Wednesday, September 29, 2010

Benjamin Stephen : Kebiadapan yang perlu diberi pengajaran



Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

“Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikit pun atas orang-orang yang bertakwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ngejek) itu. Akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingatkan (larangan Allah itu), supaya mereka bertakwa.”
(Surah al-An’am: 69)

Barang siapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi"
(AlI-Imran :85)

Marah, sakit hati, geram dan sedih. Itulah perasaan yang bergelodak di dalam hati setiap orang Islam yang cinta kepada Allah dan sayang kepada Rasullullah S.A.W bila melihat kebiadaban dan kelancangan seorang anak muda yang menamakan dirinya Benjamin Stephen berceramah di dalam sebuah gereja di Sarawak menghina Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. Adalah malang bagi seorang yang mengaku dirinya Islam dan cintakan Islam tetapi tidak ada apa-apa perasaan bila membaca dan melihat klip video Benjamin Stephen menghina dan memperlekeh Rasullullah dan kesucian agama Islam.

Malang sekali video yang diambil pada 2006, baru kini disedari akan kebiadaban Si Paderi Benjamin Stephen yang telah mencetuskan kontroversi apabila menghina Islam melalui klip video dalam laman YouTube. Saya tertanya-tanya mengapa hanya pada 2010 baru ada mereka-mereka yang berani memainkan sentimen keagamaan memaparkan video ini. Mungkin mereka melihat inilah kesempatan terbaik di saat umat Islam sesama sendiri bertelagah dan berantakkan sesama sendiri seperti tanpa ada penyelesaiannya. Mungkin mereka sedar betapa banyak video klip atau ruangan sembang dan blog yang menyiarkan artikel atau bahan menghina dan memperlekehkan Islam tapi tidak ada yang diambil tindakan.Klip video yang dimuatkan dalam beberapa siri memaparkan Benjamin menyampaikan ceramah dalam bahasa Melayu mengenai apa yang didakwanya sebagai ajaran pelik dan bodoh oleh Nabi Muhammad.
Layari klip 1 dan klip 2 untuk melihat sendiri betapa biadap dan kurang ajar si laknatullah Benjamin menghina Islam dan Rasullullah.

Antaranya, dia mendakwa dan menghina , Rasulullah sebagai orang tua yang bernafsu terhadap kanak-kanak apabila salah seorang daripada 23 isteri baginda berusia enam tahun.

Si laknatullah itu juga yang mendakwa dia dilahirkan sebagai orang Melayu (istilahnya kaum M) berkata, kaum M itu dilarang membela anjing kerana menurut Islam malaikat amat takut dan tidak akan melawat rumah yang penghuninya membela haiwan berkenaan. jadi kalau mendengar bunyi salakan anjing, si malaikat akan lari bertempiaran.
Dakwaan lain, adalah dosa umat Islam akan diampunkan jika mereka dapat mengucup batu Hajarul Aswad yang berbentuk seperti alat kelamin wanita.
Beliau juga menghina amalan-amalan fardhu haji yang dikerjakan oleh umat Islam setiap tahun.

Nasib si Benjamin ini memang baik kerana ia melakukan penghinaan terhadap Islam dan Nabi Muhammad S.A.W di Malaysia yang memang kita tahu rakyat dan pemimpinnya antara orang yang paling baik, berbudi bahasa dan penyabar di dalam dunia ini. Kalau si Benjamin ini melakukan di negara lain seperti Pakistan, Aghanistan dan sebagainya, sudah tentu berlaku rusuhan dan Si Benjamin sendiripun belum tentu masih dapat menghirup udara di dunia yang fana ini. Kita berharap pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri bersungguh-sungguh menangani isu ini.

Jangan biarkan si durjana yang lancang mulut ini terlepas apatah lagi dia yang mengaku orang Melayu dan pernah beragama Islam. Jangan biarkan ia menjadi kemarahan memuncak orang-orang Islam. Ketegasan dan kesegeraan tindakan adalah perlu agar tidak ada lagi pihak yang berani menghina kesucian Islam dan peribadi Rasullullah S.A.W.
Adalah malang bagi anda yang sudah melihat klip video si Benjamin biadap ini tapi tidak ada apa-apa perasaan yang terguris di dalam hati . Kalau penduduk Aghanistan yang sedang dalam kancah peperanganpun sanggup mengutuk perbuatan membakar Al Quran dengan mengadakan demostrasi. Malah ada yang terbunuh kerana mempertahankan kesucian Islam dan al Quran.tapi kita disini menganggap sepi perkara sesensitif ini.

Melihat beberapa komen dalam Youtube dan blog, saya berasa amat sedih dan terkilan. Orang-orang Islam saling tuding menuding antara satu sama lain bila perkara ini terjadi. Malah ada yang memberi komen menyakitkan hati seolah –olah perkara ini dianggap sepi. Sekarang bukan masanya menuding jari kepada pihak itu dan ini . Penghinaan orang kafir ke atas umat Islam, agama Islam dan Rasullullah adalah berpunca di atas kelemahan kita sendiri. Kita asyik bertekak sesama sendiri. Kita asyik menuding jari orang itu salah, puak ini punya angkara, seolah-olah kita ini sahaja puak yang hebat yang terhindar dari salah dan silap serta dosa dan maksiat.

Kita tidak pernah mahu bersatu atas nama kesucian ISLAM. Kita tidak pernah terlintas untuk duduk bermesyuwarah demi menegakkan semula panji-panji Islam. Sebabnya, masing-masing kita mempunyai masalah utama yang bersarang di dalam diri iaitu penyakit hati . Ayuh kita rapatkan semula saf-saf yang lompong dan kosong demi Islam tercinta.

Semoga Allah sentiasa memberi kita kekuatan Istiqammah dalam perjuangan Islam.

1 comments:

Mama Murai said...

Assalamu`alaikum saudara
minta maaf kerana lama tak berkunjung dan bertegur sapa. Izinkan saya membaca segala tulisan yang tersirat di hati didalam ini.

salam manis dari saya

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company