Tuesday, May 3, 2011

Osama Vs Obama


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian bagi Allah, Pemelihara sekalian alam. Selawat disertai salam ke atas yang paling mulia di antara Rasul-rasul, Nabi Muhammad Rasul yang Amin, dan atas sekalian keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, juga buat keluarga dan sahabat-sahabat baginda s.a.w yang telah menjualkan jiwa dan harta mereka kepada Allah s.w.t demi ketaatan dan kecintaan mereka kepada Allah s.w.t dan Rasul-Nya serta berjihad pada jalan-Nya

“Kamu melihat kebanyakan dari mereka tolong-menolong dengan orang-orang yang kafir (musyrik). Sesungguhnya amat buruklah apa yang mereka sediakan untuk diri mereka, iaitu kemurkaan Allah kepada mereka; dan mereka akan kekal dalam seksaan. Sekiranya mereka beriman kepada Allah, kepada Nabi (Musa) dan kepada apa yang diturunkan kepadanya (Nabi), nescaya mereka tidak akan mengambil orang-orang musyrikin itu menjadi penolong-penolong, tapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang yang fasik” [Al-Maidah :80-81].

Berita kematian Osama Ben Laden yang ditembak di Abbottabad, Pakistan oleh pasukan Operasi Khas di Pakistan yang bekerjasama dengan Agensi Perisikan Amerika(CIA) AS adalah sesuatu yang mengejutkan dunia terutama dunia Islam. Mimpi ngeri pemimpin Amerika Syarikat sejak zaman George W. Bush kini seakan berakhir pada zaman Obama.
Samada benar Osama ben Laden yang terbunuh itu adalah Osama yang sebenar ataupun tidak, cerita ini akan terus menjadi berita sensasi untuk dibahaskan dalam media-media massa dan media elektronik. Bagi Amerika, apa sahaja boleh terjadi, berita yang benar boleh menjadi palsu dan berita yang palsu boleh dibuktikan kebenarannya. Kalau sekadar gambar atau video untuk dijadikan bukti bukan suatu masalah bagi Amerika. Mereka mempunyai pakar dan bijak pandai yang boleh memanipulasikan apa sahaja demi untuk kepentingan dan tembolok politik mereka. Itulah Amerika yang memang terkenal dengan filem-filem propaganda keluaran Hollywood yang sentiasa memperbodoh para penontonnya.

Berita kematian Osama Ben Laden merupakan satu bonus kepada Obama dalam usaha kempen mempertahankan jawatan Presiden. Obama kalau tersilap sebutan namanya boleh jadi Osama, cuma beza pada huru “b” dan “s” tidak ada apa perbezaan dengan presiden-presiden Amerika yang lain. Mereka hanya mengikut telunjuk dan menjadi alat puak-puak yahudi laknatullah untuk memperkembangkan pengaruh zionis disamping menindas negara dan umat Islam. Lihatlah bagaimana tindakan Amerika dalam isu negara Palestine. Saban hari berita pencerobohan Israel laknatullah di bumi Palestine kita lihat dan dengar. Pembunuhan demi pembunuhan rakyat Palestine di bumi sendiri tidak pernah digembar gemburkan oleh pihak Amerika. Kalau Amerika benar-benar mencanangkan yang ia sebuah negara yang ingin menegakkan keamanan dunia sejagat, mengapa mereka tidak pernah menghantar campurtangan ketenteraan mengganyang Israel yang secara terang-terangan membunuh golongan rakyat Palestine yang tidak berdosa dan hanya bersenjatakan batu dan kayu? Sebaliknya Amerika cuba menjadi hero menyelesaikan masalah dan konflik di negara-negara seperti Libya, Tunisia, Sudan dan Syria. Sedangkan sebelum ini Amerikalah negara yang bertanggungjawab mengkucar-kacirkan serta memusnahkan negara Iraq dan Aghanistan. Ternyata berita kematian Osama ini merupakan modal kempen yang besar bagi Obama dalam mengekalkan kedudukkannya di White House.

“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka” [Al-Baqarah :120].

Sebenarnya, hingga ke hari ini dunia tidak pernah dapat membuktikan sama ada Osama benar-benar bersalah ataupun tidak. Apakah benar Osama dan pertubuhan Al Qaeda benar-benar bertanggungjawab terhadap serangan 11 September. Terdapat beberapa bukti dan saksi yang sanggup menjelajah ke serata dunia menceritakan tentang peristiwa 11 September hanya satu konspirasi politik terutama mereka yang pro yahudi namun ia dipandang sepi oleh pihak pemerintah US. Keganasan demi keganasan yang berlaku sering dikaitkan dengan Al Qaeda dan Osama sebenarnya tidak lebih hanya merupakan provokasi dan dakyah jahat pihak barat terutama Amerika Syarikat untuk menjatuhkan semangat perjuangan orang-orang Islam mempertahankan negara mereka dari dicerobohi . Ia juga dijadikan satu lesen besar oleh US yang mendakwa menjadi polis dunia untuk masuk ke mana-mana negara yang kononnya menjadi pangkalan pengganas tanpa prejudis.

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengangkat orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi wali(mu); sebahagian mereka menjadi wali bagi yang lain.Dan barangsiapa di antara kamu mengangkat mereka menjadi wali, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.” [Al-Ma’idah :51]

Walaupun Osama dianggap oleh kebanyakkan orang sebagai pengganas, namun kekentalan, istiqamah dalam perjuangan dan juga ketabahannya mempertahankan negara-negara yang ditindas Amerika bersama sekutunya tidak mungkin hilang dari lipatan sejarah. Dari seorang yang punya kedudukan dan bergelar jutawan, beliau sanggup menanggalkan baju kemewahan, bengun mengangkat senjata dan berjuang menentang kebatilan. Biar beliau dituduh pengganas oleh kebanyakkan masyarakat bahkan ada dikalangan orang Islam sendiri yang melabel beliau dengan gelaran demikian namun beliau tidak pernah patah semangat. Kita ingin lontarkan persoalan kepada pihak Amerika dan sekutunya, apa tindakan yang diambil mereka terhadap pembunuh Syekh Ahmad Yassin iaitu Pemimpin HAMAS yang lumpuh dan buta mata kanannya. Syekh Ahmad yassin dibom hingga berkecai jasadnya namun sehingga kini tiada pembelaan di atas pembunuhan beliau. Nauzubillah.

Amerika dan sekutunya hanya mahu jadi pemimpin dan polis dunia kepada negara yang dapat memberi keuntungan kepada negara mereka sahaja. Sememangnya, Amerika dan sekutunya bijak memanipulasikan berita dan suasana . Mereka boleh lakukan apa sahaja untuk membuat semua orang mempercayai mereka. Lihatlah kepada sejarah negara kita dahulu, bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan awal seperti Tok Janggut, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Gajah, Rosli Dhoby dan sebagainya telah digelar oleh pihak British sebagai pemberontak sebagai syarat untuk menghalalkan mereka membunuh dan menangkap para pejuang ini. Ahli-ahli sejarah barat menanam dan menyemai ke dalam minda masyarakat kita ketika itu dengan melabel para pejuang ini sebagai pengkhianat dan pemberontak dalam usaha meyuburkan benih kebenciaan.

Di saat semua negara di dunia mengucapkan tahniah ke Amerika kerana berjaya membunuh Osama Ben Laden, hanya HAMAS dan Iran sahaja menyuarakan pandangan yang berlainan. Obama mungkin boleh tidur lena untuk sehari sahaja kerana selepas ini, mungkin akan ada seribu orang Osama lagi yang perlu diburunya.

Firman Allah : Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam surga Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
(As Shaff 10-12)

Semoga Allah mencucuri roh OSAMA BEN LADEN. Al Fatihah

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company