Tuesday, July 19, 2011

Si Karpal Laknatullah Yang Bebal


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda
Dari Abu Sa’id Al Khudry -radhiyallahu ‘anhu- berkata, saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alahi wa sallam bersabda, “Barang siapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah (mengingkari) dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan yang paling lemah.” (HR. Muslim no. 49)

“Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir, dan berjuanglah dengan hujjah-hujjah Al-Quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh.” (Al-Furqan :52)


Niat murni dan kesungguhan Kerajaan Kedah di bawah YB Menteri Besar Ustaz Azizan untuk menutup premis hiburan (kelab malam) pada bulan Ramadhan perlu disokong oleh semua umat Islam. Ini kerana MB sedar pengunjung kelab-kelab mal;am ini bukan sahaja di kalangan bukan Islam, tapi pengunjung Islam juga boleh dikatakan sama banyak bilangannya. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat.

Malangnya hasrat MB ini telah disanggah oleh si kafir laknatullah Karpal Singh. Ini bukannya kali pertama si benggali kafir menyatakan bantahan keras terhadap apa jua perundangan Islam yang hendak dilaksanakan. Karpal laknatullah ini pernah beberapa kali memberi amaran agar melangkah mayatnya terlebih dahulu jika ada pihak yang hendak melaksanakan undang-undang Islam, apatah lagi jika ingin menubuhkan Negara Islam.

Jika si Karpal tu belum akil baligh lagi tentu bolehlah kita memaafkan keceluparan mulutnya. Tapi ini dah berpuluh tahun hidup di Malaysia, bergaul dengan rakan-rakan di kalangan orang Islam , maka tidak ada sebab untuk dia bersikap biadap dan kurang ajar bila memperkatakan sesuatu tentang Islam. Sepatutnya dia menjaga mulutnya apabila ingin mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai Islam. Allah Ta’ala telah memberi ujian kepadanya dengan menarik nikmat berjalan, apakah si Karpal laknatullah masih belum mahu insaf.

Inilah hakikat kehidupan. Bukan semua manusia berilmu itu dapat menilai sesuatu kebaikan dengan ilmunya. Apatah lagi apabila Allah Ta’ala menutup pintu hatinya daripada melihat kebenaran. Karpal bukan tak tahu tentang Islam, apatah lagi beliau seorang peguam. Tapi kedegilan dan kebiadaban beliau yang berpegang kononnya atas nama prinsip perjuangan, menyebabkan beliau bertindak demikian.

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil”. (al-Mumtahanah : 8)

Ternyata umat Islam di Malaysia begitu baik dan patuh kepada ajaran Islam (Cuma dalam menjaga hubungan kaum saja la). Berulangkali orang bukan Islam memperlekeh dan mempersendakan agama Islam, tapi kerana kebaikan dan ketulusan hati , maka kita akan mendapati jawapan yang klise “ biarlah, mereka masih tidak faham tentang Islam!”. Sampai bila mereka nak faham. Golongan-golongan penentang tegar Islam ini boleh kita golongkan dalam klasifikasi kafir yang mana? Adakah Kafir harbi (wajib ditentang) kerana terang-terangan menentang Islam atau Kafir ‘ahdi ( ada perjanjian) samada kafir zimmi, mu’ahid, musta’man di mana darah dan harta mereka diharamkan daripada diceroboh.

Sebab itulah, Allah mentakdirkan Rasulullah mempunyai empat orang sahabat yang membantu baginda memperkembangkan syiar Islam(disamping sahabat-sahabat yang lain). Saiddina Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ternyata mempunyai peribadi yang berbeza semasa membantu Rasulullah. Abu Bakar terkenal kerana lembut hatinya berbanding dengan Saidinna Umar yang ternyata kasar, garang dan bertindak tegas kepada musuh-musuh Islam. Jadi ada imbangannya dalam memperkembangkan syiar Islam.

Malangnya kita di sini lembut hatinya kadangkala tidak bertempat. Sanggupkah lagi kita melihat orang terus memperkotak-katikkan kesucian Islam. Tepuklah dada dan tanyalah iman. Takbir…dan Salawat ke atas junjungan mulia Rasulullah S.A.W.
Read more...

Monday, July 18, 2011

Al Fatihah Dr Lo’lo’ : Allah lebih Menyayangi


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (Al-i-‘Imran :185)

Pada siang hari Ahad 17 Julai 2011, saya mendapat berita dan sms yang menyatakan bahawa salah seorang pemimpin kanan PAS iaitu Dr Lo’lo’ telah meninggal dunia. Untuk kesahihan berita saya melayari beberapa blog, facebook dan twitter, ternyata berita itu dinafikan oleh ahli keluarga beliau.

Namun kehendak Allah tiada siapa yang bisa menghalang, qada dan qadar menentukan akhirnya berita angin pada siang hari menjadi kenyataan pada lewat malam hari. Dr Lo’lo’ yang terkenal dengan semangat kental dalam merealisasikan perjuangan PAS telah kembali ke Rahmatullah.Ahli parlimen Titiwangsa tersebut , Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 pada17 Julai 2011

Menurut berita yang diterima, perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof.



Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah. Dr Lo’lo’ yang dilahirkan di Perak pada tranggal 2 Ogos 1957 telah kembali kerahmatullah ketika usia 53 tahun. Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan. (Al-Anbiyaa’:35)

Al Fatihah... Semoga roh Allahyarhamah di tempatkan bersama roh-roh orang yang beriman.
Read more...

Saturday, July 16, 2011

Tiga Jenis Tertawa dan Tiga JenisTidur Dimurkai Allah


Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam Allah bagi Penghulu kita, Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta para sahabat baginda

Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Al-Baqarah :195)


Semua manusia yang cinta agama ingin melakukan apa jua pekerjaan menuju keredaan Allah. Namun adakalanya dalam kita melakukan sesuatu perkara , kita telah melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah .

Seorang ahli fiqh yang terkenal iaitu Abullaits Assamarqandi atau nama sebenar Nasher bin Muhammad Assamarqandi telah memberi nasihat mengenai tiga jenis tidur dan tiga jenis ketawa yang dimurkai oleh Allah. Kedua-dua perbuatan ini sememangnya sering terjadi dalam kehidupan kita samada kita sedari ataupun tidak.

Tiga Jenis Tidur di murkai Allah
1. Tidur di dalam majlis zikir .
2. Tidur sesudah solat subuh
Rasulullah S.a.w pernah bersabda akan kelebihan selepas subuh, yang maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath). Allah Ta’ala telah berfirman, yang maksudnya,” Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).” (Al-Jumu’ah :10) . Kita lihat bagaimana orang bukan Islam memanfaatkan pagi-pagi dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah seperti memulakan apa jua pekerjaan seperti memulakan aktiviti perniagaan, membuka kedai, bersenam dan sebagainya. Walaupun Rasulullah S.A.W telah mendidik kita umatnya tentangi kepentingan memanfaatkan suasana waktu pagi dengan melakukan sesuatu pekerjaan yang sebaik mungkin, namun malangnya tazkirah ini seolah-olah lebih dimengertikan oleh orang bukan Islam daripada kita sendiri.
3. Tidur di tengah melakukan solat fardhu

Tiga Jenis Ketawa Yang DiMurkai ALLAH
Rasulullah SAW bersabda yang mafhumnya: “Dari Abi Hurairah, Rasulullah SAW bersabda: Janganlah kamu banyak ketawa kerana sesungguhnya banyak ketawa itu mematikan hati.” (Hadis riwayat Al-Imam At-Tirmidzi). Islam mendidik kita melakukan sesuatu itu pasti ada keterbatasannya. Jika kita melanggar keterbatasan yang digariskan Islam, pasti akan membawa kepada sesuatu perkara yang memudaratkan. Apatah lagi jika kemudaratan ini sememangnya dibenci oleh Rasulullah dan Allah Ta’ala.
1. Tertawa di belakang jenazah (ataupun ketika menghantar jenazah ke kuburan)
2. Tertawa di majlis zikir.
3. Tertawa di atas kuburan
Biarpun ia hanya nasihat seorang ahli fiqh, namun kita perlu melihat dengan penuh kesedaran dan keinsafan. Melakukan sesuatu dengan berilmu adalah lebih baik daripada melakukan sesuatu secara melulu dan tanpa ilmu.

Semoga Allah sentiasa memberi hidayah dan cahaya keimanan kepada kita. Amin
Read more...

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company