Tuesday, December 25, 2012

Doomsday : Bila Dunia Tak Jadi Kiamat


Firman ALLAH yang bermaksud
 “Apabila berlaku hari kiamat itu, Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan.Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran,Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya);….”
                                                                                                                                    (Al-Waqi’ah : 1-7)

Ternyata telahan masyarakat bukan Islam yang kebanyakkan percaya akan berlakunya kiamat atau “doomsday” pada 21 Disember 2012 tidak menjadi kenyataan.  Akhirnya segala persediaan yang diatur dan dibuat oleh pihak-pihak yang dungu ini sebelum menjelang 21 Disember 2012 kini menjadi satu bahan gurauan pulak.  Kini timbul pulak suara-suara yang cuba menegakkan benang basah mengatakan manusia moden rupanya tersalah tafsir segala kiraan kalendar kaum etnik Mayan kuno.

Di Malaysia juga tidak terkecuali ada pihak yang cuba mewar-warkan  dan memperbesarkan tarikh ini sebgai tarikh hari penentuan.  Berhampiran taman perumahan saya terdapat sebuah gedung menjual pakaian telah mengadakan jualan  potongan istimewa yang dipanggil “ Jualan Menjelang Hari Kiamat” pada 20 Disember 2012.

Bagi orang Islam, mempercayai benda-benda sebegini boleh menyebabkan akidah kita tergelincir dan akhirnya membawa kepada kufur kepada ALLAH.  Nauzubillah………  sebab itu  Islam mengajar kita selain mempercayai benda-benda yang dapat dilihat dengan mata kasar, kita juga wajib percaya  akan perkara-perkara yang ghaib seperti dosa-pahala, syurga-neraka, wujudnya jin, malahan mempercayai dan beriman  wujudnya Hari Kiamat merupakan salah daripada Rukun Iman.  Namun untuk mempercayai akan bila berlakunya Hari Kiamat bukanlah kerja dan dalam pengetahuan kita.  Semua itu hanya ALLAH Ta’ala yang Maha Mengetahui.  Malahan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W  sendiripun tidak tahu bila akan berlakunya kiamat. 

  Baginda Rasulullah hanya dapat memberi gambaran kasar mengenai bila kiamat itu semakin hampir berlaku.  Seperti mana sabda baginda dalam hadith di bawah:
Sabda Rasulullah s.a.w, “Hari kiamat tidak akan berlaku hinggalah harta benda menjadi melimpah ruah kemudian timbulnya bermacam fitnah dan banyaknya berlaku al-Harj. Sahabat bertanya baginda: Apakah al-Harj itu wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Pembunuhan! Pembunuhan! Pembunuhan! Sebanyak tiga kali”. (Riwayat Ibnu Majah)

Bagi kita umat Islam tak perlu risau tentang bila akan berlakunya kiamat, yang pasti ia akan PASTI BERLAKU.  Serahkan saja kepada ALLAH Ta’ala, kerana DIA yang Maha Mengetahui  tentang segala sesuatu.  Yang penting kita perbetulkan diri kita dan Tanya kepada diri sendiri…”apakah aku sudah bersedia menghadapi hari Kiamat dan Hari Perhitungan”.  Saya melihat diri saya sebagai  yang masih banyak perlu diperbetulkan dari segi ibadah serta hubungan dengan ALLAH dan manusia.

Marilah kita sama-sama berdoa agar menjadi umat yang akan sentiasa mendapat redha Allah.  Hindarkan pertelingkahan antara sesama umat Islam terutama di bumi Malaysia yang bertuah ini. Seringkalai timbulkan persoalan dalam benak fikiran ini……kerana  Kita sendiripun kurang pasti apakah kita ini lebih baik dari orang lain atau sebaliknya.  Janganlah kita menghina orang lain yang tidak sehaluan dengan kita.  Belajarlah menghormati orang lain kerana kalau nak mengharap pahala untuk ke syurga Allah sudah tentu tidak memadai.  Yang penting ikhlas dan berharap mendapar redha ALLAH untuk ke syurgaNYA.

Yang pasti KIAMAT semakin hamper kerana sudah banyak pertanda yang Rasulullah sebut dalam hadith baginda menjadi kenyatan satu persatu.  Akhir kalam….apakah saya, anda, kamu, dia dan kita  sudah bersedia?

Read more...

Friday, December 7, 2012

Demi Duniawi :Kita Lupakan Kasih Sayang Rasulullah


"Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya sendiri.  (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah saw. bersabda :
"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap sudaranya lebih dari tiga hari." (HR. Muslim).
Kisah pergaduhan dua penyokong parti politik di Gombak  menjadi antara isu terbaru menyaksikan betapa kroniknya hubungan antara sesama saudara seIslam di negara kita.  Dalam kes ini ternyata tiada siapa yang salah dan tiada siapa yang betul, tapi yang pastinya kedua-dua pihak memperlihatkan kebodohan dan kedunguan  sebagai orang yang mengaku cintakan Allah dan sayangkan Rasulullah S.A.W.
Apakah ini sikap dan peribadi yang ingin kita tonjolkan kepada orang bukan Islam.  Patutlah orang bukan Islam boleh memperlekehkan agama Islam, semuanya adalah kerana kelemahan kita sendiri.  Kita asyik bertekak sesama sendiri menyebabkan orang bukan Islam mengambil kesempatan ke atas kita.  Mereka menghina hukum Allah,  mempersenda agama Islam tapi apa yang kita buat?  Kita hanya buat bodoh, malah kita terus bersekongkol dengan mereka-mereka  yang menentang hukum Allah secara terang-terangan.  Jawapan dari pucuk pimpinan parti adalah jawapan yang klise sejak bertahun lagi….” …mereka menentang Islam sebab tak faham Islam…”
 Bila mereka nak faham Islam sedangkan mereka dah duduk berkawan dengan orang Islam sejak puluhan tahun lagi.  Kalau umur dah 60 tahun maka 60 tahunlah mereka hidup dikalangan orang Islam.  Apakah mereka tak faham tentang Islam lagi.  Macamana mereka hendak kata Islam tu cantik!  Bagaimana mereka nak tertarik pada agama Islam?  Bagaimana mereka nak meredhakan agar hukum Islam dilaksanakan di negara ini?  Kalau kita sendiri asyik bertekak, bergaduh, bertumbuk, bertikam sesama saudara Islam tanpa ada perasaan kasih sayang.  Tentu persoalan yang bermain  dalam fikiran mereka,” Kalau pada saudara seagama pun mereka  boleh bertelagah dan bergaduh sedemikian rupa, apatah lagi kita yang berlainan agama…tentu teruk lagi dikerjakan”  Sebab itu cuba kita tilik dan tenung ….berapa ramai ahli politik dari kedua-dua parti yang bertelagah ini yang dah memeluk Islam kerana tertarik dengan cantiknya Islam.  Habukpun tarak……..sebab mereka melihat betapa teruknya akhlak orang Islam itu sendiri.  Dari pemimpin sampailah ke peringkat penyokong!
Rasulullah mengajar kita supaya menyayangi sesama saudara seagama dengan kita.  Kalau ada di kalangan saudara kita tersasar dari jalan kebenaran, tugas kita membimbing, menegur ataupun mendoakan  agar mereka menemui semula jalan yang lurus.  Bukannya mendoakan agar kemusnahan terus menimpa saudara seagama kita kerana mereka tidak sehaluan dengan kita.  Siapakah kita untuk berbuat demikian kerana kita sendiri belum pasti apakah nasib kita sendiri di penghujung hayat nanti.  Pengakhiran yang baik dan diredha Allah atau sebaliknya!
Kata Imam Hasan al-Banna r.a. (1908-1949m) dalam Risalah Ta’alimnya : “Maksudku dengan ukhuwwah (kasih sayang dan persaudaraan) adalah: Hati-hati dan ruh terikat dengan ikatan akidah. Ikatan akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan mahal. Persaudaraan sebenarnya adalah persaudaraan iman dan perpecahan itu adalah saudara kepada kekufuran. Kekuatan yang pertama kepada kita adalah kekuatan kesatuan, tidak ada kesatuan tanpa kasih sayang. Kasih sayang yang paling rendah adalah berlapang dada dan yang paling tinggi ialah martabat `ithar’ (melebihkan saudaranya dari dirinya sendiri)

Read more...

Saturday, November 17, 2012

Salam Hijrah 1434 : Bersatulah Wahai Saudaraku

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam  ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

Salam Tahun Baru 1434 Hijrah. Salam ukhwah . Biarlah tahun hijrah ini menjadi lebih baik dari tahun yang lepas. Terutama dari kekuatan ummah yang semakin hari saya melihat semakin rapuh.

Saya melihat ke dalam diri saya ini yang terlalu banyak kelemahan sebagai makhluk ALLAH dari sudut ibadah, amalan dan pekerjaan. Membiarkan masa berlalu percuma dengan penuh kerugian. Biarlah di tahun hijrah ini saya memohon agar penyakit kemalasan dalam apa jua pekerjaan tidak terus menerus menyelubungi diri saya.
Di tahun baru hijrah ini juga saya berdoa agar ALLAH menyatukan semula hati-hati umat Islam di seluruh dunia amnya dan di negara ini khasnya agar menjadi satu ikatan kekuatan untuk menghadapi dan menentang musuh-musuh Islam , seterusnya dapat menegakkan Daulah Islamiyyah di negara ini.

Ikatan ukhwah umat Islam di negara ini sudah semakin longgar dan menunggu masa terburai jika kita tidak kembali membetulkan ikatannya. Saya melihat perpecahan kita hari ini hanya kerana didalangi oleh perbezaan politik yang sempit. Di saat bangsa lain bersatu dan sedang memperkuatkan kepimpinanan serta merancang agenda masa depan demi survival bangsa mereka, kita umat Islam bercakaran sesama sendiri.
Janganlah kita mengulangi sejarah kegemilangan Islam Melaka yang jatuh ke tangan Portugis dan seterusnya Belanda diatas perpecahan umat Islam di Kepulauan Melayu (bukan Melaka sahaja). Tidak perlu tuduh menuduh siapa yang benar siapa yang salah. Siapa kita untuk menghakimi orang lain. Saya sendiri belum tahu apakah nasib saya di penghujung jalan nanti, adakah pengakhiran yang baik atau sebaliknya. Yang penting kita bersatu dan terus menegakkan syiar Islam di Negara ini.

Jangan biarkan orang bukan Islam terus menjaja kesucian agama Islam demi kepentingan politik mereka. Jangan biarkan orang bukan Islam terlebih Islamiknya dari orang Islam sendiri hanya kerana untuk kepentingan peribadi mereka. Jangan biarkan orang bukan Islam terutama pemimpin mereka mengambilalih tugas pemimpin Islam untuk mengajar kita tentang hukum ALLAH.

Lihat apa yang Karpal Singh dan Chia Sok Lek laknatullah pernah mengeluarkan kenyataan tentang pelaksanaan hukum hudud. Namun apa yang pemimpin dan para pengikut parti yang bersekongkol dengan mereka buat. Hanya duduk diam macam tongkol kayu. Tak berani kritik dan tak berani nak tentang. Masing-masing jaga kepentingan politik dan periuk nasi serta tembolok masing-masing. Takut kehilangan rakan dalam pakatan parti yang bersekongkol serta bimbang kehilangan sokongan bukan Islam dalam pilihanraya ( kalau menegur) dari takut akan kemurkaan ALLAH. Akhirnya jawapan klise yang kita dengar, mereka tak faham tentang Islam lagi!

Tak faham kepala hotak apa….kalau umur dah lebih 60 tahun, hidup di Malaysia sejak lahir tak kan tak faham lagi tentang Islam. Mereka bergaul dengan rakan-rakan , jiran dan teman sekerja yang beragama Islam, tak kan masih tak tahu tentang Islam walaupun secara umum. Lain lah kalau hidup selama 60 tahun dalam kandang yang hanya sebangsa dengan mereka. Lebih malangnya, kita umat Islam tidak pernah menyentuh hal sensitivity agama mereka, tapi sebaliknya mereka terlalu biadap dan acapkali mencampuri urusan agama Islam.

Semoga tahun baru HIJRAH 1434 lebih memberi kekuatan kepada umat Islam di negara ini untuk bersatu. Politik hanya alat….yang penting kita kena fikirkan matlamat, iaitu memastikan syiar Islam terus hidup subur di negara ini. Allahhu Akbar.
Read more...

Monday, September 24, 2012

Onyomat Geset Go : Perlu Ada Sensitiviti

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:-
"Sesungguhnya Allah SWT. itu baik, Dia tidak menerima sesuatu daripada hamba-Nya melainkan yang baik dan Allah SWT. perintahkan (kepada hamba-Nya) seperti yang diperintahkan kepada Rasul-rasulnya" .

Firman Allah SWT. :Bermaksud: "Wahai orang yang beriman!, makanlah daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) daripada apa yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu benar-benar hanya beribadah kepada-Nya". (Al-Baqarah :172 )

Baru-baru ni semasa menukar-nukar channel TV, tetiba saya membuka siaran lawak di Astro Warna. Nama rancangan tu Onyomat Geset Go. Saya selalu juga tengok iklan gahnya di tv tapi ini baru pertama kali nak tengok macam mana ceritenye.
Masa saya menonton , peserta yang terdiri dari pelawak-pelawak sedang menaiki feri ke Pulau Pinang. Siri kali ini peserta bertanding di Pulau Pinang. Namun setelah menonton rancangan ini hati saya begitu kecewa dan sedih melihat betapa tidak sensitifnya pihak Astro, si penerbit mahupun para peserta itu sendiri.
Lawak, lawak juga tapi beberapa perkara yang sensitif perlu diambil kira.

Pertama terdapat beberapa peserta yang bertanding tidak menutup aurat dengan sempurna. Saya percaya yang bertanding tu ada yang dah bekerluarga dan beranak pinak. Sepatutnya pakailah pakaian yang sesuai bukannya berseluar pendek mendedahkan kepala lutut. Buka seorang dua yang menonton tapi berates ribu yang menonton di kaca TV.

Kedua, kesemua gerai yang dipilih untuk membantu pelawak-pelawak mencari clue atau sampul adalah gerai kepunyaan orang bukan Islam. Penerbit mengambarkan seolah-olah di Pulau Pinang susah nak cari orang Melayu atau Islam, begitu juga nak cari gerai kepunyaan orang Islam. Hakikatnya terdapat berlambak gerai-gerai kepunyaan orang Islam (terutama Restoran Nasi kandar ) di sekitar kawasan tersebut. Apa motifnya? Tak Kan penerbit dan pihak Astro tak tahu yang kesemua peserta Onyomat Gesek Go tu beragama Islam!

Ketiga, saya begitu kecewa melihat sebahagian besar pelawak menyembah-yembah kononnya nak mengucap terima kasih kepada beberapa orang pekedai yang memberi clue atau telefon kepada mereka. Apa lawak sangat kah sampai nak sembah macam tu. Di mana letaknya harga diri kita sebagai seorang Islam?
Keempat, yang paling mendukacitakan saya apabila peserta disuruh makan lima mangkuk laksa dan cendul di gerai kepunyaan bukan Islam. Naik geli geleman saya melihat para peserta memakan laksa dengan lahapnya. Sedangkan dalam Islam kita diajar untuk mencari makanan yang bukan sahaja halal tapi ianya mesti suci dan bersih! Malah tanda logo halal yang cuba dihighlightkan di belakang pengacara Amy Mastura amat meragukan. Betulkah itu tanda logo halal JAKIM. Apa tak ada gerai Laksa kepunyaan orang Islam ka kat Pulau Pinang?

Daripada Nukman bin Basyir r.a., katanya: Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya perkara yang halal itu adalah sesuatu yang nyata dan demikian juga yang haram adalah nyata, (telah dijelaskan oIeh Allah dan Rasul-Nya) namun terdapat di antara kedua-duanya (halal dan haram) itu perkara yang kesamaran (syubhat) yang mana tidak diketahui oIeh ramai di kalangan manusia. Maka barangsiapa yang memelihara dirinya daripada mengambil perkara-perkara yang syubhat, maka terpeliharalah agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang melibatkan diri pada perkara-perkara syubhat bererti ia melibatkan dirinya pada perkara yang haram".
(Riwayat Bukhari)


Mungkin bagi sesetengah orang isu ini merupakan sesuatu yang remeh. Tapi bagi diri saya ia melibatkan sensitiviti . Kalau peserta kesemuanya beragama Islam mengapa tak cari saja gerai-gerai kepunyaan orang Islam. Memanglah Malaysia negara majmuk tapi dalam soal makan minum, Islam ada garis panduannya. Perkara yang kecil ini sebenarnya kalau dibiarkan dan tak diambil kisah akan memberi impak yang besar kepada pembinaan ummah.

Semoga kita diberi kekuatan oleh Allah supaya lebih berhati-hati dalam setiap apa sahaja perlakuan dan tingkah laku kita. Yang paling penting, ia sentiasa mendapat keredaan Allah.

Read more...

Sunday, September 23, 2012

Sam Bacile dan Ngeh Koo Ham: Apa bezanya?

Firman Allah bermaksud: “ Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka) sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi pengetahuan kepadamu (mengenai kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” (al-Baqarah: 120).

Belum reda isu filem “Innocent of Muslim”,umat Islam di Malaysia dihangatkan lagi dengan kata-kata Ngeh Koo Ham dalam laman Twitter yang memperlekeh tindakan umat Islam untuk membuat protes . Kata Pengerusi DAP Perak itu dalam Tweet yang berbunyi: "Khairy mahu umat Islam memprotes Sam Bacile. Ia untuk Islam atau kepentingan politiknya? Adakah umat Islam membuang banyak masa dan tenaga untuk ini?"

Ternyata si Ngeh laknatullah ini tidak jauh bezanya dengan bosnya iaitu si Karpal Singh laknatullah yang mengeluarkan kenyataan tentang penentangan pelaksanaan hukum Islam. Apakah hak Ngeh untuk mempersoal tindakan umat Islam dalam menyatakan protes terhadap filem “innocent of Muslims” ? Jangan bersikap biadap dan kurang ajar. Persoalan yang ditulis dalam tweetnya sebenarnya tidak lebih semata-mata mahu mempersendakan dan memperlekeh tindakan umat Islam. Beliau boleh menulis apa saja tentang Khairy (musuh politiknya) tapi jangan sesekali menyentuh hak dan tindakan umat Islam dalam memperjuangkan Islam.

Inilah akibatnya bila terdapat segolongan umat Islam yang terlalu memberi muka dan menyokong golongan ektremis seperti ini. Mereka golongan si laknatullah ini mengambil kesempatan mempersenda dan mempermainkan Islam secara halus yang kadangkala dilihat seolah-olah mereka begitu Islamik dari orang Islam sendiri. Satu ketika saya melihat video di mana salah seorang pemimpin DAP membaca ayat AlQuran (bukan terjemahan) dengan teruk dan tak betul sebutannya di depan ceramah umum. Namun tiada seorangpun pemimpin Islam yang ada ketika itu menegur atau membantah. Apa salah kalau si laknatullah itu hanya membaca terjemahannya sahaja bukan mempersendakan ayat-ayat suci Al Quran. Begitu juga bila silaknatullah Karpal Singh mengugut agar melangkah mayatnya terlebih dahulujika nak ditegakkan undang-undang Islam (Hukum Hudud) di Malaysia. Mengapa kita tidak beramai-ramai berhimpun di depan rumah atau pejabatnya mendesak agar jangan celupar menghina Islam. Kini Ngeh Koo Ham cuba menguji sensitiviti umat Islam.

Tak tau lah pulak kalau ada yang tak terasa dengan tulisan Ngeh dalam tweetnya itu. Apa guna hanya bila musim Maulidur rasul atau ketika takbir Raya sahaja kita gah berselawat dan bertahmid bagai nak rak dan terkeluar biji halkum tapi bila ketika orang mempersendakan Islam sedikitpun tak terasa perasaan marah dan geram di dalam hati. Ngeh perlu diberi pengajaran. Selama ini beliau menjadi Yb di kawasannya pun kerana meraih simpati undi pengundi Islam di kawasannya. Jangan cuba berani lagi mencampuri hal urusan orang Islam. Orang Islam tidak pernah mempersenda atau mempersoal mengenai hak dan kepercayaan orang lain. Apakah Ngeh akan tersenyum kalau ada pihak pula bertanya kepada Ngeh , apakah selama ini perbuatannya menyembah dan membakar kertas bertimbun pada musim perayaan tertentu sebagai membuang masa dan mencemar alam sekitar! Apakah Ngeh masih boleh senyum atau mula nak melatah?

Ngeh dan Sam Bacile pada hakikatnya individu yang berbeza, namun yang menjadikan mereka punya persamaannya ialah kedua manusia laknatullah ini cuba bermain api mempersenda dan menguji sensitiviti orang islam. Ngeh perlu bersyukur kerana tinggal di Malaysia yang aman damai dan orang Islam di Malaysia masih tak sampai ke tahap ekstrem. Ngeh dan golongan seangkatan dengannya perlulah berhati-hati bila nak bermain api kerana takut bukan tersambar jari tapi boleh membuat diri renting dijilat api. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak menulis dalam tweet atau facebook , buruk padahnya.

Firman Allah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘orang dalam’ (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Sudah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya Kami jelaskan kepada kamu keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” (al-Imran : 118)

Bagi orang Islam, kita tidak perlu pemimpin-pemimpin baik kecil mahupun besar yang suka dan cuba mempersenda serta mempermainkan Islam. Ini tanggungjawab kita sebagai seorang Islam yang cintakan Allah dan Rasul kita, Nabi Muhammad S.A.W. Di dunia kita mungkin boleh memberi apa jua alasan menyokong pemimpin seperti ini tapi bila di depan mahkamah Allah nanti apakah alasan yang hendak kita beri . Masyallah....Tabarakallah.

Firman allah yang bermaksud: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan) dan dia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak. “ (Asy Syuraa : 20)

Read more...

Saturday, September 22, 2012

Innocent Of Muslim : Propaganda Yahudi Laknatullah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

“Sesungguhnya kamu dapati orang-orang yang paling keras permusuhannya terhadap orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik.” [ Al-Maidah (5):82].

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut ugama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (ugama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu.” (Al Baqarah : 120)

Sam Bacile rakyat Amerika berketurunan yahudi yang menghasilkan filem “Innocent of Muslim” ternyata Berjaya meniup api kemarahan umat Islam di seluruh dunia menerusi filem pendeknya. Walaupun identiti sebenar Sam Bacile laknatullah ini tidak diketahui, namun dialah orang yang pertama perlu dicari dan diberi hukuman setimpal dengan kebiadabannya. Selain dari Sam, ternyata media-media samada bercetak atau elekltronik yang anti Islam turut bersekongkol memainkan dakyah mereka untuk menampilkan imej penganut Islam yang ektrim di mata dunia.

Malang sekali dalam hal ini, Amerika yang konon mendakwa sebagai polis dunia telah bersifat double standard dalam menyatakan pendirian White House. Sepatutnya Barrack Obama bukan sahaja perlu meminta YOUTUBE menutup laman akses video menghina Islam ini, tapi juga perlu memohon maaf atas kebiadaban rakyat dan medianya menghasilkan filem sebegitu rupa. Amerika sepatutnya mencari semua mereka yang terlibat dalam pembikinan filem biadap ini dan dibawa ke muka pengadilan. Mana perginya kehebatan CIA yang hanya gah di dalam filem sahaja sedangkan realitinya, nak tangkap penjenayah seperti Sam Bacile dan konco-konconyapun tak termampu.

Sebaliknya pula, Amerika menyalahkan para perusuh dan penunjuk protes jalanan kerana bertindak menyerang kedutaannya yang mengakibatkan duta dan beberapa rakyatnya di Libya terkorban. Malah Obama berjanji akan mencari mereka yang terlibat dalam pembunuhan duta dan rakyatnya di Libya. Sepatutnya Amerika bertindak memburu individu yang terlibat dalam pembikinan filem Innocent of Muslim kerana menjadi dalang punca mencetus api kemarahan masyarakat Islam tetapi sebaliknya yang berlaku.
Gertakan Obama ternyata tidak menyekat api kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Seluruh pelusok dunia Islam bangun membantah kebiadaban filem yang menghina Islam dan Rasulullah tercinta.. Kebiadaban media barat terhadap Islam perlu dihentikan dan diberi pengajaran.

Daripada Abu Said Al-Kudri ra berkata : Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda :" Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka". Sahabat bertanya, " "Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?" Nabi SAW menjawab, " Siapa lagi kalau bukan mereka". (hadith Riwayat Muslim)
Ternyata setiap apa yang berlaku sebenarnya ada hikmahnya. Sesungguhnya Allah ketika ini menguji benteng keimanan umat Islam. Di saat umat Islam bercakaran dan bertelingkah sesama sendiri, maka ALLAH jadikan asbab sesuatu peristiwa untuk menguji umat Islam. Adakah kita yang mengaku sebagai seorang muslim, masih sayang lagi pada agama Allah yakni Islam dan Muhammad Rasulullah? Yang pastinya, isu ini menyaksikan umat Islam dapat dan boleh bersatu tanpa mengira fahaman kepartiaan,ataupun mazhab

Read more...

Saturday, September 8, 2012

Apa Khabar Saudara Kita Di Rohingya?


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

Firman Allah bermaksud: "Sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara, oleh itu damaikanlah antara kedua-dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Sabda Rasulullah S.A.W , maksudnya :”Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah,melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim

Setelah sebulan menempuh Ramadhan yang penuh berkat, akhirnya kita umat Islam menyambut kedatangan Aidil Fitri . Ada yang sudah membuat persiapan sejak awal Ramadhan lagi untuk menyambut Aidil Fitri. Ada yang masih tak habis-habis lagi membuat persiapan hinggalah di saat-saat akhir malam Aidil Fitri masih lagi sibuk membeli belah. Kini setelah masuk Syawal yangke21, masih ada lagi yang mengadakan rumah terbuka.

Itulah nikmat keamanan, ketenteraman, kemewahan yang ALLAH Ta’ala kurniaankan kepada kita yang adakalanya kita lupa untuk mensyukuri! Apa tidaknya, kehidupan kita yang selesa hari ini menyebabkan kita lupa bahawa semua yang kita perolehi hari ini adalah anugerah ALLAH .

Pernahkah kita terfikir, di saat kita bersuka ria menikmati juadah raya, bergurau dengan keluarga, di luar sana terdapat jutaan saudara kita yang menderita dan sengsara. Kita sering mendengar keluhan dan rintihan penderitaan saudara kita di Palestine yang saban waktu tersiar di media cetak dan elektronik. Malah isu Palestine sentiasa mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

Namun kita jarang mengetahui atau mendengar nasib saudara-saudara kita di Arakan, Myammar. Mereka adalah etnik Rohingya yang semakin hari semakin ditindas dengan penderitaan dan seksaan. Mereka bukan sahaja dinafikan hak kerakyatan, malah didera dan dibunuh dengan kejam. Kampung halaman musnahterbakar dan mereka diusir. Mereka menjadi perlarian yang tiada bertempat. Negara-negara jiran menutup pintu sempadan untuk mereka. Kemana mereka hendak pergi. Mahu atau tidak menerima hanya pasrah dan menyerah kepada Allah Yang Maha Esa. Setiap detik adalah sengsara dan kematian. Pernahkah kita bertanya khabar tentang mereka. Saudara kita yang sama-sama melafazkan Syahadah Tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH dan bersaksikan Muhammad itu sebagai pesuruh ALLAH . Dalam riuh gelak tawa menghadapi hidangan rumah terbuka, pernahkah terlintas atau tercetus di hati kecil, apa yangmenjadi santapan saudara-saudara kita di Rohingya dahttp://www.blogger.com/img/blank.gifhttp://www.blogger.com/img/blank.gifn bagaimanakah mereka tabah mengharungi hidup ini?

Sabda Rasulullah S.A.W "Barang siapa di antara kamu menjumpai kemungkaran maka hendaklah ia mencegah dengan tangan (kekuasaan)nya, apabila tidak mampu hendaklah dengan lisannya, dan jika masih belum mampu hendaklah ia mencegah dengan hatinya. Dan (dengan hatinya) itu adalah selemah-lemahnya iman". (Hadis riwayat Muslim)

Kita punya banyak cara untuk membantu, yang paling mudah melalui khidmat NGO seperti ABIM dan Global Peace Malaysia. Mereka sudh menghantar misi kemanusiaan ke sana. Bantuan kita sentiasa diperlukan. Anda boleh layari laman sesawang ini Global Peace Malaysia http://gpm.com.my/ atau ABIM http://www.abim.org.my/v1/. Semoga apa yang berlaku pada etnik Rohingya sentiasa menjadi iktibar kepada umat Islam di Negara ini yang kini semakin lupa diri kerana ditenggelami kemawahan dan angan-angan panjang sendiri.

Read more...

Sunday, August 26, 2012

Apabila Dilanda Penyakit Kemalasan


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang maksudnya : “Syaitan mengikat atas belakang kepala seseorang kamu ketika ia tidur sebanyak tiga ikatan. Sambil syaitan berkata pada setiap ikatan, ‘malam masih panjang maka tidurlah’. Apabila seseorang kamu terjaga dari tidur, lalu menyebut nama Allah nescaya akan terlerai satu ikatan. Jika ia mengambil wuduk nescaya terlerai satu ikatan lagi dan sekiranya ia solat nescaya terlerailah semua ikatan. Maka ia bangun waktu pagi dalam keadaan rajin cergas serta baik hatinya. Jika ia tidak (melakukan begitu), nescaya ia bangun pagi dalam keadaan buruk jiwanya sambil rasa malas”.

Rasanya terlalu lama saya tidak menulis entri baru dalam blog saya. Hampir dua bulan saya tidak menulis sebarang entri baru. Sesungguhnya bila penyakit kemalasan menyerang diri, hati dan kudrat terasa berat untuk melakukan sesuatu. Pada hal saban hari saya duduk depan komputer tetapi penyakit kemalasan memaksa saya mengalah untuk tidak menulis di dalam blog.

Mujurlah dalam hal lain saya masih bisa melawan hasutan nafsu dan syaitan laknatullah. Sebenar Islam memandang berat soal malas ini. Malas bukan sahaja merugikan diri kita malah ia boleh merebak menjadi masalah ummah. Bila penyakit malas menyerang, kita menjadi lemah, tidak bermaya, tidak peduli apa yang berlaku, yang pasti kita duduk, duduk dan duduk tanpa rasa nak melakukan sesuatu pekerjaan. Sesuai dengan sebutan malas dalam bahasa Arab disebut dengan al-kaslu yang bermakna berat untuk mengerjakan sesuatu dan berhenti dari menyempurnakan sesuatu.

Pada bulan Syawal yang mulia ini, saya berazam untuk mengikis perasaan malas yang sering menghantui saya. Berterusan menulis dan bertazkirah m,enerusi blog biarpun jumlah entri yang dipostkan sedikit. Inilah ujian Allah yang perlu saya tempuhi. Istiqammah dalam perjuangan memartabatkan Islam menerusi penulisan (itu yang termampu buat ketika ini) adalah perlu. Terdapat beberapa perkara yang boleh kita lakukan untuk mengatasi penyakit kemalasan. Insyallah akan saya cuba praktikkan.

Antaranya ialah :
1. Menghargai waktu
Waktu adalah nikmat yang besar, ladang untuk menuai kebaikan. Mengisi setiap detik waktu dengan melakukan sesuatu yang berfaedah.
Imam Hasan al-Bashri rahimahullah pernah menasihati mengenai perlu menghargai waktu, berkata beliau, “Tidaklah berlalu sebuah hari bagi seorang anak Adam kecuali hari itu akan berkata kepadanya, ‘Hai anak Adam, aku adalah harimu yang baru, dan apa yang engkau kerjakan untukku akan menjadi saksi. Apabila aku telah pergi, aku tak akan kembali lagi, kerjakanlah sesukamu dengan segera dan engkau akan menjumpainya di hadapanmu, dan akhirkanlah sesukamu maka dia tidak akan kembali kepadamu.’”[16]

2. Bergaul dengan rakan-rakan yang baik
Rakan memainkan peranana yang penting. Rakan juga sedikit sebanyak mencorak kehidupan diri.

3. Membaca dan mencari ilmu

4. Istiqamah dalam setiap apa pekerjaan baik
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Amalan yang paling dicintai Allah Ta’ala adalah yang dikerjakan terus-menerus meskipun sedikit.”[18]

5. Isi dengan kegiatan bermanfaat
Bila rasa malas menghampiri maka bersegeralah untuk menepisnya dengan mengerjakan kegiatan yang bermanfaat.

Antara doa yang diajar oleh baginda s.a.w ialah :
“Ya Allah, aku berlindung denganMu dari penyakit tua dan kesedihan, dari lemah dan malas, dari bakhil dan penakut, dan kalah dengan hutang dan kekuatan lelaki”. [al-Bukhari]
Read more...

Sunday, May 6, 2012

Tandas Kita Vs Tandas Rumah Allah

Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

Firman Allah yang bermaksud : Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri”. (Al-Baqarah: 222)

Dari Abu Malik Al-Asya’ari RA katanya : Rasulullah SAW bersabda “Bersuci membersihkan diri (zahir dan batin) adalah setengah daripada iman..”


Semasa dalam perjalanan ke Melaka, saya tidak mengambil Lebuhraya Utara Selatan, kerana hari masih siang. Lagipun pada waktu bukan musim cuti sekolah, Jalan persekutuan tidaklah sesibuk mana. Seperkara lagi, memandu sambil melihat kampong, deretan kedai dan pecan kecil dan sesekali melintasi hutan menyebabkan saya rasa kurang mengantuk berbanding jalan lurus di lebuh raya .Saya melihat jam tangan saya, sudah hampir jam 2.00 petang. Mata saya mula melihat papan tanda masjid berhampiran untuk menunaikan solat zohor dijamakkan dengan Asar bagi memudahkan perjalanan saya. Inilah kemudahan yang Allah bagi pada orang musafir, menghimpun dan memendekkan waktu sembahyang.

Akhirnya saya berjumpa sebuah masjid berhampiran dengan jalan besar Persekutuan sebelum memasuki sempadan Melaka. Sebenarnya sepanjang perjalanan tadi, tak saya ketemui papan tanda menunjukkan arah masjid tersebut. Atau mungkin saya terlepas pandang. Ia sebuah masjid yang agak lama bila melihat daripada struktur bangunannya. Semasa memasuki perkarangan masjid, saya melihat beberapa Jemaah sudah selesai menunaikan solah zohor. Saya terus mencari bilik air masjid bagi membersihkan diri.Sebaik melangkah memasuki bilik air masjid tersebut, saya terkejut. Bilik airnya begitu bersih sekali, mengalahkan bilik-bilik air di kompleks membeli belah. Kalau memandang pada struktur masjid yang uzur tentu saya tidak menjangka bilik airnya begitu bersih sekali. Malangnya saya lupa mencatat nama masjid dan kawasan tersebut. Ternyata masjid tersebut, tidak seperti kebanyakkan masjid dan surau yang kita semua sudah maklum, tandasnya….Masayallah Tabarakalllah, kotor, tidak diurus dengan baik, berbau, memualkan, malah ada yang sampai tahap menjijikkan. Inikah cara kita menjaga rumah Allah?Sedangkan Islam menganjur umatnya menjaga kebersihan kerana kebersihan itu merupakan sebahagian daripada cabang-cabang iman.

Dalam majlis ilmu juga tok-tok guru dan para ustaz menegaskan perlunya menjaga kebersihan bukan sahaja kebersihan dalaman tapi luaran juga. Apa gunanya kalau masjid dipenuhi Jemaah tapi hal kebersihan tidak diambil kisah. Apa peranan AJK masjid kalau hal-hal kebajikan sebegini tidak diambil berat? Kalau tak mampu menjaga kebersihan masjid, swastakan sahaja hal kebersihan ini. Apa guna duit tabung masjid puluhan ribu ringgit kalau tak dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Dahlah kuliah pengajianpun jarang-jarang ada. Duit tabung tu amanah orang ramai, bukan duit atau harta kita!

Sabda Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”

Sebenarnya menjaga kebersihan rumah Allah menjadi tanggungjawab semua, baik jemaah mahupun AJK. Kalau dah guna, pandai-pandailah menjaganya. Tapi kadangkala nak jaga macam mana, kalau lepas guna, bila nak flush, bukan sahaja tali flush, dengan mangkuk flush pun tak ada! Inilah hakikatnya, kita selalu tuduh orang itu tak betul, orang ini tak baik tapi sebenarnya kita perlu betulkan diri kita terlebih dahulu sebelum menuding kepada orang lain. Kalau tandas rumah Allahpun tak boleh jaga, macamana nak jaga agama Allah. Sebab tulah hari ni orang bukan Islam mengambil kesempatan di atas kelalaian dan kekalutan kita yang bertengkar sesama sendiri.

Saya tinggalkan entri saya ini dengan satu persoalan: Kalau tandas rumah kita kebersihannya kita jaga begitu sekali, rumah Allah bagaimana?

Sabda Rasulullah SAW daripada Ibn Mas’ud: “Sesungguhnya Allah itu cantik (indah) dan bersih. Dia amat mencintai kepada perkara yang cantik (indah) dan bersih.”
Read more...

Monday, March 19, 2012

Nasib Masyarakat Orang Asli : Terbiar Selepas DiIslamkan


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

Firman Allah: "Inilah kitab yang kami turunkan kepadamu untuk mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada terang-benderang dengan izin Tuhan mereka kepada jalan yang perkasa, lagi terpuji." (Surah Ibrahim: 1)

"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk” (Al- Baqarah :159)

Membaca sisipan Utusan Malaysia Sabtu 10 Mac 2012 mengenai nasib masyarakat Orang Asli membuat hati saya terpanggil untuk menulis di ruangan ini. Kisah tragis nasib masyarakat Orang Asli selepas diislamkan bukan merupakan episod baru. Masalah ini telah melanda masyarakat Orang Asli sejak puluhan tahun. Walaupun bukan semua, tetapi sebahagian besar mereka diislamkan tapi kemudiannya dibiarkan terkial-kial dengan agama baru mereka.

Pihak-pihak yang bertanggungjawab ada yang lepas tangan, kalau datang melawatpun , bilangannya boleh dikira dengan jari. Ini bukan tuduhan tetapi hakikat. Saya pernah beberapa kali masuk dan tinggal di kawasan masyarakat Orang Asli sekitar Perak dan Pahang , melalui perbualan dan tinjauan mengenai sejauhmana orang-Orang Asli yang diislamkan diberi bimbingan telah mendengar rintihan dan keluhan yang sama . Orang-Orang Asli diislamkan tetapi selepas itu pihak-pihak tertentu yang diamanahkan tidak menjalankan tanggungjawab. Guru-guru yang mengajar di kawasan masyarakat Orang Asli lebih mengetahui mengenai masalah ini.

Pihak kerajaan telah membina pelbagai kemudahan termasuk surau, malah ada kawasan yang mempunyai rumah untuk pegawai- pegawai agama tinggal bagi memudahkan mereka membimbing masyarakat Orang Asli. Malangnya surau-surau dibiarkan sepi, dipenuhi unggas dan serangga, rumah-rumah pegawai terbiar kosong. Misalnya, Perkampungan Orang Asli di Kg Terisu , Cameron Highland, surau dan rumah-rumah pegawai agama terbiar tanpa penghuni. Orang-Orang Asli yang diislamkan terbiar tanpa bimbingan. Mujurlah guru-guru di Sekolah Kebangsaan Terisu begitu prihatin dan sentiasa membimbing murid-murid Orang Asli yang beragama Islam. Ini kita baru sentuh mengenai sebuah kampung Orang Asli yang berhampiran bandar, belum lagi yang tersorok nun jauh di pendalaman.

Cuba lihat bagaimana orang bukan Islam berdakwah. Mereka sanggup datang setiap minggu secara berkumpulan. Ada yang sanggup berjalan kaki meredah hutan antara sejam hingga dua jam demi menyebarkan agama mereka . Dan mereka datang secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Malangnya, kita dibayar gaji tapi masih gagal menunaikan amanah yang dipertanggungjawabkan. Ini bukan omongan kosong tapi realiti yang mengajak semua pihak terutama Majlis agama, Jabatan AgamaIslam negeri , JAPIM dan yang pihak yang berkaitan untuk membuka mata hati. Ini merupakan persoalan aqidah dan maruah agama Islam.

Fikirkan apakah mekanisma yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Kita tidak mahu mendengar lagi kes-kes mengislamkan Orang Asli beramai-ramai kemudian lepas tangan. Hari ini, kita mempunyai ramai anak-anak muda yang menuntut dalam jurusan agama samada di luar ataupun di dalam negara. Mereka memerlukan pekerjaan. Mengapa kita tidak menawarkan pekerjaan kepada mereka sebagai pegawai dakwah yang tinggal di Perkampungan Orang Asli sepenuh masa. Kalau boleh, jangan dibiarkan seorang pendakwah saja yang bertugas. Biarlah dia berteman, dua orang sekali bertugas. Adakan sistem giliran seperti para pekerja di pelantar minyak. Seleps dua minggu mereka boleh keluar dari perkampungan Orang Asli dan dua orang pendakwah lain pula yang akan menggantikan mereka. Mereka samada diberi cuti ataupun menjalankan tugas dipejabat agama berhampiran. Barulah masyarakat Orang Asli boleh dibimbing sepenuhnya.

Ini cuma cadangan saya, mungkin ada pihak lain yang mempunyai cadangan yang lebih baik dan membina. Yang penting, kita tidak mahu ada pihak lainmengambil kesempatan di atas kelemahan kita dalam menjalankan kerja dakwah. Jangan salahkan masyarakat Orang Asli atau pihak pendakwah agama lain jika agama Islam disisihkan. Salahnya ada dalam diri kita. Yang penting kita mampu menerima teguran dengan hati terbuka.
(Disiarkan dalam Utusan Malaysia : 12 Mac 2012)
Read more...

Monday, March 12, 2012

Al Fatihah buat Kak Min


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya
"Dialah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)”. [Al Mulk : 2].

Petang Khamis itu tanggal 8 Mac 2012, dalam perjalanan pulang dari tempat kerja aku menerima panggilan telefon. Sempat aku mengerling jam bersebelahan meter kereta, pukul 5.20 petang. Aku menjawab panggilan telefon.

“Waalaikum salam,” aku menjawab salam.

“Kak Min dah tiada......” suara sebak memberitahu aku.

“Betulkah....bila...”, tanya aku ingin kepastian. Namun talian terputus.

“Qaloo Inna lillahi wa inna ilayhi raji'oon....itulah kata-kata awal yang terlafaz darimulut aku bila menerima berita sedih ini. Namun itulah hakikatnya, setiap yang hidup pasti merasai mati. Sahabat dan orang yang saya panggil Kak Min telah pergi meninggalkan dunia yang fana ini buat selama-lamanya.

Dr Yasmin Osman atau lebih mesra dipanggil Kak Min di kalangan kami merupakan individu yang mudah mesra. Bila menghadiri mesyuarat atau seminar, Kak Min sering membawa suami dan anak-anak tercinta. Ini menjadikan aku dan beberapa orang sahabat aku bukan sekadar mengenali beliau malah rapat dengan ahli keluarganya.
Sepanjang mengenali beliau aku tidak pernah melihat beliau marah atau bersikap kasar dengan sesiapa sahaja. Masyaallah....tabarakallah, inilah sifat yang ada pada diri Kak Min yang aku kagumi. Pernah beberapa kali aku gagal membantu atau membatalkan program yang dikendalikan bersamanya di saat-saat akhir, namun tidak pernah terlihat kelibat marah di wajahnya. Apa yang selalu muncul dari mulutnya hanyalah.....”tak pa.......alright...insyallah lain kali..nanti Kak Min cari orang lain ganti......”

Semasa terlantar di hospital, kesibukkan menyebabkan aku hanya sempat menjengahnya tiga kali sahaja. Kini Kak Min yang aku kenal mudah sahaja ketawa bila ada yang melucukan sudah dijemput oleh Allah selama-lamanya. Kepada ahli keluarga Kak Min terutama suaminya, abang Mizi berbanyaklah bersabar menghadapi ketentuan Allah.
Inilah hakikat hidup, kematian adalah pasti. Samada suka atau tidak, bersedia atau belum, muda atau tua....yang pastinya semua akan menemui mati. Bersamalah kita memohon kepada Allah agar kita mengakhiri kehidupan ini dengan pengakhiran yang baik. Ini kerana Kematian boleh menjemput kita bila-bila masa sahaja.

Teringat saya mengenai persoalan Imam Ghazali kepada anak muridnya.

Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran: 185 )

Semoga Allah Ta’ala mencucuri rahmat ke atas roh Kak Min. Al fatihah.
Read more...

Friday, March 2, 2012

Program Munajat Olimpik 2012 : Jangan Biarkan Kepala otak Bercelaru



Dengan nama Allah dan segala pujian bagi-Nya. Selamat dan kesejahteraan buat Baginda Rasulullah dan juga para sahabat Rasulullah dan pengikutnya

Rasulullah SAW. Sabda baginda SAW (yang bermaksud):
“Barangsiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya. Jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya (mulutnya). Jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya (iaitu membenci kemungkaran yang berlaku) dan itulah selemah-lemah iman” (Hadis riwayat Muslim).


Firman Allah yang bermaksud :
"Orang-orang Yahudi dari Bani Israel telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu bersikap menceroboh (hak-hak Allah). Mereka sentiasa tidak melarang (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka kepada Allah) yang dilakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan". (Al Maidah:78-79).


Semasa memandu dalam perjalanan pulang, saya terdengar satu berita ringkas :Satu program “Munajat Olimpik 2012″ akan diadakan di 10 buah masjid terpilih di seluruh negara bulan depan bagi memohon kejayaan buat skuad negara meraih pingat emas Olimpik pertama. Antara percaya dengan tidak, betulkah apa yang saya dengar nie. Tak ada benda lain ka yang MSN (Majlis Sukan Negara) nak fikir dan buat.

Jangan campur adukkan soal ibadah dengan perkara-perkara mungkar. Sukan itu tidak haram, kerana Islam juga menggalakkan umatnya beriadah. Tapi yang mungkar dan haramnya ialah bila acara sukan disertai oleh golongan lelaki dan wanita yang pergaulan tiada batasnya. Bukan sahaja dari segi hubungan, malahan yang lebih dahsyat ialah dari segi pakaian yang dikenakan oleh para peserta, apatah lagi dalam sukan berprestij seperti sukan olimpik.

Yang peserta wanita terutama acara olahraga, pakaiannya, masyallah seperti separuh bogel. Nak kata seluar pendek pun bukan, nak kata seluar dalam pun bukan. Bila adanya unsur-unsur ini apakah perlu kita masih mengatakan ia halal. Apatahlagi kita atur pula program untuk bermunajat kepada Allah semata-mata untuk kejayaan emas dalam sukan yang sudah sedia maklum, penuh dengan kemungkaran dan maksiat ini?. Kalau tak tahu, tanya kepada mereka yang berilmu. Jangan main sedap hati dan perasaan. Jangan main-main soal ibadah.

“Patutkah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejek?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman.
[al-Taubah :65-66]


Sudahlah umat Islam dinegara ini bercelaru kerana didatangi dengan pelbagai masalah keruntuhan aqidah, akhlak dan isu moral. Kini pihak MSN cuba menganjurkan program yang bodoh dan bebal ini. Kenapa tak diadakan program bermunajat untuk satukan hati umat-umat Islam di Malaysia yang kini dok bertelagah sesama sendiri. Kanapa MSN tak adakan program bermunajat menghadapi kejatuhan moral muda mudi Islam. Itu yang sepatutnya dan yang terbaikk. Adakan program gerak gempur dan munajat bukan saja kat sepuluh masjid malah di semua masjid untuk satukan semula umat-umat Islam dan memohon pertolongan Allah menangani masalah sosial di negara ini . Bukan anjur program yang bercelaru dan tak masuk akal sebegini.

Kepada alim ulama , bijak pandai dan tok mufti (juga bekas tok mufti), program ini perlu disekat. Nasihat dan teguran perlu diberi oleh mereka yang berilmu ini untuk memastikan program ini tidak dilaksanakan. Kita tak mahu otak umat Islam terus bercelaru. Jangan duduk diam macam tongkoi. Angguk-angguk, iya-iya dan geleng-geleng sahaja. Tegur walaupun ianya pahit. Ingat! Kita akan dipersoalkan di mahkamah Allah nanti tentang apa peranan kita bila timbul sesuatu yang boleh merosakkan agama dan ummah.

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan kepada manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada yang mungkar, dan beriman kepada Allah…” (Ali-Imran :110)

Sabda rasulullah S.A.W “Demi jiwaku yang berada di dalam genggamanNya, hendaklah kamu menyuruh kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran. Atau jika tidak, Allah akan menurunkan azab ke atas kamu semua, kemudian kamu berdoa kepadaNya, maka doa kamu tidak dikabulkan.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

Semoga Allah terus memberi kekuatan iman dan Islam kepada kita. Amin
Read more...

Saturday, February 4, 2012

Muhammad Ya Rasulullah : Menelusuri Perjuangan Baginda


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

"Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). " (al-Ahzab: 21)

Setiapkali menjelang 12 Rabiulawwal, seluruh umat Islam pasti akan mengingati detik kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Maka banyaklah surau dan mesjid mengadakan majlis sambutan Maulidur Rasul. Selain majlis perarakan dan tahlil, majlis diskusi ilmu membaca kitab-kitab sirah seperti Syamail Muhamadiah juga merupakan antara agenda utama ke arah menelusuri peribadi unggul Rasulullah sebagai Qudwah Hassannah.

Persoalannya, adakah kita mengenang semangat juang Rasulullah sekadar bermusim, adat atau retorik semata-mata. Selepas penat melaung selawat dengan bersemangat, dua tiga hari kemudian semangat mula pudar. Peribadi dan amalan Rasulullah mula kian ditinggalkan. Kita mula buat perangai lama. Menghentam sesama Islam tapi tergamak dan sanggup berpeluk sakan dengan bukan Islam. (tak salah berbaik dengan bukan Islam, tapi mengapa mengharap simpati mereka sedangkan hubungan sesama saudara kita dibiarkan berantakan). Adakalanya, kita semua bagus dan betul. Orang yang tak setuju dengan dasar kita semua tak betul.

Rasulullah mengajar kita mencintai saudara sesama seIslam tapi hari ini kita berbalah sesama sendiri seperti tiada kesudahannya. Kita sanggup menghina , memaki hamun, mengaibkan saudara seIslam kita di pentas-pentas ceramah dan pentas politik, di dada-dada akhbar, majalah dan dalam media baru tanpa ada sedikitpun rasa kecintaan kita pada saudara kita. Di mana pergi dan hilangnya semangat ukhwah yang diajar oleh Rasulullah S.A.W.

Dari Abu Hamzah, Anas bin Malik r.a, khadam kepada Rasulullah SAW, bersabda Nabi SAW : Tiada beriman sesaorang kamu, sehinggalah ia mencintai bagi saudaranya sama seperti ia menyintai bagi dirinya sendiri.

Semoga sambutan Maulidur Rasul kali ini kita sambut dengan semangat kecintaan sebenar kepada Rasulullah. Bersatulah atas nama Islam. Semoga Allah memberi kita kekuatan dalam memperjuangkan agama Allah.

Firman Allah yang bermaksud: “Hai, manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha mengenal.” (Surah Al Hujuraat: 13)"

Read more...

Tuesday, January 24, 2012

Himpunan Sejuta Umat Pulau Pinang : Selamatkan Aqidah


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

“Wahai orang-orang yang beriman! Sebarkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual-beli padanya, dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Al - Baqarah : 254)

Atas dasar cintakan ALLAH dan kasihkan Rasulullah S.A.W kita perlu memberi sokongan kepada niat murni HIMPUN. Kalau tak dapat pergi, sekurang-kurangnya kita menyokong dengan mewar-warkan kepada rakan-rakan dan masyarakat. Ini merupakan program ke arah perpaduan ummah. Di saat umat Islam hamper rebah dek berpecah belah, inilah masanya kita bertaut semula.

Usah difikir tentang politik. Berlapang dadalah dan tanggalkan segala fahaman politik kita. Ayuh kita satukan hati-hati kita , rapatkan semula saf-saf yang lompong demi mengembalikan semula kegemilangan Islam. Bila dah ramai, insyallah kita akan merasa bagaimana ruh Islam meresap masuk ke dalam setiap rongga-rongga tubuh kita.

"Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (ugama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. “ (Al-‘Imran : 103)


Kalau hal-hal duniawi seperti 901, Bersih dan sebagainya kita boleh berpanas berhujan bermati-matian mengapa untuk agama ALLAH kita tak boleh. Kita punya akal dikurniakan ALLAH untuk berfikir yang mana lebih baik dan mulia. Berjuang kerana menegakkan syiar Islam atau berjuang dan menjadi hamba manusia. Kalau dulu kita boleh berguling depan istana kerana mempertahankan hak kita di atas dunia, tidak ada sebab mengapa kita tidak menyokong usaha murni pihak yang sayang dan ingin melihat aqidah umat Islam diselamatkan.

Kepada anak-anak muda dan para mahasiswa yang asyik berdemo. Kalau dulu berteriak, bertempik dan berguling tidur atas jalan kononnya atas nama hak kebebasan, inilah masanya anda nak tunjukkan kecintaan sebenar anda kepada ALLAH dan Rasul. Kalau dulu, menjerit, baring atas jalan, panjat pagar dan tiang jika mati belum tentu mendapat rahmat dan redha ALLAH. Tapi untuk program ini, jika kita sokong dengan ikhlas demi ALLAH Ta’ala, kalau mati dalam perjalananpun. Insyaallah ALLAH akan memberi ganjarannya.

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” (Al-‘Imran : 104)

JADUAL ADALAH SEPERTI BERIKUT :

Read more...

Sunday, January 15, 2012

Ke Arah Mana Perjuangan Kita?


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.” (An-Nisaa:105)

Mewarnai langkah awal ke tahun 2012 dengan beberapa peristiwa yang membimbangkan. Pertelingkahan ummah di negara kita seolah tiada penyelesaiannya. Masing-masing ingin menegakkan kebenaran walaupun ada kalanya pada hakikatnya, kebenaran tidak berpihak kepada kita.
Daripada Abi Zar Al-Ghiffari radhiallahu`anhu katanya:

Kadangkala bila difikirkan, kita sebenarnya jarang melihat diri kita sendiri di dalam cermin. Walaupun saban kali kita bercermin bila waktu hendak berhias tapi hakikatnya kita jarang melihat cerminan hidup kita yang sebenar. Sebab itulah kita asyik melihat, mencari dan menunjuk kesalahan orang lain tapi sebaliknya kita jarang melihat kesalahan yang ada pada diri kita. Kalau terlihatpun, kita seolah-olah enggan menerima hakikat kelemahan itu. Hebat sangatkah kita?
Kita sering marah dan memperbodohkan puak-puak Arab yang bertelagah di Timur tengah. Mengkeji puak sunnah dan syiah yang bertelingkah dan berbunuhan sesama bangsa sendiri.

Pernahkah kita melihat situasi itu sebenarnya juga berlaku di negara kita. Yang lebih teruk dan membimbangkan, kita di sini bertelingkah bukan atas kefahaman perbezaan mazhab tapi kita di sini bertelegah dan memusuhi sesama mazhab. Orang Melayu (yang sudah semestinya beragama Islam) berpecah dan bercakaran antara satu sama lain. Membimbangkan : Perbezaan kefahaman dan ketaksuban parti ini bakal menjadi api benci yang bisa membakar seluruh ummah Islam di negara ini. Akhirnya kedua-dua pihak yang bermusuhan menanggung rugi. Menang sorak tapi negeri dan negaranya tergadai….yang untungnya SIAPA? Hebat sangatkah kita?

Bila ada pihak yang bercakap hakikat kebenaran, tetapi tidak memihak kepada kita, maka kita berasa tergugat. Sukar untuk kita menerima kenyataan apatah lagi sesuatu yang bisa merugikan di pihak kita. Sedangkan Rasullullah banyak mengajar kita. Daripada Abi Zar Al-Ghiffari radhiallahu`anhu katanya yang Rasulullah S.A.W telah berpesan kepadanya dengan Tujuh Perkara. Salah satu daripanya ialah bercakap benar walaupun sesuatu itu pahit.

Firman ALLAH yang bermaksud: “Atau kerana mereka mengatakan: Dia kena penyakit gila? (Sebenarnya bukan kerana sesuatu pun dari yang tersebut itu) bahkan kerana Rasul mereka datang kepada mereka membawa agama yang tetap benar dan tabiat kebanyakan mereka tidak suka kepada sebarang kebenaran.” (Al-Mu’minun :70)

Warnailah tahun Hijrah 1433 dan 2012 dengan membina semula kekuatan ummah. Bersatulah atas panji-panji Islam. Jadikan Al Quran dan As Sunnah sebagi pegagangan kehidupan. Berjuanglah kerana Islam. Bermati-matian kerana menegakkan agama Allah. Kepada anak-anak muda jangan diikut jiwa muda anda. Allah memberi akal untuk kita berfikir. Menuntut ilmu itu wajib dan perlu. Buktikan kepada bukan Islam yang anak-anak muda Islam hebat ilmunya bukan sahaja ilmu Ukhrawi tapi juga ilmu duniawi.

Usah mempergadaikan maruah dan perjuangan kepada yang lain KECUALI atas landasan perjuangan Islam. Tak perlu berdemo dan berguling atas jalan atas perkara-perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal dan salah atau benarnya. Apatah lagi ia hanya membabitkan perjuangan untuk sesuatu pihak sahaja buka kerana agama. Bergulinglah dan bersuaralah bila ada pihak-pihak menghina agama Islam. Barulah anda disanjung sebagai pejuang agama ALLAH. Yang penting jangan menjadi hamba kepada makhluk jadilah hamba ALLAH. Jangan menjual agama dan aqidah kita hanya kerana untuk mendapat habuan dunia yang sedikit!

Ke arah mana perjuangan kita, hanya kita yang mampu menentukannya (dengan izin ALLAH). Terimalah kebenaran dengan hati yang terbuka kerana sebenarnya kita tidaklah sehebat mana. Kita hanyalah makhluk ALLAH, insan kerdil yang penuh dosa dan maksiat.

Firman Allah , maksudnya: "Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat – benar (dalam segala perkara). Supaya Ia memberi taufik dengan menjayakan amal-amal kamu, dan mengampunkan dosa-dosa kamu". (Al-Ahzab : 70-71)
Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company