Wednesday, January 27, 2010

Peliharalah lidahmu

Bismillahirrahmannirahim
Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta.


“Di hari lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi terhadap segala perbuatan yang telah mereka kerjakan”
An-Nur : 24


Minggu lepas saya singgah di surau berhampiran dengan taman saya. Alahamdulilah, ramai yang datang berjemaah. Sudah lama saya tidak mengunjungi surau tersebut kerana saya lebih kerap berjemaah di surau berhampiran rumah saya kerana surau tersebut makmumnya agak kurang.
Selepas solat, bahu saya ditepuk oleh seseorang. Rupanya, seorang sahabat se taman dengan saya. Allahamdulillah, saya kaget melihat sahabat saya sudah memakai jubah dan beserban. Malangnya, keceriaan saya terpadam apabila dia menyapa saya dengan satu soalan killer.
“Hai….lama tak nampak. Ada lagi rupanya!” sapaannya sambil senyum sinis kepada saya.
Apa yang boleh saya jawab. Terpinga-pinga.
Apa yang ingin saya bawakan kepada pembaca dan anak-anak remaja mengenai bagaimana manusia yang tidak memelihara lidah mereka apabila berkata-kata. Kerana lidah benda yang baik akan bertukar sebaliknya. Kerana lidah manusia itu bias kufur kepada ALLAH. Kerana lidah manusia mudah menjadi takbur dan bongkak.
Allah memberikan nikmat lidah untuk manusia berzikir kepada ALLAH, membaca kitab-Nya, memberi nasihat, berkata benar dan mengungkapkan sesuatu yang menyenangkan. Namun jika tidak dipelihara dengan baik, lidah akan menarik tuannya kepada kecelakaan.
Di dalam sebuah hadis, Rasullullah bersabda yang bermaksud:
“ Bukankah manusia itu dilontarkan ke dalam api neraka menerusi wajah mereka, ataupun menerusi hidung mereka, disebabkan bencana lidah mereka”
Imam Ghazali dalam bukunya Bimbingan Mu’minin ,menyatakan bahawa manusia dilarang mengeluarkan kata-kata terutama tentang keburukan dan keaiban orang lain kerana DUA perkara:
1. Perhatikan dulu perihal diri terlebih dahulu. Kiranya anda dapati pada dirimu ada satu saja dari perkara yang tercela itu, cukuplah anda menahan diri dari mencela orang lain
2. Jika anda ingin mencari kawan yang bersih dari segala aib dan keburukan, maka anda terpaksa mengasing diri dari semua manusia. Sebab tiada seorangpun yang terlepas dari tidak melakukan perkara yang buruk Sebaik-baik kawan yang dicari ialah kawan yang mempunyai banyak kebaikan dari keburukkan.
Jumpa lagi. Insyallah.
Moga saya dan anda akan terpelihara dari api neraka dan sentiasa mendapat rahmat ALLAH

Rujukan
Imam Habib Abdullah Haddad, Nasihat Agama Dan Wasiat Iman, Pustaka Nasional, Singapura. 2001
Imam Ghazali. Terjemahan Syed Ahmad Semait: Bimbingan Mu’minin. Pustaka Nasional, Singapura.1999

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company