adalah kegagalanku, sedangkan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsu.”
Read more...

Saturday, November 5, 2011

Seksualiti Merdeka : Satu Jalan Ke Neraka


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

“Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat kamu dengan meninggalkan perempuan, bahkan kamu ini adalah kaum yang melampaui batas”. (Al-A’raf :81)

“Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya (serta pengikut-pengikutnya) melainkan isterinya, adalah ia dari orang-orang yang dibinasakan.
Dan Kami telah menghujani mereka dengan hujan (batu yang membinasakan). Oleh itu, lihatlah, bagaimana akibat orang-orang yang melakukan kesalahan.” (Al-A’raf :83-84)


Hari ini umat Islam di negara kita menghadapi satu demi satu cabaran . Cabaran yang datang sebenarnya untuk menguji sejauhmana keimanan umat Islam menghadapinya. Yang terbaru ialah Program Seksualiti Merdeka yang ditaja bersama 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu berlangsung dari 1 hingga 13 November. Program ini kononnya hendak mempromosikan idea kesamaan gender, gay, lesbian dan homoseksual dan budaya songsang lain secara terang-terangan .

Bila saya membuka laman web mereka, ternyata program ini bukan sahaja dijayakan oleh orang bukan Islam, malangnya orang Islam juga turut bersekongkol dalam aktiviti yang dirancang. Masyaallah...tabarakallah...apa nak jadi dengan orang Islam kita. Mereka-mereka inilah manusia yang tidak pernah peka dan sensitif langsung bila ada orang bukan Islam memperlekehkan Islam dan Rasulullah S.A.W. Terdapat orang Islam yang terlibat dengan program ini mempunyai nama-nama besar dalam bidang seni, kewartawanan, undang-undang dan sebagainya. Malahan hampir 40% ahli Majlis Peguam merupakan orang Islam. Di manakah mereka ini bila persatuan mereka menyokong program ini? Apakah sudah terkunci mulut dan hati mereka ini? Di dunia, mereka boleh beri apa sahaja alasan kepada masyarakat, tetapi di mahkamah Allah nanti , apakah alasan yang hendak diberi?

Firman allah yang bermaksud:”Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina “ (Al-Mujadila :5)

Program yang disokong kuat oleh si Ambiga laknatullah ternyata sebenarnya ingin menguji sejauh mana sensitiviti umat Islam negara ini bila menyentuh perihal agama Islam. Ini bukan kali pertama Ambiga bertindak kurang ajar , dia jugalah yang terlibat mendesak ditubuhkan IFC (Inter faith Council) asalnya IRC( Inter Religion Council ) iaitu Pertubuhan antara agama. Dialah juga dalang yang memperbodoh orang Islam menyertai BERSIH atas kepentingan peribadinya. Kini kita sudah tahu siapa Ambiga yang sebenar. Dia tidak pernah sensitif dengan perasaan dan hati umat Islam dan tidak pernah ada rasa hormat kepada agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Bila golongan LGBT(Lesbian, Gay, Bisexual, Transgender) ingin mengadakan program Seksualiti Merdeka( jika terjemah dalam bahasa kampung sebenarnya mereka memperjuang kebebasan seksualiti) maka sudah semestinya semua umat Islam bersatu hati dan suara membantah sekeras-kerasnya. Seperti entri blog saya yang lepas-lepas, saya selalu menyeru agar semua umat Islam tanpa mengira bangsa, fahaman politik dan status, bersatu hati atas panji-panji Islam. Lupakan pergeseran politik yang lebih dilihat sebagai asabiyah kepartian. Tunjukkan kepada orang bukan Islam yang kita boleh bersatu bila Islam dan Rasulullah dihina dan dipermainkan. Membenarkan pogram seperti ini akan menggalakkan lagi seks bebas di negara ini. Penyakit sosial akan menjadi semakin parah. Golongan remaja akan semakin hari semakin mengalami proses kehilangan identiti.

‘Abd Allah ibn ‘Abbas radhiallahu 'anh berkata:
“Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”
[Diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 5885]


Untuk penganjur program Seksualiti Merdeka ini, anda perlu menghormati Islam sebagai negara rasmi negara ini kerana di sinilah langit yang kamu junjung dan juga bumi yang kamu pijak. Dalam kehidupan ini tidak ada kebebasan yang mutlak. Kita boleh lakukan apa saja tetapi mestilah selari dengan adab dan norma-norma sosial masyarakat. Saya percaya bukan agama Islam sahaja yang menentang program sebegini, malahan kepercayaan lain juga turut melihat program ini sebagai sesuatu yang bertentangan dengan kepercayaan mereka.
Read more...

Sunday, October 30, 2011

HIMPUN : Satu Permulaan Yang baik


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda
"Sebenarnya orang yang beriman itu bersaudara maka damaikanlah di antara dua saudara kamu itu; dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)


Dari Abu Dzar Radhiyallahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,”Tidaklah seseorang menuduh orang lain dengan kata fasiq, dan menuduhnya dengan kata kafir, kecuali tuduhan itu akan kembali kepada si penuduh jika orang yang tertuduh tidak seperti yang dituduhkan. [HR Bukhari]

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim),

Apabila ada pihak yang perihatin dengan masalah ummah hari ini menyatakan hasrat ingin menghimpunkan seramai mungkin umat Islam dalam satu perhimpunan yang dipanggil “Himpunan sejuta Umat “, maka pelbagai reaksi kedengaran. Biasalah tu, nak buat benda baik pun ada yang tak suka, apatah lagi kalau buat benda yang sebaliknya. Dalam dunia ini mana ada perkara yang dapat memenuhi kehendak semua pihak. Lebih-lebih lagi jika perkara yang dilakukan itu tidak sehaluan dan sealiran dengan kehendak pihak yang menentang.
Akhirnya Himpunan Sejuta Umat berjaya juga diadakan diadakan di Stadium Shah Alam pada 22 Oktober . Walaupun sambutannya tidak seperti diharapkan, namun ia merupakan satu langkah permulaan yang baik. Bila lagi kita hendak menghimpun umat Islam dari pelbagai suku bangsa, keturunan dan fahaman di bawah satu bumbung demi menegakkan kembali syiar Islam yang semakin malap di negara kita ini?

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya. (Al-‘Ankabut :69)

Sepatutnya semua pihak tanpa mengira latar belakang politik dan sempadan pemikiran, menyokong penuh perhimpunan ini. Inilah platform kita menyuarakan amaran dan teguran kepada pihak-pihak yang cuba mempermain dan memperlekehkan Islam. Inilah medan kita memberi kata dua kepada musuh-musuh Islam agar jangan terlalu biadap dan kurang ajar bila memperkatakan sesuatu tentang Islam terutama bila menyentuh keperibadian Rasulullah S.A.W dan keesaan Allah Ta’ala. Kalau tidak kita yang memulakannya , siapa lagi?

Kalau kita kata kita cinta dan sayangkan Rasulullah , kalau kita kata kita ingin menegakkan syiar Allah di bumi ini tapi malangnya bila kita dijemput untuk berhimpun bagi menyatakan hasrat ini kita lepaskan begitu sahaja. Lebih malang lagi bila ada pula dikalangan kita meperlekehkan usaha murni ini. Hebat sangatkah kita? Allah dan Rasul mengajar kita supaya berbaik sangka apatah lagi sesama saudara seIslam. Tapi kita masih menebal kebencian dan prasangka buruk kita kepada orang lain. Mereka yang tidak sebumbung dan sehaluan dengan kita semuanya salah dan dianggap melakukan sesuatu tanpa keikhlasan (ada udang di sebalik batu).

Firman Allah bermaksud: "Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu semua berpecah belah." (Surah Ali Imran: 103)

Inilah keistimewaan kita, umat Melayu (bukan Islam) yang penuh dengan hasad dengki dan iri hati bersarang di dalam hati. Sepatutnya kita berlapang dada dan menyokong perhimpunan ini demi memartabatkan syiar Islam di bumi bertuah ini. Ini soal mengangkat semula syiar Islam dan meniup ruh semangat cintakan Islam dalam diri masyarakat kita. Ini bukan soal memartabatkan parti. Pedulikan segala fahaman dan ideologi yang tak sebumbung dengan kita.

Hari ini kalau orang bukan Islam memaki hamun Rasulullah dan agama Islam, janganlah kita melenting dan marah kerana kita sendiri tidak menunjukkan kecintaan dan kasih sayang kita kepada Allah dan Rasulullah. Malahan kita melarang orang lain turut menyertainya dengan memberi pelbagai tohmahan dan alasan . Semoga perkara seperti ini tidak berulang lagi di dalam masyarakat kita yang semakin parah.

Allah berfirman bermaksud: "Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakal kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui." (Surah al-Anfal, ayat 61)

Firman Allah bermaksud: "Hendaklah kamu semua berpegang teguh dengan tali Allah dan janganlah kamu semua berpecah belah." (Surah Ali Imran, ayat 103)


Read more...

Saturday, October 1, 2011

Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara : Laknatullah yang perlu diburu hingga ke lubang cacing


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, serta mereka memusuhi Rasul Allah setelah ternyata kepada mereka kebenaran petunjuk (yang dibawanya), mereka tidak sekali-kali akan dapat mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun, dan (sebaliknya) Allah akan menghampakan perbuatan dan amal-amal mereka.” (Surah Muhammad :32)

Apa yang perlu saya katakan bila membaca entri-entri biadap yang dipost dalam blog individu yang menggelar dirinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara. Hanya berharap semua umat Islam terutamanya di Malaysia berperasaan seperti saya, marah, geram dan panas hati yang meluap-luap kerana kebiadapan mulut mhsaw ini. Sedih hati ini bila membaca teks-teks yang memaki hamun junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W dan mempersendakan Allah Ta’ala. Kalau ada yang baca tapi tidak ada perasaan marah dan sedih langsung terdetik dalam hati,tak tahulah apa yang saya nak katakan. Anda boleh baca blog si laknatullah ini.

Isu ini tidak boleh dipandang sepi. Haiwan kurang ajar dan laknatullah ini perlu diberi pengajaran. Sebagai orang Islam kita mempunyai sebab mengapa binatang sekurang ajar ini perlu dinyahkan dari muka bumi ini. Mempersenda Allah dan menghina Rasulullah S.A.W adalah sesuatu yang tidak perlu tolak ansur lagi. Bukan sekali malah berkali-kali si laknatullah ini mempersendakan Allah dan Rasulullah s.a.w. Dia menulis dalam alam sedar dan sengaja hendak membangkitkan kemarahan umat Islam.

Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu dari mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina, (Al-Mujadilah :5)

Identiti si laknatullah ini masih belum jelas. Yang pasti apa tersiar di blog dan laman sosial mengenai identiti individu laknatullah ini masih samar-samar dan diragui kesahihannya. Buat masa ini Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudah mengesan yang si laknatullah itu berada di Sweden (betul tak betul....wallahu a’lam). Khabarnya SKMM dah mendapat kerjasama Interpol untuk mengesan si laknatullah ini. Kalau betul, saya rasa ia tak akan mengambil masa yang lama kerana si laknatullah ini bukannya penjenayah hebat. Dia hanya binatang bodoh yang sengaja menempah maut untuk dirinya sendiri. Tak tahulah pula kalau kenyataan akhbar itu hanya untuk mententeramkan hati umat Islam di Malaysia yang sedang bergelora mengenai si laknatullah ini. Bila isu ini dah sejuk, orang akan melupakannya. Ingat ini tanggungjawab kita kepada Allah dan Rasul kerana binatang laknatullah ini telah menghina sedemikian rupa kepada junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Biar berapa panjang masa diambil, si laknatullah ini perlu diburu dan diberi pengajaran secukupnya agar ia menjadi ktibar kepada orang lain agar tidak sewenang-wenang mempersenda Allah , Rasul dan agama Islam. Dia perlu dicari hingga ke lubang cacing.

Kepada anak-anak muda Islam di luar sana, saya melihat semangat juang dan cintakan Islam anda sudah semakin sejuk. Kita mungkin tidak rasa apa-apa walau agama dan Rasul dihina kerana kita hidup di zon selesa. Apa yang nak susah-susah dan cari masalah sedangkan kita hidup serba serbi mencukupi. Inilah sebenarnya kejayaan musuh Islam kerana melonggokkan suasana hiburan yang melampau sehingga berjaya meneggelamkan roh keIslaman dalam diri kita. Hati kita menjadi mati bila diselimuti kecintaan duniawi. Tidak pernahkah kita terfikir bagaimana Rasulullah S.A.W mengabdikan seluruh hidup baginda demi kita sebagai umatnya yang tercinta. Bila agama dihina, Rasulullah dinista, Allah dipersenda, di manakah kita?

Dari Abu Sa’id Al-Khudri rodhiallohu ‘anhu dia berkata: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda: “Barang siapa di antara kamu melihat suatu kemungkaran hendaklah ia mencegah dengan tangannya; jika tidak mampu, maka dengan lisannya; jika ia masih tidak mampu, maka dengan hatinya dan itu adalah selemah-lemahnya iman.” (HR. Muslim)

Menunggu para ulama’ dan bijak pandai agama, membuat komentar, menulis entri dalam blog mereka atau memberi reaksi mengenai isu si laknatullah ini. Jangan asyik dok berpolitik, bertelagah dan asyik nak menulis atau menimbulkan isu-isu besar yang boleh menonjolkan peribadi diri sahaja. Sebenarnya ini adalah isu yang sangat besar. Bukan seorang dua yang baca tapi jutaan orang boleh membaca tulisan penghinaan ini. Si laknatullah ini perlu mendapat pengajaran akibat kebiadabannya. Semoga tidak akan muncul lebih ramai lagi makhluk binatang seperti laknatullah yang mengelar dirinya Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.

Semoga Allah mengampuni diri kita dan kita sentiasa dalam keredhaan Allah.
Read more...

Wednesday, September 28, 2011

Hudud & Tuan Guru Nik Aziz: Katakan Boleh Kepada Islam


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

“Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka. dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan Allah kepadamu…”( Al Maidah :49)

”Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al Maidah :50)

"Dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah maka mereka itulah orang-orang yang zalim." (Al-Baqarah:229).


Apabila Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam, perasaan ini terharu bercampur gembira. Syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah, akhirnya, PAS sedar juga akan hakikat perjuangan sebenar. Usah berpaling lagi dari landasan perjuangan ke arah menegakkan daulah Islammiyah. Pedulikan dengan ugutan pelbagai pihak sama ada DAP atau mana pihak sekalipun. Kita tidak perlukan pertolongan manusia dalam menegakkan hukum Allah (apatah lagi kalau mereka itu golongan yang secara terang-terangan menentang hukum Allah) kerana keyakinan kepada Allah mengatasi segalanya. Yakinlah kepada pertolongan Allah, jika kita benar-benar jujur dan ikhlas, insyallah Allah akan tetap memberi kemenangan kepada kita.

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya, dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). “ (Al-Anfal :45)

Sepatutnya semua umat Islam menyokong hasrat Tuan Guru Nik Aziz ini tanpa berbelah bagi, bukannya menuding jari dan menyelar niat Tuan Guru dengan pelbagai tuduhan. Samaada gimik politik ataupun tidak, apa masalahnya? Biarlah Kelantan menjadi role model pemerintahan berpaksikan Al Quran dan as sunnah, di mana hudud merupakan sebahagian daripada undang-undang Allah yang bakal dilaksanakan. Saya yakin dan percaya, Tuan Guru benar-benar ikhlas dan jujur. Siapakah kita, yang berani dan ingin menentang hukum dan peraturan Allah? Amat malang sekali, kerana ada di kalangan orang Islam sendiri yang kurang yakin dengan pelaksanaan hukum Allah ini . Malahan ada juga segelintir bijakpandai yang cuba mempertikaikan niat Tuan Guru.

“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah,” nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.” (An-Nisaa : 61)

Ada setengah bijak pandai berpendapat, pelaksanaan hukum Allah ini boleh dilaksanakan hanya bila suasana Kelantan sudah cukup kondusif. Nak tunggu kondusif tu sampai bila? Bagi saya, Kelantan sebenarnya sudah lama bersedia untuk melaksanakan pemerintahan berpaksikan Al Quran dan As sunnah. Yang penting, masyarakat terutama bukan Islam perlu diberi penerangan yang sejelas-jelasnya. Biar mereka tahu, pelaksanaan hukum Allah ini bukanlah sesuatu yang menggerunkan seperti mana sesetengah tanggapan buruk yang dapat kita baca dalam laman-laman sosial.Sebenarnya, ramai yang tidak faham tentang Islam walaupun dah beranak pinak di negara ini.

Kepada orang-orang bukan Islam, jika mereka mahu hidup dalam suasana yang aman dan selamat, maka sudah tentu pelaksanaan undang-undang Allah sahaja yang dapat merealisasikannya. Dalam hal ini, Karpal Singh dan konco-konconya dalam DAP perlu belajar untuk tutup mulut. Jangan jadi ayam jantan (tua) berkokok untuk dapatkan perhatian. Ingat! DAP tak punya satu kerusipun di Kelantan. Mengapa perlu Karpal nak melalak dan bising, bila Tuan Guru nak laksanakan undang-undang Islam di Kelantan. Itu hak dia, dia yang menjadi pemerintah di Kelantan. Kalau dulu Karpal kata “over my death body” kalau PAS nak laksanakan hukum hudud, kini tiba masanya kita orang Islam bersatu hati dan katakan pada Karpal laknatullah “Over our death body” kalau nak menghalang PAS melaksanakan hukum Allah di bumi Kelantan.

Sudah tiba masanya semua umat Islam di negara ini bersatu di bawah panji-panji Allah. Hentikan segala persengketaan, tuduh menuduh, caci mencaci, dusta mendustai kerana selagi kita hidup dalam permusuhan sesama Islam, maka selagi itu Allah tak akan memberi pertolongan kepada kita. Sesungguhnya perpecahan dan pertengkaran itu adalah sesuatu wabak dan penyakit yang berbahaya yang telah disebut oleh Rasulullah SAW sebagai “penyakit ummat” yang akan membawa kepada kebinasaan.Semoga Allah memberi kekutan kepada kita dan para pejuang Hukum Allah. Sentiasa istiqamah dalam perjuangan menegakkan syiar Islam.

Firman Allah “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya – jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” (An-Nisaa : 59)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.” (Al-Hujurat :10)

Read more...

Tuesday, September 20, 2011

Hantu Bonceng : Zizan dan Ahmad Idham, Terimalah Teguran Dengan Berlapang Dada


Segala puji-pujian hanya layak milik Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W semoga tetap terlimpah kepada sayyidil anam, Nabiyyina Muhammad, beserta keluarga dan para sahabatnya serta pengikutnya yang setia hingga akhir zaman.

Dan hendaklah ada di antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah kepada manusia) supaya melakukan kebaikan, menyuruh berbuat baik dan mencegah daripada melakukan kemungkaran. Dan mereka adalah golongan umat yang berjaya. (Surah Ali Imran: 104)

Rasulullah dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim bermaksud daripada Abu Said Al-Khudrhi, katanya: Saya telah mendengar Rasulullah bersabda, barang siapa antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dicegahnya dengan tangan (kekuasaan). Jika tidak mampu, cegahlah dengan lidahnya (memberi nasihat). Jika tidak mampu juga, maka hendaklah mencegah dalam hati (tidak merestui perbuatan mungkar dan maksiat itu) dan ia adalah tahap iman yang paling lemah.
Mengubah pepatah lama “ Makan bukan boleh sebarang makan, cakappun bukan boleh sebarang cakap.” Inilah yang terjadi kepada pelawak dan pelakon Zizan Raja Lawak dalam filem terbarunya “Hantu Bonceng”. Zizan dikatakan menghina Rasulullah SAW dengan menyebut “Ashaduanna Muhammadar Syaitan” yang membawa maksud “Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan”. Tambah pulak dengan dakwaan pelakon tu juga seolah mempersendakan azan dan memakai baju terdapat tanda salib death note ke masjid dalam adegen filem tersebut.

Walaupun isu ini tidaklah sehangat dunia politik yang menyaksikan umat Islam bercakaran sesama sendiri tapi bagi saya isu mempersenda agama dan Rasulullah adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian. Terdapat bebarapa blog yang menyiarkan berita keceluparan mulut pelawak ini dalam entri mereka. Namun sesetengah pihak terutama pihak yang bertanggungjawab memandang seolah-oilah isu ini kecil dan terpencil . Kita kata kita sayang dan cinta kepada Rasulullah. Kita selalu impikan masuk syurga Allah dan mendapat syafaat daripada baginda Rasulullah tapi malangnya bila ada pihak menghina agama dan Rasulullah kita sedikitpun tidak terasa sayu, sedih, tercabar apatah lagi marah.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud, "Sesungguhnya Allah, tidak mengazab orang ramai dengan perbuatan yang dilakukan oleh orang yang khusus (Allah tidak mengazabkan orang ramai apabila ada golongan tertentu mengerjakan maksiat di kalangan mereka) sehinggalah mereka melihat maksiat berlaku di kalangan mereka sedangkan mereka mampu mencegahnya tetapi tiba-tiba mereka tidak mencegahnya."

Walaupun Zizan dalam twitternya telah memohon maaf atas kesilapannya menghina Rasulullah dalam filem tapi ia satu peringatan kepadanya, agar berhati-hati bila mengeluarkan sebarang perkataan. Janganlah kerana ingin orang ketawakan kita, kita sanggup menjual dan mempersenda agama dan Rasulullah. Hari ini kita masih hidup mungkin kita tidak terasa apa-apa dek perkataan yang kita lafazkan. Apakah yang akan kita jawab nanti bila kita dipersoalkan di mahkamah Allah nanti. Saya melihat akhir-akhir ini ramai artis kita terutama sesetengah pelawak (mohon maaf kepada yang sentiasa menjaga perkataannya) mempersendakan agama hanya untuk meraih gelak tawa penonton. Bagaimana orang bukan Islam nak menghormati agama Islam jika kita sendiri sebagai penganutnya bersikap biadap , celupar dan sewenang-wenangnya mempersendakan agama dan Rasulullah? Saya menyeru kepada diri saya sendiri , dengan rasa hina diri, mohonlah keampunan bukan kepada manusia tetapi yang penting kepada Allah Ta’ala. Sentiasa beristighfar dan bertaubat diatas ketelanjuran kita.

Malangnya di ketika Zizan mengaku kesilapannya, Saudara Ahmad Idham sebagai pengarah filem “Hantu Bonceng”melenting apabila orang menegurnya mengenai perkara ini. Teguran tidak semestinya datang dari orang yang berilmu apatah lagi kalau kesalahan itu sudah terang dan nyata. Soal samada pihak penapis filem (LPF)sudah lulus atau terlepas pandang,itu membabitlkan persoalan amanah mereka dengan Allah Ta’ala. Jika memang mereka sedar tapi meluluskan juga atau terlepas pandang, hanya Allah yang Maha Mengetahui. Ahmad Idham janganlah terlalu sombong dan bongkak apabila ada orang cuba memberi teguran. Terima sahaja walaupun ianya sesuatu yang pahit untuk diterima. Jatuhkan maruah kita jika kita memohon maaf atas setiap kesilapan yang kita lakukan? Ingat segala kemewahan, kepandaian dan nikmat yang kita dapat hari ini adalah anugerah Allah. Allah belum lagi menguji kita. Janganlah menjual agama dan pegangan aqidah kita hanya untuk mendapat habuan dunia yang sedikit. Andai Allah tarik satu daripada nikmat-nikmatNYA di atas keceluparan kita, apa yang nak kita katakan? Sepatutnya Ahmad Idham berterima kasih kepada saudara seIslam yang masih sayang pada Ahmad Idham dan sudi membuat teguran.


Sifat sombong, hujub, bongkak atau takabur adalah antara sifat tercela yang dibenci Allah Subhanahu Wata'ala sebagai firman-Nya :
"Dan janganlah engkau memalingkan muka kerana memandang rendah kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takabur lagi membangakan diri". (Surah Luqman :18)


Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam maksudnya :
"Dari Abdullah bin Mashud dari Nabi Sallallahu Alaihi Wassalam Baginda bersabda : Tidak akan masuk syurga seseorang yang di dalam hatinya mempunyai sifat sombong walau sebesar zarrah".


Sesungguhnya umat Islam itu adalah bersaudara kerana itu agama Islam mengajar kita supaya mengeratkan hubungan tersebut dengan kasih sayang agar dengannya kita menjadi umat Islam yang kuat dan bersatu padu. Selain itu kita juga dituntut untuk mengelakkan diri dari membuat sebarang perbuatan yang boleh mengakibatkan timbulnya kebencian dan permusuhan sesama Islam yang akhirnya boleh menyebabkan berlakunya perpecahan dan seterusnya menjadikan kita umat Islam yang lemah.

Saya bukanlah manusia yang berilmu atau seorang alim, tetapi apabila berlaku kemungkaran, apatah lagi bila membabitkan soal penghinaan terhadap agama Allah dan Rasullullah, kita sebagai umat Islam berhak untuk memberi tazkirah kepada saudara-saudara kita yang mungkin alpa dan terlupa. Sekaligus tazkirah juga dapat mengingatkan diri kita sendiri agar-berhati-hati dalam setiap perjalanan hidup ini agar segala apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah.

Firman Allah SWT yang maksud-Nya: Sesungguhnya orang menyakiti Allah dan Rasul-Nya, Allah melaknat mereka di dunia dan di akhirat dan menyediakan untuk mereka azab seksa hina. (al-Ahzab: 57)
Read more...

Saturday, September 17, 2011

Kes Aminulrasyid : Iktibar Untuk Semua


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.” (Al-Nahl : 126)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda:
“Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci yakni Muslim). Kedua-dua orang tuanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Bukhari)

Walaupun Kes Aminulrasyid sudah tidak sepanas semasa tragedi itu baru berlaku pada tanggal 26 April tahun lalu, namun saya terpanggil untuk menulis dalam entri kali ini. Bagi saya, kes Aminulrasyid, pelajar berumur 15 tahun yang ditembak mati oleh polis kira-kira jam 1.10 pagi adalah satu iktibar untuk renungan semua pihak.

Akhbar semalam (16 sept.2011) menyiarkan keputusan mahkamah terhadap Koperal Jenain Subi yang didakwa melepaskan tembakan kepada kereta yang dipandu Aminulrasyid dan menyebabkan kematian pelajar tersebut. Koperal Jenain, bapa kepada empat orang anak ini akhirnya dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Setelah berkhidmat selama 25 tahun dengan rekod bersih dalam perkhidmatan polis, Koperal Jenain tidak pernah menduga begini berakhirnya perkhidmatannya. Semuanya sudah suratan takdir , dia yang sedang menjalankan tugas membenteras jenayah tidak pernah menyangka yang satu hari nanti akan berdiri di kandang pesalah. Koperal Jenain menjalankan tugas, namun mungkin kerana mengikut emosi atau gerak hati menyebabkan koperal Jenain bertindak melebihi bidang kuasa yang sepatutnya. Perkara ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Hilang pertimbangan apatah lagi bila berada dalam situasi yang Allah sahaja mengetahui, apa=apa sahaja boleh terjadi.

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan. (Al- Nahl : 96)


Saya berharap agar keluarga Koperal Jenain redha dengan ketentuan Allah. Hari ini Allah menguji kita, tapi percayalah pasti ada hikmah disebalik sesuatu kejadian tersebut. Saya mengingatkan diri saya sendiri agar berhati-hati apabila melakukan apa jua pekerjaan. Berharap agar setiap perlakuan kita sentiasa dalam reda Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): “Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal” (At- Taubah :51)

Bagi keluarga Aminulrasyid , keputusan mahkamah ini mungkin sesuatu yang boleh melegakan sedikit perasaan sedih, marah dan kecewa. Namun itulah suratan takdir. Sama ada kita sukaatau sebaliknya, itulah ketentuan Allah. Kematian adik Aminurasyid merupakan iktibar kepada para ibu bapa dan juga anak-anak yang di luar sana. Kasih sayang bukan bermakna kita sebagai ibu bapa menurut apa jua kehendak anak-anak. Saya melihat akhir-akhir ini ada ibu bapa yang tidak kisah anak-anak mereka memandu kereta lebih-lebih lagi motosikal tanpa memiliki lesen. Perlulah diingat, mematuhi sesuatu peraturan atau undang-undang yang baik (asalkan tidak bertentangan dengan hukum Allah) adalah dituntut.

Terdapat kes Ibu bapa yang malas ke kedai atau sesuatu tempat, sanggup membenarkan anak-anak mereka membawa kenderaan tanpa lesen untuk memenuhi keperluan mereka. Malahan ada yang dah mengajar anak-anak menunggang motosikal seawal di tahun dua atau tiga. Pernah saya bersua dengan beberapa anak gadis lingkungan tahun lima atau enam menunggng motosikal bersahaja tanpa mempedulikan keselamatan. Dah la tu....siap tak pakai helmet lagi. Pernah saya menegur, bukan mereka nak hormat kepada kita yang lebih dewasa, malahan ada yang membeliakkan biji mata sambil menunjukan muka marah.Masyallah...tabarakallah.

Bila terjadi kes seperti kemalangan, ditangkap pihak berkuasa dan sebagainya, maka sudah pasti ibu bapa mereka tidak mahu meletakkan kesalahan ke atas anak-anak mereka. Sebaliknya orang lain pasti menjadi mangsa keadaan dan habuan melepaskan kemarahan. Kepada anak-anak remaja, kebebasan bukan bermakna kita boleh melanggar peraturan dan undang-undang. Apatah sebagai orang Islam, Rasulullah mendidik kita menjadi hamba yang soleh dan berguna bukan sahaja di sisi Allah tapi juga dalam menjaga hubungan dengan sesama manusia.

Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah” (Al-Hadid:22)

Semoga Allah memberi kekuatan kepada keluarag Aminulrasyid dan Koperal Jenain. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Inilah ketentuan Allah.
Read more...

Sunday, September 11, 2011

Dari Imam Muda Ke Ustazah Pilihan


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda
"Allah menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (SyariatNya) dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orang-orang yang dahulu daripada kamu (Nabi-nabi dan orang-orang yang soleh, supaya kamu mengikutinya), dan juga untuk menerima taubat kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (An-Nisaa :26)

Daripada Abi Mas'ud Uqbah bin 'Amr al-Ansari al-Badri radiyallahuanhu berkata: Bahawa Rasulullah sallallahu-alaihis-salam bersabda: Sesungguhnya sebahagian daripada apa yang telah dikenali orang daripada ungkapan kenabian yang pertama adalah; JIKA ENGKAU TIDAK MALU BERBUATLAH SEKEHENDAKMU. (Riwayat al-Bukhari ,no 3296, 5769)


Sebuah stesen TV berbayar pada 2010 dengan bangganya mengumumkan bahawa program Imam Muda yang dikendalikan menjadi satu-satunya program bercorak Islamik yang mendapat perhatian dunia. Dan kita pun turut gembira, dikala dunia penyiaran (tv) kita dipenuhi dengan program realiti hiburan yang melampau dan menyesakkan nafas, ada juga program bercorak keagamaan ke arah membentuk generasi muda yang penuh dengan ilmu ukhrawi dan duniawi. Sebelum ini pun memang ada juga program keagamaan yang dianjurkan stesen tv swasta seperti Akademi Al Quran dan Akademi Nasyid (dah berkubur kot) . Program Imam Muda ternyata berjaya mencetus satu fenomena baru dan mendapat sambutan baik dari masyarakat Islam yangmemang dahagakan program-program bercorak keagamaan apatah lagi ia dipersembahkan dalam bentuk yang agak santai.

Selepas melihat kejayaan Imam Muda, stesen TV swasta tersebut cuba mengorak langkah menganjurkan program yang hampir sama tapi dikhaskan kepada golongan muslimah iaitu Ustazah Pilihan . Persoalannya, apakah perlu sebuah program sebegini untuk golongan muslimah. Isu ini menjadi bualan hangat dalam blog-blog dan laman-laman sosial. Ternyata agenda dan muslihat agen-agen Yahudi sudah berjaya menguasai pemikiran dan jiwa orang-orang Islam. Yahudi bukan sahaja berjaya memasukkan jarum halus mereka di kalangan orang awam, malahan yang penuh ilmu agama dan berderai-derai menyampaikan dakwah serta ceramah juga tidak terkecuali menjadi mangsa. Program Ustazah Pilihan ini ternyata merupakan kejayaan agenda Yahudi berselindung disebalik topeng program bercorak keagamaan.

Allah menciptakan wanita bukan untuk diperaga atau untuk dieksploitasi demi keuntungan sesuatu pihak. Islam meletakkan status seorang wanita pada kedudukan yang tinggi. Islam memelihara hak-hak seorang wanita dan bukan untuk dipertontonkan sewenang-wenangnya kerana ini akan menimbulkan unsur fitnah dan maksiat. Bagaimana imej para peserta yang akan dipertontonkan nanti? . Seorang muslimah perlu menjaga soal 'tabarruj' (berhias) dan 'ghadul bashar' (menundukkan pandangan) di khalayak ramai apatah lagi dikalangan lelaki agar terhindar dari fitnah. Kalaupun tujuan program ini berniat baik, namun ia masih tidak sesuai untuk mengketengahkan wanita sebagai bahan tontonan umum kerana yang menonton itu menonton dengan pelbagai tafsiran tersendiri. Perlulah diingat yang menonton itu bukan setakat sepasang mata, malahan jutaan pasang mata yang memandang.

Di manakah letaknya konsep malu yang digariskan dalam Islam? Para ulamak membahagikan rasa malu wanita itu pada empat perkara , yaitu pergerakannya, pandangannya, tutur katanya dan pakaiannya . Keempat hal inilah yang akan menjaga diri seorang wanita dari sifat-sifat tercela orang lain yang ada di sekelilingnya. Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, katanya, Rasulullah saw. bersabda, “Iman itu ada tujuh puluh tigaan cabang, yang paling utama adalah ucapan La ilaha illallah dan yang paling rendah adalah menyingkirkan duri dari jalanan, sedangkan malu adalah sebagian dari iman.”

Memperjuangkan emasipasi wanita tidak salah tetapi ada had dan sekatannya. Bukan semua tugas dan benda boleh dipikul oleh wanita. Al Quran dan as sunnah telah mengariskan panduan lengkap dan terperinci tentang peranan wanita dan ciri-ciri untuk menjadi muslimah sejati tanpa perlu tampil di kaca tv. Ingat...musuh-musuh Islam sentiasa berusaha sedaya upaya menyeleweng pemikiran dan aqidah kita. Mereka tidak pernah lupa, cuma kita kadang kala terleka kerana mengejar habuan dunia yang sementara. Yang pasti apa yang kita cari selama ini, apakah hanya untuk mendapat sanjungan dan habuan dunia atau untuk mendapat redha ALLAH?
Read more...

Thursday, August 25, 2011

Mana Mak : Bhg1


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda
Sebuah e-mail yang diterima berupa cerpen yang bisa menyentuh hati kita yang sering melupakan jasa ibu dam ayah yang tercinta. Biarlah kita kongsi bersama agar ia menjadi renungan dan iktibar kehidupan.

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’

Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”

Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”

Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”

Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”

Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”

Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”

Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian

Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”

Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”

Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”

Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”

Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”


Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.


Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"


Ateh menjawab, “Entah.”


Ateh terus membaca majalah tanpa menoleh kepada Ayah.

Ayah tanya Alang, “Mana Mak?”

Alang tidak jawab. Alang hanya mengoncang bahu tanda tidak tahu.


Ayah tidak mahu tanya Kak Cik dan Adik yang sedang melayan facebook. Ayah tahu yang Ayah tidak akan dapat jawapan yang ayah mahu.


Tidak ada siapa tahu di mana Mak. Tidak ada siapa merasa ingin tahu di mana Mak. Mata dan hati anak-anak Mak tidak pada Mak. Hanya mata dan hati Ayah yang mencari-cari di mana Mak.
Tidak ada anak-anak Mak yang tahu setiap kali ayah bertanya, "Mana Mak?"

Tiba-tiba adik bungsu bersuara, “Mak ni dah senja-senja pun merayap lagi. Tak reti nak balik!!”

Tersentap hati Ayah mendengar kata-kata Adik.


Dulu anak-anak Mak akan berlari mendakap Mak apabila balik dari sekolah. Mereka akan tanya "Mana Mak?" apabila Mak tidak menunggu mereka di depan pintu.


Mereka akan tanya, "Mana Mak." Apabila dapat nombor 1 atau kaki melecet main bola di padang sekolah. Mak resah apabila anak-anak Mak lambat balik. Mak mahu tahu di mana semua anak-anaknya berada setiap waktu dan setiap ketika.

Read more...

Mana Mak: Bhg 2


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Sekarang anak-anak sudah besar. Sudah lama anak-anak Mak tidak bertanya 'Mana Mak?"


Semakin anak-anak Mak besar, soalan "Mana Mak?" semakin hilang dari bibir anak-anak Mak .
Ayah berdiri di depan pintu menunggu Mak. Ayah resah menunggu Mak kerana sudah senja sebegini Mak masih belum balik. Ayah risau kerana sejak akhir-akhir ini Mak selalu mengadu sakit lutut.


Dari jauh kelihatan sosok Mak berjalan memakai payung yang sudah uzur. Besi-besi payung tercacak keluar dari kainnya. Hujan masih belum berhenti. Mak menjinjit dua bungkusan plastik. Sudah kebiasaan bagi Mak, Mak akan bawa sesuatu untuk anak-anak Mak apabila pulang dari berjalan.


Sampai di halaman rumah Mak berhenti di depan deretan kereta anak-anak Mak. Mak buangkan daun-daun yang mengotori kereta anak-anak Mak. Mak usap bahagian depan kereta Ateh perlahan-lahan. Mak rasakan seperti mengusap kepala Ateh waktu Ateh kecil. Mak senyum. Kedua bibir Mak diketap repat. Senyum tertahan, hanya Ayah yang faham. Sekarang Mak tidak dapat lagi merasa mengusap kepala anak-anak seperti masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka sudah besar. Mak takut anak Mak akan menepis tangan Mak kalau Mak lakukannya.


Lima buah kereta milik anak-anak Mak berdiri megah. Kereta Ateh paling gah. Mak tidak tahu pun apa kehebatan kereta Ateh itu. Mak cuma suka warnanya. Kereta warna merah bata, warna kesukaan Mak. Mak belum merasa naik kereta anak Mak yang ini.

Baju mak basah kena hujan. Ayah tutupkan payung mak. Mak bagi salam. Salam Mak tidak berjawab. Terketar-ketar lutut Mak melangkah anak tangga. Ayah pimpin Mak masuk ke rumah. Lutut Mak sakit lagi.


Mak letakkan bungkusan di atas meja. Sebungkus rebung dan sebungkus kueh koci pemberian Mak Uda untuk anak-anak Mak. Mak Uda tahu anak-anak Mak suka makan kueh koci dan Mak malu untuk meminta untuk bawa balik. Namun raut wajah Mak sudah cukup membuat Mak Uda faham.


Semasa menerima bungkusan kueh koci dari Mak Uda tadi, Mak sempat berkata kepada Mak Uda, "Wah berebutlah budak-budak tu nanti nampak kueh koci kamu ni."


Sekurang-kurangnya itulah bayangan Mak. Mak bayangkan anak-anak Mak sedang gembira menikmati kueh koci sebagimana masa anak-anak Mak kecil dulu. Mereka berebut dan Mak jadi hakim pembuat keputusan muktamat. Sering kali Mak akan beri bahagian Mak supaya anak-anak Mak puas makan. Bayangan itu sering singgah di kepala Mak.


Ayah suruh Mak tukar baju yang basah itu. Mak akur.


Selepas Mak tukar baju, Ayah iring Mak ke dapur. Mak ajak anak-anak Mak makan kueh koci. Tidak seorang pun yang menoleh kepada Mak. Mata dan hati anak-anak Mak sudah bukan pada Mak lagi.


Mak hanya tunduk, akur dengan keadaan.


Ayah tahu Mak sudah tidak boleh mengharapkan anak-anak melompat-lompat gembira dan berlari mendakapnya seperti dulu.


Ayah temankan Mak makan. Mak menyuap nasi perlahan-lahan, masih mengharapkan anak-anak Mak akan makan bersama. Setiap hari Mak berharap begitu. Hanya Ayah yang duduk bersama Mak di meja makan setiap malam.

Ayah tahu Mak penat sebab berjalan jauh. Siang tadi Mak pergi ke rumah Mak Uda di kampung seberang untuk mencari rebung. Mak hendak masak rebung masak lemak cili api dengan ikan masin kesukaan anak-anak Mak.
Ayah tanya Mak kenapa Mak tidak telepon suruh anak-anak jemput. Mak jawab, "Saya dah suruh Uda telepon budak-budak ni tadi. Tapi Uda kata semua tak berangkat."

Read more...

Wednesday, August 24, 2011

Mana Mak : Bhg 3 (Akhir)


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Mak minta Mak Uda telepon anak-anak yang Mak tidak boleh berjalan balik sebab hujan. Lutut Mak akan sakit kalau sejuk. Ada sedikit harapan di hati Mak agar salah seorang anak Mak akan menjemput Mak dengan kereta. Mak teringin kalau Ateh yang datang menjemput Mak dengan kereta barunya. Tidak ada siapa yang datang jemput Mak.

Mak tahu anak-anak mak tidak sedar telepon berbunyi. Mak ingat kata-kata ayah, “Kita tak usah susahkan anak-anak. Selagi kita mampu kita buat saja sendiri apa-apa pun. Mereka ada kehidupan masing-masing. Tak payah sedih-sedih. Maafkan sajalah anak-anak kita. Tak apalah kalau tak merasa menaiki kereta mereka sekarang. Nanti kalau kita mati kita masih ada peluang merasa anak-anak mengangkat kita kat bahu mereka.”
Mak faham buah hati Mak semua sudah besar. Along dan Angah sudah beristeri. Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik masing-masing sudah punya buah hati sendiri yang sudah mengambil tempat Mak di hati anak-anak Mak.

Pada suapan terakhir, setitik air mata Mak jatuh ke pinggan.

Kueh koci masih belum diusik oleh anak-anak Mak.
Beberapa tahun kemudian

Mak Uda tanya Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik, “Mana mak?”.

Hanya Adik yang jawab, “Mak dah tak ada.”

Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik tidak sempat melihat Mak waktu Mak sakit.

Kini Mak sudah berada di sisi Tuhannya bukan di sisi anak-anak Mak lagi.

Dalam isakan tangis, Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik menerpa kubur Mak. Hanya batu nisan yang berdiri terpacak. Batu nisan Mak tidak boleh bersuara. Batu nisan tidak ada tangan macam tangan Mak yang selalu memeluk erat anak-anaknya apabila anak-anak datang menerpa Mak semasa anak-anak Mak kecil dulu.

Mak pergi semasa Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik berada jauh di bandar. Kata Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik mereka tidak dengar handphone berbunyi semasa ayah telepon untuk beritahu mak sakit tenat.


Mak faham, mata dan telinga anak-anak Mak adalah untuk orang lain bukan untuk Mak.
Hati anak-anak Mak bukan milik Mak lagi. Hanya hati Mak yang tidak pernah diberikan kepada sesiapa, hanya untuk anak-anak Mak..
Mak tidak sempat merasa diangkat di atas bahu anak-anak Mak. Hanya bahu ayah yang sempat mengangkat jenazah Mak dalam hujan renyai.

Ayah sedih sebab tiada lagi suara Mak yang akan menjawab soalan Ayah,
"Mana Along?" , "Mana Angah?", "Mana Ateh?", "Mana Alang?", "Mana Kak Cik?" atau "Mana Adik?". Hanya Mak saja yang rajin menjawab soalan ayah itu dan jawapan Mak memang tidak pernah silap. Mak sentiasa yakin dengan jawapannya sebab mak ambil tahu di mana anak-anaknya berada pada setiap waktu dan setiap ketika. Anak-anak Mak sentiasa di hati Mak tetapi hati anak-anak Mak ada orang lain yang mengisinya.

Ayah sedih. Di tepi kubur Mak, Ayah bermonolog sendiri, "Mulai hari ini tidak perlu bertanya lagi kepada Along, Angah, Ateh, Alang, Kak Cik dan Adik , "Mana mak?" "


Kereta merah Ateh bergerak perlahan membawa Ayah pulang. Along, Angah, Alang dan Adik mengikut dari belakang. Hati ayah hancur teringat hajat Mak untuk naik kereta merah Ateh tidak kesampaian. Ayah terbayang kata-kata Mak malam itu, "Cantiknya kereta Ateh, kan Bang? Besok-besok Ateh bawalah kita jalan-jalan kat Kuala Lumpur tu. Saya akan buat kueh koci buat bekal."


"Ayah, ayah....bangun." Suara Ateh memanggil ayah. Ayah pengsan sewaktu turun dari kereta Ateh..

Terketar-ketar ayah bersuara, "Mana Mak?"

Ayah tidak mampu berhenti menanya soalan itu. Sudah 10 tahun Mak pergi namun soalan "Mana Mak?" masih sering keluar dari mulut Ayah sehingga ke akhir usia.

Sebuah cerita pendek buat tatapan anak-anak yang kadang-kadang lupa persaan ibu. Kata orang hidup seorang ibu waktu muda dilambung resah, apabila tua dilambung rasa. Kata Rasulullah saw. ibu 3 kali lebih utama dari ayah. Bayangkanlah berapa kali ibu lebih utama dari isteri, pekerjaan dan anak-anak sebenarnya. Solat sunat pun Allah suruh berhenti apabila ibu memanggil. Berapa kerapkah kita membiarkan deringan telepon panggilan dari ibu tanpa berjawab?

Read more...

Monday, August 22, 2011

Larangan Berpuasa di China : Satu Peringatan Kepada Kita


"Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali. (Al-i-Imran:28)

“Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang yang beriman, yang mendirikan solat, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah)”(Al-Maidah :55)


Bulan Ramadan sudah memasuki fasa ketiga. Umat Islam di Malaysia di samping mencari malam Lailatul Qadar, mereka juga sibuk membuat persiapan menjelang kedatangan aidil fitri. Namun kemeriahan Ramadhan ini tidak dapat dinikmati oleh sebahagian saudara kita di negara-negara yang mengalami pergolakan politik dan kemiskinan seperti Aghanistan, Iraq, Libya, Syria , Somalia , Myammar dan sebagainya. Namun yang paling menyentuh hati dan perasaan ini apabila mengenangkan nasib umat Islam di Urumqi, Xinjiang, China.

Nasib mereka adalah merupakan cebisan-cebisan kisah menyayat hati yang dilupakan oleh masyarakat Islam. Malahan ramai masyarakat Islam di negara kita khasnya dan seluruh pelusok dunia amnya yang tidak tahu menahu mengenai penderitaan yang dialami oleh masyarakat Islam keturunan Uighur ini. Ini merupakan satu tragedi yang boleh kita jadikan sebagai peringatan kepada seluruh umat Islam di negara kita yang hingga saat ini masih bertelagah sesama sendiri akibat perselisihan pandangan politik dan ketaksuban assabiyah kepartian. Akibat yang sama akan melanda kita jika kita menyerahkan hak kepimpinan negara kepada golongan kafir. Lihat bagaimana biadapnya pemimpin kafir laknatullah China memberi tekanan kepada umat Islam di Xianjiang ketika umat Islam menyambut kedatangan Ramadan al Mubarak. Mereka tidak peduli dan takut pada sebarang tekanan atau bantahan antarabangsa .

Bacalah berita mengenai kebiadapan Kerajaan China laknatullah yang saya rumuskan dari beberapa sumber :

Bulan Ramadan kali ini tidak bermakna bagi masyarakat Islam Uighur di Urumqi, Xinjiang, barat laut China selepas kerajaan mengharamkan mereka menunaikan ibadah puasa, bersolat tarawih atau menjalankan sebarang aktiviti keagamaan.

Penganut Islam di Xinjiang dilarang daripada menunaikan ibadah tersebut selepas kerajaan memaksa mereka menandatangani satu 'dokumen' yang melarang mereka daripada berbuat demikian. Larangan terbaru itu menekankan lagi layanan buruk kerajaan China terhadap penduduk minoriti Uighur yang sering berdepan tindakan keras pihak berkuasa sebelum ini dan dinafikan hak mereka. Jurucakap Kongres Sedunia Uighur yang beribu pejabat di Munich, Dilxat Raxit berkata, syarikat-syarikat swasta di sini turut menyediakan makanan tengah hari buat pekerja beragama Islam dan mereka boleh kehilangan kerja atau bonus tahunan sekiranya enggan makan. "Tokoh agama juga boleh kehilangan lesen menyampaikan ceramah sekiranya mereka mengadakan aktiviti keagamaan atau menyeru penganut Islam berhimpun bagi menjalankan kegiatan agama," katanya kepada agensi penerbitan dalam talian, Eurasia Review. Jelasnya, pegawai turut menyasarkan golongan pelajar beragama Islam dengan menyediakan bekalan makanan semasa waktu rehat sepanjang bulan Ramadan.

Seorang penduduk Uighur yang enggan dikenali berkata, restoran-restoran di kawasan yang mempunyai ramai penduduk Islam juga diarah menjalankan perniagaan walaupun ketika hari siang. "Orang ramai juga sukar memasuki masjid untuk bersembahyang. Mereka perlu menunjukkan kad pengenalan diri dan mendaftar jika ingin masuk ke masjid," katanya. Sehari sebelum Ramadan, seramai 18 maut dan 31 yang lain cedera dalam dua pertempuran etnik terbaru di Xinjiang, dua tahun selepas insiden berdarah di wilayah ini mengakibatkan 200 maut sementara 1,700 yang lain cedera. Xinjiang dicemari pergolakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melibatkan pertempuran antara etnik Uighur dengan kumpulan majoriti China Han di ibu negara, Urumqi pada Julai 2009. – Agensi (Sumber : Utusan Online, 08/08/2011

" Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu?” (An- Nissa :144)

Di kala segelintir umat Islam Malaysia ditangkap kerana berjudi dan tidak berpuasa di bulan Ramadhan, lain pula yang berlaku di China. Umat Islam dipaksa untuk tidak berpuasa dan sekiranya mereka didapati berpuasa, perbuatan mereka itu dikategorikan sebagai suatu “jenayah” oleh negara. Di Xinjiang, jumlah penduduk Islam di sana adalah sekitar 48% daripada penduduk di daerah tersebut. Hubungan diplomatik antara umat Islam dengan kerajaan China telah bermula sejak zaman Khulafa Ar Rasyidin iaitu di zaman Khalifah Uthman bin Affan. Pada waktu itu, beliau telah mengutuskan Saad bin Abi Waqqash untuk membangun hubungan dengan China dengan misi dakwah menyebarkan Islam di China. Sambutan yang diberikan oleh Kerajaan Dinasti Tang masa itu sangat baik, malah kerajaan telah mengarahkan agar sebuah masjid dibina di Bandar Guanzgzhou sebagai tanda persahabatan antara Kerajaan Dinasti Tang dengan Daulah Islam. Malah masjid ini masih berdiri utuh sehingga ke hari ni dan dikenali sebagai masjid Huaisheng. Pelayanan buruk terhadap umat Islam di China bermula sejak Dinasti Qing. Umat Islam ditekan serta hak mereka untuk mengamalkan kewajiban yang dituntut oleh Islam dihalang. Selain itu, aktiviti di masjid sentiasa dipantau dan aktiviti- aktiviti keagamaan diharamkan. Malah umat Islam telah dihalang untuk menunaikan haji di Mekah. Sekitar tahun 1855-1877, pemerintah Dinasti Qing telah membunuh sekitar 7 juta umat Islam di China.

Walaupun Negara China sudah mula berlembut kepada ideologi Kapitalis semenjak menganggotai WTO pada tahun 2001, namun mereka masih bersikap keras terhadap umat Islam. Mereka sedar bahawa Islam merupakan suatu ancaman kepada ideologi yang mereka anuti. Sehingga saat ini, tidak kedengaran suara-suara bantahan daripada mana-mana pertubuhan hak asasi manusia atau seumpamanya. Mereka lebih banyak mendiamkan diri. Padahal, menurut kebiasaan mereka pasti akan menyuarakan bantahan sekiranya terdapat mana-mana pihak yang menindas hak kebebasan individu. Ini bukanlah bermakna kaum muslimin harus bergantung kepada pertubuhan sedemikian. Apa yang jelas, tidak kira di mana kaum muslimin ditindas, tiada pihak yang benar-benar akan tampil membela.

Sekiranya umat Islam ada Seorang Pembela sebagaimana yang dilakukan oleh para Khalifah sebelum ini, pastinya tindakan biadap yang dilakukan oleh pemerintah China pada masa ini akan dibalas dengan seruan jihad oleh Khalifah. (Sumber : My Khalifah)

Sempena malam yang mulia dan di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, ayuh mari kita menadah tangan memohon kepada Allah agar diberi kekuatan kepada saudara semuslim kita di China terutamanya di Urumqi, Xinjiang, teguhkan iman dan aqidah mereka dari terus digoncang oleh pemimpin Negara China laknatullah. Amin.

Sila baca beberapa link mengenai nasib masyarakat Uighur ini.

http://muxlim.com/blogs

http://wup-forum.com/viewtopic

http://www.worldbulletin.net

Read more...

Saturday, August 13, 2011

JAIS Dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) :Ada Hikmah dan Iktibar


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

"Dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat dan apa jua yang kamu kerjakan dari kebaikan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasan pahalanya di sisi Allah. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat segala yang kamu kerjakan." (Al-Baqarah : 110)

Sabda Rasulullah bermaksud: "Zuhud di dunia tidak dengan mengharamkan yang halal dan tidak membuang harta tetapi zuhud di dunia ialah engkau lebih percaya kepada apa yang ada pada pegangan Allah daripada apa yang ada di tanganmu dan apabila engkau mendapat bahaya dunia, engkau lebih senang ia kekal padamu supaya engkau dapat ganjarannya." - (Riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah).

Baru-baru ini kita digemparkan dengan berita JAIS telah menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) ketika mengadakan majlis makan malam”Thanks Giving” . Dalam serbuan itu beberapa orang Islam didapati menghadiri majlis tersebut. Kehadiran mereka menurut laporan, ialah untuk menerima sumbangan daripada pihak gereja. Maka kitapun bersangka baik...itulah yang sebaik-baiknya.

Kehadiran JAIS pula adalah ekoran laporan yang diterimanya mengenai kegiatan gereja yang dikatakan cuba memperkembangkan dakyah kristian dikalangan masyarakat Islam. Maka pelbagai pihakpun ramai yang melatah mengutuk serangan JAIS. Kutukan dan hentaman ke atas JAIS bukan sahaja diterima daripada pihak orang bukan Islam, malahan ada orang-orang Islam sendiri yang kurang senang dengan tindakan JAIS. Namun YB Dato’ Hassan Ali selaku Exco yang bertanggungjawab, mempertahankan tindakan JAIS walaupun bosnya sendiri MB Selangor , Dato’ Khalid membantah dan MB cepat-sepat memohon maaf.

JAIS sebenarnya dalam keadaan serba tidak kena. Kalau tak serbu untuk menyiasat , maklumat telah diterima dan ia merupakan satu amanah lebih-lebih lagi membabitkan soal aqidah. Jika betul berlaku penyelewengan aqidah umat Islam oleh pihak gereja maka ia perlu dibanteras pada peringkat awal lagi. Biar orang marah tapi jangan sampai mengundang kemurkaan ALLAH. Cuma mungkin cara JAIS membuat serbuan kurang disenangi pihak terbabit tapi pihak gereja perlu akur yang JAIS cuma menjalankan tugas berpandukan aduan dan maklumat yang diterima.

Walau apapun, setiap kejadian itu sebenarnya ada hikmahnya di sisi Allah. Rasulullah S.A.W telahpun memberi peringatan kepada umatnya supaya berhati-hati dalam melayari kehidupan ini. Bukan orang kaya sahaja yang akan kufur nikmat kerpda Allah jika tidak sentiasa bersyukur, malahan orang yang dilanda kemiskinan juga bisa menjadi kufur kepada ALLAH lantaran kemiskinannya. Sabda Rasulullah, bermaksud: "Hampir orang yang fakir miskin itu membawa kepada kekufuran." - (Riwayat Abu Namin daripada Anas).

Peristiwa malang ini sebenarnya memberi iktibar kepada dua pihak khasnya dan seluruh umat Islam amnya. Pertama golongan yang hadir di gereja untuk menerima sumbangan, bukanlah atas nama kemiskinan hingga sanggup kita hampir menggadai maruah dan aqidah keislaman kita. Memang peritnya hidup dalam kesusahan. Saya lahir dalam keluarga yang susah dan pernah merasa warna warni kehidupan apabila kemiskinan melanda. Islam itu indah. Islam mengajar umatnya tentang erti dan nilai sedekah, infak, zakat fitrah, wakaf dan sebagainya kearah membantu golongan yang dilanda kesempitan hidup. Janganlah terlalu mudah kita menjual nilai agama kerana untuk mendapat habuan dunia yang sedikit. Kita bimbang jika kita bukan sahaja miskin di dunia malahan miskin juga di akhirat nanti.

Rasulullah pernah berdoa, memohon perlindungan Allah agar menghindarkan dirinya daripada kemiskinan seperti sabdanya bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu daripada kekufuran dan kemiskinan." - (Riwayat Abu Daud). Sabda baginda lagi, bermaksud: "Ya Allah! Sesungguhnya aku minta perlindungan-Mu daripada kekafiran, kemiskinan, kehinaan dan aku mohon perlindungan-Mu daripada menzalimi." - (Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah).

Peristiwa ini juga perlu menjadi iktibar kepada pihak yang bertanggungjawab memegang amanah mengendali wang zakat, wakaf dan Baitul mal serta badan kerajaan yang membabitkan kebajikan masyarakat. Sudah terlalu banyak cerita yang kurang enak kita dengar mengenai badan-badan ini. Karenah birokrasi untuk mendapatkan bantuan dan sikap pasif pihak terbabit untuk turun padang memberi ruang kepada pihak lain untuk menguji keimanan umat Islam yang dilanda kesusahan. Saya masih ingat lagi peristiwa banjir besar melanda sebuah Bandar di Kedah dan Persatuan Buddha merupakan pertubuhan awal yang turun memberi bantuan tanpa perlu apa-apa prosedur atau pengisian borang maklumat.

Saya percaya jumlah wang zakat dan Baitul mal mencecah puluhan malah mungkin ribuan juta ringgit Malaysia. Nak buat apa duit banyak tu kalau tak diberi bantuan kepada mereka-mereka yang memerlukan. Jumlah ini makin bertambah setiap tahun, kemana nak dibawa ? Jangan sekadar tunggu orang miskin dan fakir untuk datang memohon bantuan kemudian ditemuduga dengan pelbagai persoalan seolah-olah macam harta itu kita yang ampunya. Kalau yang datang itu layak, beri sahaja tanpa perlu ada birokrasi yang menyusahkan. Ini amanah, soal sama ada penipuan atau tidak itu persolan orang yang terbabit dengan Allah Ta’ala.

“Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).” (Az-Zariyat : 19)

Kadangkala apabila yang datang memohon itu apabila didapati mempunyai motosikal atau rumahnya mempunyai peti televisyen dijadikan alasan untuk beliau gagal mendapat bantuan. Apakah ukuran motosikal, peti tv atau kereta buruk dan tafsir kemiskinan pada zaman kini. Kalau tahun enam dan tujuh puluhan memang sah pemohon seorang yang berkemampuan tapi kini kita ditahun 2011. Pernah sepupu saya seorang janda anak empat (Ditinggalkan suami tanpa nafkah) ke pejabat berkenaan untuk memohon bantuan telah disindir oleh petugas kerana berpakaian kemas dan cantik.

“Pakai baju cantik-cantik takkan nak minta bantuan kot,’ begitulah lebih kurang sindiran si petugas.
Kalau macam tu, semua pemohon yang nak minta bantuan kebajikan masyarakat, zakat atau baitul mal kena pakai baju koyak rabak dan bertampung-tampung untuk menampakkan kemiskinannya dan baru boleh dapat bantuan?. Apalah punya banggangnya pemikiran seperti ini!

Pihak Urus Zakat dan Baitul Mal perlu mengubah persepsi pemikiran dan pentadbirannya. Dana yang dikumpul merupakan amanah. Fikirlah apakah cara yang terbaik dan bijaksana dalam membantu serta membangunkan ummah. Jangan sampai pihak lain mengambil kesempatan atas kelemahan dan keegoan kita. Hari ini di dunia kita boleh beri seribu alasan tapi di hadapan mahkamah Allah nanti apakah alasan yang hendak kita berikan.
Semoga kita sama-sama bermuhasabbah diri. Semoga ALLAH juga sentiasa membuka minda kita untuk memikirkan jalan terbaik ke arah memartabatkan Islam sebagai cara kehidupan. Amin


Read more...

Tuesday, August 9, 2011

Berhati-Hati Dengan Kurma Israel


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda.
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (Al –Baqarah:168)
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, makanlah barang-barang yang bersih daripada apa yang telah kami kurniakan kepada kamu.” (Hadis riwayat Muslim)

Mutakhir ini terlalu banyak yang kita kedengaran tentang barangan makanan yang diragui status halalnya membanjiri pasaran di Malaysia. Terdapat juga barangan makanan yang terbukti tidak halal kerana mengandungi bahan-bahan haram seperti DNA Babi dan sebagainya masih dijual dengan sewenang-wenangnya di pasaran. Sungguh malang bagi umat Islam di negara ini, dalam usaha menjadikan Negara kita sebagai hub Halal antarabangsa sebaliknya turut menjadi hub barangan yang diragui status halalnya.

Lebih malang lagi tidak ada satu badan khas yang dapat member informasi lengkap mengenai senarai barangan yang memang telah disahkan haram. Kalau disiarkan dalam akhbar sekalipun, pembaca masih tertanya-tanya apakah nama syarikat dan jenama produk yang diharamkan itu. Perkara ini perlu pihak-pihak tertentu seperti JAKIM, Persatuan Pengguna Islam, pihak Kementerian terbabit memainkan peranan. Ini adalah amanah dan tanggungjawab.

Baru-baru ini saya menerima satu email daripada rakan yang ingin mewar-warkan tentang barangan dari Negara Isarael Laknatullah yang telah memasuki pasaran Malaysia. Perkara ini telah didedahkan oleh akhbar Berita Harian Singapura. Mungkin bagi sesetengah orang perkara ini tidak lah sensitif mana, namun bagi yang perihatin tentang nasib bangsa Palestine dan cintakan Islam, ianya sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Saad bin Abi Waqas bertanya kepada Rasulullah SAW: "Wahai Rasulullah, pintalah kepada Allah agar Dia menjadikan doaku mustajab. Jawab Rasulullah SAW: Wahai Saad, jagalah soal makanmu nescaya kau menjadi orang yang makbul doanya. Demi Allah yang nyawa Muhammad dalam tanganNya, jikalau seseorang lelaki memasukkan sesuap makanan haram dalam perutnya, doanya tidak akan diterima selama empat puluh hari. Sesiapa hamba yang dagingnya tumbuh dari makanan haram dan riba maka neraka lebih layak baginya"(Hadith Riwayat Ibnu Abbas).

Saya pamerkan sebahagian dari e-mail yang diterima
Berhati-hati, terdapat kurma yang bercetak jenama "Jordan River" itu sebenarnya bukan dari Jordan tetapi dihasilkan dari negara Israel ..dan diimport serta dikotakkan di Singapura tapi di edarkan di Malaysia . Ia ditanam di satu kawasan luas di bahagian timur Isreal yang bersempadan dengan Palestin. Ia dipunyai oleh seorang Yahudi yang kaya...dan ramai pekerja-pekerjanya berbangsa Yahudi dan hasil penjualan kurma itu digunakan untuk tabung orang-orang Yahudi.

Pendedahan ini dibuat oleh akhbar Berita Harian Singapura. Para Muslimin sekalian diharap jangan membeli kurma jenis ini..kasihanlah terhadap rakyat Palestin yang hari-hari ditindas dan dibunuh kejam oleh rejim Yahudi ini.

Perangi Yahudi dalam apa cara sekalipun, walaupun dari segi ekonomi.

Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company