Friday, October 8, 2010

Ziarah : Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani


Dengan nama Allah swt Yang Maha Mulia, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah, segala puji hanya milik Allah, Rabb semesta alam yang telah melimpahkan rahmat, rezeki serta hidayah kepada hamba-hamba-Nya agar kita sentiasa beribadah kepada-Nya. Selawat dan salam kapada junjungan besar, Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam serta ahli keluarga dan para sahabat tercinta

“…niscaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat…”
(AL-MUJADILAH:11)

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu'min itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya” (AT-TAUBAH:122)


Allahamdulillah dengan izin Allah seorang muhaddith di negara Mesir , Allamah Al- Muhaddis Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Abdul Ba`ith Al-Husaini Al-Kattani berkunjung ke negara kita ini dan seterusnya diberi kekuatan, Insyaallah akan mengadakan beberapa siri kuliah beliau di beberapa lokasi. Bagi yang ada kelapangan inilah peluang untuk mendengar dan memperdalami ilmu Allah. Sedikit biodata tentang Syeikh Muhammad Ibn Ibrahim Al-Kattani

PENGENALAN DIRI

NAMA : Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
ASAL KETURUNAN : Nasab keturunannya bersambung sehingga Sayyidina Husain RA
BAPA : Ibrahim bin Abdul Ba’ith bin Ahmad bin Ghanim
TARIKH LAHIR : 01 Jun 1946 M
TEMPAT LAHIR : Bandar As-Saghr, Iskandariah, Mesir


Biodata Syeikh:

Beliau merupakan seorang muhaddith di negara Mesir. Dr. Umar Abdullah Kamil berkata mengenainya, “Saya tidak pernah bertemu dengan orang yang sealim beliau di dunia ini.

Kebanyakan kandungan syarahannya tidak terdapat di dalam kitab-kitab kerana ilmunya diambil terus daripada Allah.” Beliau pernah menyatakan, bahawa beliau menjadi sedemikian setelah bermimpi bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpi tersebut, Rasulullah memberikannya kitab karangan Syeikh Yusuf ibn Ismail al-Nabhani yang bertajuk Hujjah Allah ‘ala al ‘Alamin. Kemudian Rasulullah bersabda kepadanya, “Semoga Allah membuka ke atas kamu segala sesuatu.” Beliau mempunyai ramai guru; di antaranya ialah ayahandanya sendiri, Syeikh Ibrahim ibn Abdul Ba’ith. Beliau mengambil Tariqat al Syazuliyyah daripada ayahandanya ini. Di antara gurunya yang lain ialah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja’fari, Imam Masjid al Azhar. Daripada Syeikh Soleh beliau mengambil Tariqat al Ahmadiah al Idrisiah.

Beliau pernah menceritakan pengalaman dengan gurunya ini dengan menyatakan bahawa beliau pernah pergi ke majlis pengajian Syeikh Soleh untuk meminta ijazah Hizib al Saifi. Namun, beliau merasa rendah diri untuk memintanya. Tetapi, tiba-tiba Syeikh Soleh berkata kepada ahli majlis pengajiannya bahawa Hizib Saifi ini telah diijazahkan kepada semua keturunan Sayyiduna Ali. Dengan perkataan Syeikh Soleh itu, bererti beliau telah mendapat ijazah tersebut kerana beliau adalah dari keturunan Sayyiduna Husain.

Di antara gurunya juga ialah Abu al Faidh al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau mengambil Tariqat al Kattaniah yang dengannya beliau dinisbahkan dengan gelaran al Kattani. Di antara gurunya juga ialah al Muhaddisth Syeikh Abdullah Siddiq al Ghumari. Pada suatu ketika dulu, beliau pernah belajar bersama-sama Dr. Ali Jum’ah yang merupakan Mufti Mesir sekarang ini, dengan Syeikh Abdullah al Ghumari. Semasa belajar, beliau sering membetulkan bacaan Dr. Ali Jum’ah yang salah.

Di antara gurunya lagi, iaitu sanad beliau yang tertinggi ialah al Musnid Syeikh Abdul Hayy al Kattani. Daripada gurunya ini, beliau meriwayatkan kitab sanadnya yang bertajuk Fahras al Faharis yang di dalamnya mengandungi senarai 700 orang gurunya.
Jadual tentatif

CADANGAN JADUAL PROGRAM


8 Oktober 2010 (Jumaat)


9.00 Malam Ceramah Perdana di Masjid Al-Muttaqin, Bandar Darul Aman. (Belum pasti)


9 Oktober 2010 (Sabtu)

9.00 Pagi Majlis Periwayatan & Pelancaran Majlis Sama’ Kitab Hadis di Dewan Sultan Badlishah, Maktab Mahmud.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 1 di Maktab Pengajian Islam, Kodiang.


10 Oktober 2010 (Ahad)

9.00 Pagi Kunjungan ke Jabatan Mufti Negeri Kedah & Pertemuan dengan Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 2 di Kompleks Al-Bukhari


11 Oktober 2010 (Isnin)

9.00 Pagi Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 3 di Kolej Universiti Insaniah


8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 4 di Masjid Bakar Arang, Sg. Petani.


12 Oktober 2010 (Selasa)

10.00 Pagi Kunjungan ke Yayasan Khairiah, Kupang, Baling.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 5 di Masjid Jamiul Ma’mur, Kulim.


13 Oktober 2010 (Rabu)

9.00 Pagi Kunjungan ke Maahad Tarbiah Islamiah, Derang.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 6 di Maahad Tahfiz Imam An-Nawawi (MATIN), Perlis.


14 Oktober 2010 (Khamis)


9.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 7 di Masjid Darul Ulum.

8.00 Malam Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi Siri 8 di Masjid Al-Bukhari.


15 Oktober 2010 (Jumaat)


9.00 Pagi Acara Penangguhan Majlis Sama’ Ahadis An-Nabawi di Dewan Sri Mentaloon.

2.00 Ptg Lawatan ke Majlis Agama Islam Pulau Pinang & Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang.

8.00 Mlm Muhadharoh di Masjid Bertam


16 Oktober 2010 (Sabtu)


9.00 Pagi Majlis di an-Nahdhoh Inn

5.00 Ptg Berangkat pulang ke Airport Bayan Lepas.

0 comments:

Lontaran Pendapat

 
Ayyuha'l Walad ™ © 2010 Template Design By Asa's Company