Friday, August 9, 2013

Lee Kuan Yew Yang Biadap : Islam Ortodok di Malaysia?


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

.Tulisan   LKY  dalam  “One Man’s View of the World”  yang dilancarkan selesa lepas ternyata berniat jahat dan semakin menyerlah persepsi buruknya terhadap Islam.  Biarpun itu merupakan kenyataan peribadi beliau, namun mencampuri urusan agama orang lain apatah lagi menyentuh mengenai agama rasmi negara jiran adalah sesuatu perbuatan yang biadap.  Menilai Islam dari kaca mata pandangan semata-mata tanpa ilmu menyerlahkan lagi kebodohan manusia bernama LKY yang semakin hari meniti hari-hari kematian.

Memang orang Islam di Tanah Melayu ketika awal merdeka hidup dalam kejahilan.  Bukan sekadar pihak pemimpin sahaja yang meraikan tetamu kehormat dengan majlis minum dan tari menari, malah kalau siapa yang pernah bertugas dalam angkatan tentera, majlis seperti ini adalah suatu kebiasaan bagi para pegawai atasan.  Malah di sekolah juga adakalanya diadakan majlis seperti ini.  Pada masa itu orang Islam begitu cetek ilmu dan begitu longgar amalannya. 

Alahamdulillah, kini masyarakat Islam di Malaysia menjadi lebih baik dari semalam.  Majlis-majlis seperti ini sudah tiada lagi. Masyarakat Islam di Malaysia kebanyakkan sudah mempunyai pegangan aqidah dan ilmu agama yang baik.  Majlis-majlis ilmu bertebaran di merata surau dan masjid.  Kesedaran tentang Islam ini sebenarnya menyedarkan masyarakat Islam di negara ini untuk terus maju dalam bidang-bidang yang lain sperti ekonomi, pendidikan , perubatan dan sebagainya.  Kalau dahulu nak cari doktor islam dalam sesebuah hospital, boleh dikira dengan jari.  Kini suasana berubah dan alahamdulillah masyarakat Islam sedar akan tuntutan fardhu kifayah.

Apa yang sebenar LKY mahu?  Mahu melihat masyarakat Islam berpatah balik dan terus menjadi lemah.  Inilah yang dimahukan oleh musuh-musuh Islam.  Kerana kelemahan orang Melayu ketika itu, membolehkan LKY memainkan sandiwara dan akhirnya dapat memperolehi Singapura!  Berbaik-baik dan bermuka-muka dengan masyarakat Melayu semata-mata untuk mendapat sokongan dan demi kepentingan politik. LKY juga bertindak menghalang kemasukkan semua akhbar yang lantang memperjuang hak orang Melayu.  Inilah juga skrip yang sama yang cuba dimainkan semula oleh puak DAP. Mengambil kesempatan di atas kelemahan orang Melayu.  Anda boleh membaca mengenai isi hati penduduk Singapura dalam http://www.al-azharrisiddiq.com/2009/09/surat-dari-singapura-siri-1.html atau http://www.al-azharrisiddiq.com/2011/01/surat-dari-singapura.html .

LKY dan pemimpin Singapura berani bercakap kerana kita tahu siapa yang sentiasa menyokong dan berdiri di belakangnya.  Sepatutnya LKY memuhasabah diri yang sudah menjangkau usia lewat malam.  Singapura yang hebat (kononnya) itu sebenarnya tidak lebih dari sebuah bom jangka yang menunggu masa untuk meletus.  Rakyat sudah muak dengan sistem PAP yang mencengkam penduduknya.


 Yang jelas, kita mahu LKY menghentikan segala komentar  mengarut beliau tentang Islam terutama Islam di Malaysia kerana beliau sebenarnya bercakap tentang perkara yang beliau sendiri tidak pernah kenal langsung tentang Islam walaupun sudah memasuki umur angka 90.  Anda boleh komen tentang pentadbiran ,  politik dan segalanya  tapi bukannya  menghina corak kehidupan masyarakat Islam.  

Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company